RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Wednesday, December 22, 2010

TAHNIAH


Alhamdulillah , dengan izinNya , Satu program 'Rawatan Perdana' di Masjid Sungai Buaya di Rawang, Selangor telah dianjurkan oleh ajk masjid & para Mualij Islam . Program ini mendapat sambutan orang ramai dari seluruh tanah air. Program yang diketuai oleh Syeikh Muallij Mustaqim (Melaka) wajar kita jadikan satu trademark untuk kita meneruskan program ini secara bulanan atau tempoh yang bersesuaian . 'Road Tour' ke seluruh tanah air dengan menerapkan Rawatan Islam serta mesej dakwah kerana terlalu ramai orang yang masih jahil & masih mendapatkan khidmat bomoh yang mensyirikkan Allah.

Pihak kami juga sangat berharap agar kerajaan dapat memberikan sokongan & sumbangan kepada program ini , sambil pihak swasta juga tampil memberikan sumbangan mereka dalam menjayakan program amal makruf seperti ini.

Ana sangat berharap ini satu inisatif, dalam melahirkan & mengumpulkan semua perawat Islam di dalam satu payung Persatuan Perawat Islam SeMalaysia . Insya Allah

Ana berharap progam ini diteruskan & Insya Allah ana juga ingin mengambil bahagian secara aktif di masa akan datang begitu juga perawat-perawat lain.

Antara perawat yang mengambil bahagian :

1-Syeikh mualij mohd Nur Syaitul Mustaqim ( melaka)
2-Syeikh Mualij Ustaz Hassan Ishak ( masjid Ar-rahmah) -penyelaras pgram
3-syeikh Mohd Amli b Nordin ( johor)
4-Syeikh Syafik b sariman ( johor)
5-Syeikh Mohamad radzmi B Rosli ( penang)
6-Syeikh Muhd Haidas Hamizan
7-Syeikh Muhd harith Faizun ( nilai n9)
8-Syeikh Nor Wahiduzzaman
9-Syeikh Hj Kamisan ( rawtan islam btp)
10-Syeikh Imam Ali ( rawatan Islam btp)
11-Syeikh Rosdi ( rawtan islam btp)
12-Syeikh Mohd Asri Ahmad(rawatan Islam btp)
13-Syeikh Yusrie ( sabak bernam)

Ana mintak maaf , mungkin ada nama yang tercicir & ana ucapkan tahniah kepada mualij yang sanggup berkorban dalam menjayakan program ini, Semoga Allah membalas jasa baik tuan-tuan. Jazakallahukhair

HIJRAH




Puji & Syukur hanya untuk Allah Rabbul Izzati sebanyak pujian penduduk langit & bumi & apa yang ada di antara kedua-duanya , Salam & Salawat ke hadrat penghulu & kekasih Rasulullah SAW .
Semoga kita sentiasa di dalam nauganNya sentiasa, Amin.

Dengan izinNya , ana telah mengambil keputusan untuk berhijrah.

Ana telah berhijrah dari bekerja di bawah orang (makan gaji). Ana ingin menumpukan sepenuh tenaga dalam bidang Rawatan Islam sambil menimba ilmu . Ana masih kerdil dalam bidang rawatan ni & masih banyak yang perlu dipelajari. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas tak bertepian.

Begitu juga rezeki Allah yang maha luas, diberikan kepada kita kudrat & ikhtiar untuk kita berusaha mencari yang terbaik. Kita cari yang terbaik & bersih , Insya Allah kita akan dapat yang terbaik & halalan tayyiba .

Insya Allah dengan ini ana telah mengubah jadual waktu rawatan , seperti yang tertera di ruang waktu rawatan. Ana juga kini akan berjalan atau bermusafir sekiranya ada pesakit yang memerlukan rawatan bukan saja di Klang tapi di semua tempat , sekiranya ada.

Ana yakin dengan penghijrahan ini , Allah akan membantu & memberikan rezeki yang banyak bukan saja dari wang ringgit tapi juga yang kita tak nampak seperti ketenangan & hikmah .

Dan ana juga boleh kerap update blog ana :), Insya Allah dengan lebih banyak lagi informasi , buat masa ni blog ana terlalu slow kerana sibuk dengan tugas.

Wallahu'alam

Sunday, November 28, 2010

SELINGAN PERCUMA

Puji & Syukur hanya milik Allah , Sebanyak pujian di langit & di bumi & di antara ke dua-duanya , Salawat & salam buat sebaik2 & semulia2 makhluk, penghulu & kekasih Rasululullah SAW

Alhamdulillah , dengan izinNya sempat juga menyambung post yang terdahulu walaupun perasan sibuk & masalah pc. Ana nak terangkan sikit tentang logo Darul Ikhtiar yg disensasikan dibahagian komen post terdahulu. Tidak ada apa yang tersurat & tersirat tentang logo & Darul Ikhtiar. Di dalam logo tu ada bulan , bintang , satu titik & bersegi tiga ,Ana create logo ni & di 'endorse' oleh guru ana & nampak menarik & tak terfikir sampai nak membawa pengaruh yang sonsang. Semua yang terdapt di dalam logo tu mengandungi kebesaran Allah . Titik tu satu simbul kita makhluk yang lemah ni ada permulaan & kesudahan . sendiri mahu ingat , hidup kita bukan untuk selamanya(peringatan untuk ana), terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain sambil lupa tentang kesalahan diri sendiri, terlalu sibuk nak 'test' sesorang sambil lupa tentang kekurangan diri .Ingatlah kalau kita sibuk nak 'test' sesorang pasti Allah akan 'test' kita dengan ujian-ujian yang jauh lebih berat atas kesombongan, kecemburuan & hasad kita terhadap anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang lain (peringatan untuk diri sendiri). Kita ni terlalu suka percaya pada konspirasi. Ada artikel dari sahabat blog yang ana minati untuk tatapan sahabat- sahabat yang sudi membaca & memberi komen tentang logo PRADI. http://keretamayat.blogspot.com/2010/10/teori-konspirasi-itu-bodoh.html

Monday, November 15, 2010

SALAM AIDILADHA


(GAMBAR WUKUF DI ARAFAH)
TERASA KERDILNYA DIRI INI





Ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog & sahabat muallij & kepada umat Islam secara amnya. Banyak kambing, lembu , kerbau & unta tumbang sempena raya qurbani. Ada satu lagu hindustan di zaman 80'an masa ana kecik lagi yang bertajuk Qurbani ana translate sikit lagu tu 'berkorbanlah,berkorbanlah,berkorbanlah, berkorbanlah demi kasih pada Allah'. Sedikit lirik yang sangat puitis & mendalam maknanya untuk renungan kita . Sesungguhnya Allah tidak memandang pada binatang yang kita korbankan tetappi Allah memandang pada hati para peserta korban . Berkorbanlah dengan tenaga & harta benda demi mencari keredhaanNya. Jadikan tiap - tiap hari sebagai hari raya qurban (Pesanan untuk diri sendiri). Wallahu'alam

Tuesday, November 9, 2010

18 SX...



Puji & Syukur hanya untuk Rabbul Jalil, tuan punya diri ini , tuan punya alam ini atas nikmat masa,ruang & kesempatan yang dipinjamkan kepada kita .
Salam & Salawat untuk kekasih & penghulu kita Rasulullah SAW.

Nampak gempak tajuk di atas , tapi tajuk ni bukan ana cipta untuk budak-budak 18 tahun ke atas saje tapi untuk umum.

Ana jarang cerita tentang pengalaman merawat kerana pada ana kisah2 rawatan ana serupe dengan para perawat2 yang lain, mungkin baru dapat sedikit ilham, nasihat & green light dari partner cum guru ana Ust Ishak untuk menceritakan kisah & teladan & pengalaman ana yang tak seberapa ni utk dikongsikan bersama , bukan untuk menunjuk nau'zubillah & dijadikan iktibar

Terlalu banyak yang kita dengar tentang kisah bermimpi 'bersama' dengan seseorang yang asing atau tidak dikenali . Ini bukan saje berlaku pada kaum hawa tapi selalu berlaku juga pada lelaki.

Tapi selalunya kisah ni dianggap p&c atau personal atau setengahnya menganggap sebagai part & parcel of life kata orang nigeria. Tak dinafikan juga kekadang mimpi2 begini adalah dari psikologi akibat untuk memuaskan nafsu atau tengok citer bukan2 ....

Banyak kes yang ana rawat , pesakit menceritakan kisah2 mereka pernah bersama seseorang di dalam mimpi , yang paling hampeh ada yang berlaku antara sedar & tidak , seperti terasa ada 'specis' yang memeluk pesakit, 'specis' menghempap pesakit semasa tidur , dan lain2 , cukuplah ana bagi contoh sikit2 , kalau banyak sangat kang , blog ni jadi macam blog 18sx .

Ana menceritakan kisah2 ini bukan untuk memalukan pesakit atau membuka aib mereka ..nau'zubillah , tetapi untuk dijadikan reference atau panduan kepada mereka yang pernah mengalami kisah atau pengalaman yang sama , untuk mendapatkan rawatan & menyedarkan mereka yang di luar sana yang mereka ni bermasalah & kalau dibiarkan saja banyak memberi masalah fizikal & emosi kepada mereka & rumahtannga & kesihatan mereka.

Biasanya 'specis' ni dinamakan jin asyik seperti yang dikategorikan oleh guru ana 'Ust. Majid - Akrine' tapi ana & partner ana rebrand 'specis' ni sbg 'husband' atau 'wife' . Yang lawaknya kadang2 kalau pesakit dengar ana bincang dgn partner ana ada husband problem mereka ingat ada masalah dengan suami mereka he..he..he..

Insya Allah ana akan sanmbung kisah ni di masa akan datang , tungguuuuu....

Wallahu'alam

Monday, November 8, 2010

KURSUS TERBARU TIAF



Sila klik untuk gambaran yang lebih jelas

Thursday, October 21, 2010

APAKAH DOSAKU ?



Peringatan Untuk Diri Sendiri

Segala Puji & Syukur hanya untuk Allah Rabbul Jalil, salam serta salawat ke atas penghulu habibi Mustaffa Rasulullah SAW.

Inilah rintihan pesakit yang biasa ana dengar. Cuma pesanan ana bersabar sajalah dengan ujian Allah & seperti mana firman Allah SWT

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kita perasan sangat & syok sendiri macam kita ni tak pernah berdosa atau bersih dari dosa. Kita ni hamba yang sangat lemah & daif, tidak lekang & berhenti dari melakukan dosa setiap masa & ketika .

Mata ini sentiasa melihat yang haram, telinga ini mendengar yang haram & melalaikan, mulut ini berbicara yang haram & melalaikan & sesuatu yg tak berfaedah & makan yang haram & syubahah, tangan sentiasa melakukan benda yang sia-sia & haram , kaki sentiasa ke tempat yang tidak berfaedah & haram . Ini tak masuk lagi bab ibadah .
Hampeh sungguh kita ini yang sentiasa lalai & leka tapi perasan kita ni macam tak pernah berdosa.

Muhasabahlah diri kita sebelum kita dihisab Allah , dan hadapilah ujian - ujian ini dengan penuh kesabaran & keredhaan . Semoga Allah juga redha pada kita. Ini menjadi kafarah pada dosa - dosa kita, yang kita perasan tak pernah buat.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami hamba - hambaMu yang suka bertaubat. Amin

Wallahu'alam

Thursday, October 14, 2010

Rawatan Di Meru, Klang

Puji & Syukur ke hadrat Rabbul Jalil di atas segala nikmat & kurniaNya serta masih di beri ruang & masa untuk meneruskan ibadah kepadaNya, Shalawat & salam ke atas kekasih & penghulu & junjungan Rasulullah SAW.

Insya Allah kami akan meneruskan sesi rawatan & dakwah di rumah ibu mertua di alamat Lot 6707, Batu 8 1/2, Jln Belimbing , Off Jln Bukit Kapar, 42200 Meru (berhampiran Madrasah Hasanatul Islam) selepas Asar setiap Sabtu minggu ke 2 & 4 setiap bulan, untuk memudahkan pesakit yang berhampiran mendapatkan rawatan.

Untuk mndapatkan rawatan sila telepon saya dulu untuk temujanji , Insya Allah kami akan cuba membantu anda yang memerlukan , Wallahu'alam.

Monday, September 27, 2010

SAKA



SAKA adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.”
Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar
Ia bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.
Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.
Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.
Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.
“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.
“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.
Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.
Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.
Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.
Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.
Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.
“Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.
“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).
Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.
“Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,” katanya.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.
“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.
“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.
Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.
“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.
FAKTA: Saka
# Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
# Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
# Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
# Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
# Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
# Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Antara jenis saka
# Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
# Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
# Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.
# Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
# Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.
# Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
# Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
Sumber : Angkara Saka Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI



Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin . Semoga di dalam naunganNya sentiasa . Amin

Wednesday, September 1, 2010

SELAMAT MENCARI LAILATUL QADAR



AR] Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan. Hebatnya bulan yang mulia ini digambarkan melalui satu hadis Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walau satu pintu. Penyeru pun menyeru: ’Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api neraka’, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan) [Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah].

Bagi setiap umat Islam yang melaksanakan ibadah puasa, Allah Subhanahu Wa Taala menjanjikan bonus yang amat lumayan sebagaimana yang diterangkan di dalam hadis Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azzawajalla berfirman:
“Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa, lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

Berbicara soal puasa, tidak lengkap rasanya jika tidak membicarakan tentang kelebihan sepuluh malam terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar. Ini adalah disebabkan di salah satu dari malam-malam terakhir inilah adanya tawaran paling lumayan yang amat rugi jika dilepaskan begitu sahaja. Junjungan besar Muhammad Sallallahu ’alaihi wasallam sendiri memperbanyakkan ibadah pada malam-malam tersebut sebagaimana yang diceritakan oleh isteri baginda, Saidatina A’isyah Radhiallahu ’anha:

“Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadah) dan uzlah (mengasingkan diri) dari isteri-isteri baginda” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

Ketika Sautun Nahdhah ini dinukil, suasana menjelang Syawal telah mulai dirasai dimana-mana. Gedung-gedung membeli belah yang menawarkan jualan murah penuh sesak dengan para pembeli yang tidak mahu ketinggalan melengkapkan persiapan di saat akhir. Di malam hari, lampu-lampu berbentuk ketupat menghiasi ibu kota Kuala Lumpur menjadikan pemandangan malam sungguh indah. Tidak ketinggalan para ibu mula membuat atau membeli kuih muih untuk dihidangkan di hari yang mulia ini. Irama polifonik bertemakan lagu-lagu aidil fitri mula kedengaran melalui telefon-telefon bimbit. Di pasar Ramadhan juga, mercun mula dijual. Senario ini dirancakkan lagi dengan program “Syoknya Raya”, sebuah rancangan tajaan Telekom Malaysia yang disiarkan oleh TV3, menggamit perasaan tidak sabar untuk menunggu fajar Syawal menyinsing. Era globalisasi yang menyaksikan ledakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) seolah menggalakkan fenomena tidak sabar meninggalkan Ramadhan.

Dalam kesibukan dan kegembiraan inilah, Sautun Nahdhah ingin mengungkap realiti masa kini dan sikap serta perlakuan kaum Muslimin di zaman silam, sebagai suatu pengajaran yang diharap akan dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat hari ini - mengapakah mereka begitu mudah melakukan aktiviti taqarrub kepada Allah (mendekatkan diri kepada Allah) berbanding umat Islam hari ini. SN juga akan menyentuh sebab-musabab yang menjadikan kehidupan umat hari ini sangat jauh dari Islam, samada di dalam atau di luar bulan Ramadhan.






Lailatul Qadar

Lailatul Qadar adalah suatu malam yang mempunyai keberkatan dan keistimewaan yang cukup besar. Ia merupakan saat dan ketika yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang beriman kerana pelbagai keistimewaan berikut:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar” [TMQ Surah Al Qadar:1]

“Malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan” [TMQ Surah Al Qadar:3]

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al- Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)” [TMQ Surah Ad-Dukhan:3-4]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang lalu.” Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.




Amalan Nabi dan Sahabat di bulan Ramadhan

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya adalah:

Mandi, berpakaian indah dan berharumharuman Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadhan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadhan.

Melaksanakan solat sunat, i’tikaf dan membaca al-Quran. Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al- Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai”

Jika kebanyakkan kaum Muslimin beranggapan bahawa amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam dan para sahabat hanya tertumpu kepada aktiviti ibadah berbentuk ruhiyyah (spiritual), sesungguhnya ia adalah tanggapan yang meleset sama sekali. Baginda Salallahu ’alaihi wasallam dan para Sahabat bahkan sering mengisi bulan Ramadhan dengan jihad (perang) seperti yang terjadi pada Perang Badar al- Kubra pada tanggal 17 Ramadhan.

Dapatkah kita bayangkan, betapa beratnya berpuasa sambil menghayun pedang, memegang perisai besi, menyabung nyawa, di bawah terik matahari, di atas padang pasir yang gersang? Kehidupan pada masa Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam dan Khulafa’ ar-Rasyidin adalah kehidupan penuh revolusi kerana mereka merintis perjuangan membebaskan dunia dari kegelapan dan kezaliman, lalu mengubahnya menjadi kehidupan yang disinari cahaya Islam dan dipenuhi keadilan.

Pada malam bulan Ramadhan, para Sahabat yang pada awalnya bersolat tarawih sendirian telah disatukan oleh Khalifah Umar dalam satu jamaah solat tarawih dan memerintahkan Ubay bin Kaab agar menjadi imamnya. Diceritakan bahawa dalam setiap rakaat, Ubay membaca lebih kurang 100 hingga 200 ayat setelah membaca al-Fatihah. Setiap selesai dua rakaat, biasanya mereka akan berehat dahulu sehingga dipanggil “solat tarawih”. Mereka menghabiskan 2 hingga 3 jam setiap malam untuk bertaqarrub kepada Allah Subhanahu Wa Taala melalui solat tarawih tersebut.

Alangkah hebatnya keperibadian Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam dan para sahabat yang amat ringan melakukan aktiviti taqarrub ilalLah (mendekatkan diri kepada Allah) tanpa sekadar hanya melibatkan ibadah ruhiyyah semata-mata.

Realiti Masa Kini

Bila diperhatikan situasi umat Islam masa kini, kita akan dapat melihat suatu keadaan yang amat menyedihkan. Disatu sisi, kita melihat umat Islam amat ghairah menjelang saat-saat akhir sebelum Pemegang Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan penetapan tarikh Syawal bagi bumi Islam Hadhari ini. Kepada pembeli, semua senarai semak (checklist) telah disiapkan. Berapa pakaian baru hendak dibeli, apa perabut yang perlu ditukar, kedai mana yang akan menyiapkan langsir. Kaum-kaum ibulah yang paling sibuk sekali. Gara-gara menyiapkan kuih, menjahit baju dan langsir, aktiviti bersolat tarawih, bertadarrus dan melakukan qiamullail yang sepatutnya direbut, malah diremehkan.

Kaum bapa juga tak kurang sibuknya. Ada yang sibuk mengecat rumah, mencari buluh untuk dibuat meriam, memasang lampu dan lain-lain. Kepada para penjual pula, amat rugi rasanya jika tidak berniaga di pasar dan bazar Ramadhan. Peningkatan harga minyak yang mencetuskan perang naik harga mendorong pendatang-pendatang baru di arena perniagaan mencuba nasib untuk mendapatkan wang yang cukup menjelang Syawal. Semuanya menjurus pada satu tujuan iaitu menyambut Syawal dengan penuh kemeriahan dan gilang-gemilang.

Di bulan Ramadhan ini juga, ungkapan ’Bapak Syaitan, Anak Syaitan, Cucu Syaitan, Ipar-duai Syaitan semua kena ikat’ menjadi terlalu biasa di gegendang telinga. Amat memilukan tatkala spesis Syaitan terpaksa menjalani perintah berkurung, masih wujud sebilangan umat Islam yang kena tangkap kerana tidak berpuasa, masih ada anak teruna dan gadis yang duduk di celah-celah pokok dilindungi sinaran neon, sementara yang lain-lain terlalu asyik membeli belah dan menyiapkan peralatan rumah hingga tidak sempat ke masjid atau surau.

Disisi lain, kita menyaksikan media-media arus perdana dan alam siber dipenuhi dengan artikel yang menyeru agar umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan khususnya di sepuluh malam terakhir. Hikmat Ramadhan juga menyaksikan umat Islam begitu sensitif dengan perbuatan mereka. Kaum Muslimat mengenakan pakaian sopan dan bertudung. Kaum muslimin mula menjaga pandangan mata.

Pendeknya, aktiviti kemaksiatan yang sering dilakukan di luar bulan Ramadhan dihentikan seketika. Malangnya, mereka hanya sekadar menekan kekunci ’pause’, bukan ’delete’, seolaholah berakhirnya Ramadhan adalah lesen untuk berbuat dosa. Apakah penyebab semua ini? Adakah kita terpaksa menyaksikan fenomena sebegini tahun demi tahun? Apakah formula paling mujarab untuk menyelesaikannya?







Masalah Akar

Realiti yang kita saksikan pada hari ini tidak lain adalah disebabkan tidak wujudnya Islam yang diterapkan secara keseluruhan (kaffah) di dalam kehidupan melainkan sekadar mengatur ibadah ruhiyyah atau ibadah ritual semata-mata. Rentetan dari fenomena ini, kita mendapati umat Islam menggambarkan aktiviti taqarrub ilalLah hanya sekadar solat tarawih, bertadarus dan melakukan qiamullail.

Kekejaman sekularisme menyebabkan Islam terpisah dari kehidupan (fasluddeena ’anil hayah) sehingga taqarrub ilalLah dimanifestasi sebagai aktiviti yang sempit ruang lingkupnya. Umat Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan suasana menjelang lebaran tetapi tidak bersungguh-sungguh mewujudkan suasana keimanan yang tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Inilah yang berlaku apabila tolok ukur perbuatan (miqyas al-’amal), pandangan hidup, pemikiran dan perasaan umat Islam sangat jauh dari Deennya.


Mencari Keredhaan Sejati

Tidak salah kita memperbanyakkan aktiviti ibadah ritual kerana bulan Ramadhan memanglah bulan penuh keberkatan. Namun begitu, hendaklah peningkatan amalan kita pada bulan Ramadhan tidak sekadar ditambah solat tarawih, makan sahur, dan buka puasa. Masih banyak yang lain seperti tadarus al-Quran, bersedekah, berzikir dan berdoa; juga pada perkara-perkara lain yang bukan berbentuk ritual seperti berbuat baik kepada orang tua, memberi makan orang yang lapar, menolong orang yang memerlukan, membantu saudara seMuslim menyelesaikan masalahnya, mengkaji ilmu dan lainlain. Dalam sebuah hadis qudsi dikatakan bahwa Allah Subhanahu Wa Taala paling menyukai para hamba-Nya yang bertaqarrub kepada-Nya dengan melaksanakan apa sahaja yang difardhukan oleh-Nya. Apa yang difardhukan oleh Allah Subhanahu Wa Taala itu tentulah tidak terbatas pada rukun Islam semata-mata.

Bagi seorang suami, bekerja mencari nafkah untuk menafkahi anak isteri adalah bentuk taqarrub kepada Allah. Bagi seorang pemilik hotel, memutuskan untuk tidak menghidangkan minuman keras, dan menghapuskan berbagai kemaksiatan yang lain dari hotelnya adalah satu bentuk taqarrub kepada Allah Yang Maha Melihat.

Bagi seorang hakim, memutuskan perkara dengan hukum syarak, hukum yang diturunkan Allah Subhanahu Wa Taala, adalah suatu bentuk taqarrub kepada Dia Yang Maha Adil. Bagi pemerintah, menerapkan hukum syarak secara kaffah dalam menjalankan roda pemerintahan adalah juga salah satu bentuk taqarrub kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Bagi seorang pemilik bank, mengambil keputusan untuk menghapus bunga (riba) di banknya adalah bentuk taqarrub yang dicontohkan Nabi Salallahu ’alaihi wasallam.

Bagi seorang pakar ekonomi, menyelesaikan masalah-masalah ekonomi dengan penyelesaian berdasarkan hukum syarak juga termasuk taqarrub kepada Allah Yang Maha Kaya. Malah sebarang bentuk amalan yang berujuan hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah merupakan bentuk taqarrub kepada Allah. Yang penting, Islam itu dipamerkan dalam setiap perbuatan, bukan sekadar setakat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat semata-mata.









Memanfaatkan Ramadhan untuk Mendalami Islam

Ketaqwaan yang lebih tinggi di bulan Ramadhan ini sepatutnya dimanfaatkan untuk memahami Islam dengan lebih mendalam. Contohnya melakukan aktiviti tadarus iaitu membaca al-Quran dan mengkaji maknanya menurut penjelasan para mufassir yang mu‘tabarah, misalnya Jalalain dan Ibnu Katsir dari tafsir lama, atau Tafsîr fî Zhilâl al- Qur’ân Sayyid Quthb dan Shafwah at-Tafâsîr ash- Shabuni untuk tafsir mutakhir. Ini adalah kerana ramai dikalangan umat Islam ini yang belum memiliki gambaran umum tentang kehidupan Islam, termasuk dasar-dasar pemahaman Islam. Sayugia, alangkah bagusnya jika dapat dianjurkan daurah (program atau kursus) di masjid atau di luar masjid untuk mengkaji konsep-konsep dasar Islam seperti syakhshiyyah Islam, aqidah Islam, syariat Islam dan dakwah Islam.

Demikian juga daurah tentang gambaran peradaban Islam dalam masalah ideologi atau mabda’ Islam, politik Islam (as-siyâsah al-islâmiyyah), ekonomi Islam (nizhâm al-iqtishâdi fi al-Islâm), sistem sosial Islam (nizhâm al-ijtimâ‘i fî al-Islâm), budaya Islam (tsaqâfah dan hadhârah Islam) dan sistem pertahanan dan keamanan Islam (al-jaisy al-islâmî dan hukum-hukum berkenaan al-jihâd wa alqitâl). Dengan gambaran umum mengenai kehidupan Islam yang utuh dan menyeluruh, umat Islam akan semakin terdorong untuk mendekatkan diri kepada Allah dan akan muncul ghîrah perjuangan untuk mewujudkan gambaran tersebut dalam kehidupan nyata.



Khatimah

Dimana pun bumi dipijak dan langit dijunjung, setiap Muslim berkewajiban memahami dengan sejelasjelasnya apa yang perlu dilakukan untuk meraih keredhaan sejati. Caranya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan kembali kepada kehidupan Islam yang mana cahaya keimanan dan ketaqwaan itu terpancar di setiap aspek perbuatan. Islam wajib dilaksanakan secara total (kaffah) pada setiap masa, dimana jua.

Kesedaran akan wujudnya hubungan antara kita dengan Allah (idrak sillah billah) harus termanifestasi pada setiap ketika, samada di bulan Ramadhan, Syawal atau lain-lain bulan. Apa yang amat diperlukan adalah nuansa Islam yang terus kekal di sepanjang masa. Suasana ketaqwaan ini tidak akan dapat wujud dengan sebenar-benarnya tanpa kewujudan kehidupan Islam yang total.

Kehidupan Islam seperti ini akan dapat diwujudkan sekiranya hukum syara’ dijalankan secara menyeluruh dan ini hanya akan dapat direalisasikan dengan menegakkan semula Sistem Pemerintahan Islam dimana seorang Khalifah akan diberi mandat untuk melaksanakan Islam secara kaffah - yang akan dapat mewujudkan suasana keimanan (jawwul imaani) agar ketaqwaan terpancar melalui keperibadian setiap individu Muslim tanpa mengira musim.

Justeru, akan lahirlah umat Islam yang bukan sekadar menanti-nanti kedatangan Ramadhan dan menangisi pemergiannya; bukan juga sekadar berlumba-lumba mengejar Lailatul Qadar namun akan turut bertungkus-lumus melaksanakan kefardhuan dan meninggalkan larangan-Nya dalam setiap aspek kehidupan di sepanjang tahun dengan niat yang satu – semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala.

Wallahu ’alam.

Khas Artikel Ramadhan
Sumber : www.mykhilafah.com


WALLAHU'ALAM

Thursday, August 19, 2010

TUAN GURU MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG



KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din akan menjalani pembedahan berkaitan jantung, 'off-pump surgery' di Hospital Stanford, California pada 30 Ogos akan datang.Beliau yang dijadual bertolak pada 28 Ogos mengharapkan agar para penyokong, ahli serta kenalan dapat mendoakan rawatan tersebut berjaya.

"Saya hanya mengharapkan doa daripada kawan-kawan dan semua yang mengenali serta mengiringi pemergian saya dengan doa agar saya dikurniakan kejayaan oleh Allah sebagai usaha untuk mengubati penyakit jantung ini," katanya kepada Harakah ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
Menurutnya, dalam tempoh 23 tahun menderitai penyakit tersebut beliau telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1987 di Hospital St.Vincent, Australia, serta 1998 dan 2000 di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, masalah pada jantungnya berulang kembali meskipun pihaknya telah menjalani semua rawatan yang dikenakan ke atasnya.
Di samping mengambil ubat yang telah diberikan, beliau turut menjalani proses rawatan telium scan, MRI scan dan CT scan.
"Tapi masalah ini tidak selesai malah bertambah serius dan baru-baru ini pihak IJN merujuk masalah jantung saya kepada Hospital Stanford di California," ujarnya lagi.
Jelasnya, seorang pakar jantung dari hospital pakar berkenaan yang kebetulan berada di Malaysia kerana menghadiri seminar berkesempatan memeriksa beliau baru-baru ini sebelum mengesyorkan agar mendapatkan rawatan lanjutan di sana.
Ditanya mengenai tempoh rawatan beliau menjangkakan berada selama tiga minggu dan menyambut Aidilfitri di sana.

Semoga Allah memudahkan urusan Tuan Guru di sana, serta kesihatan untuk terus memimpin & mencurahkan ilmu kepada kami Amin Ya Rabbal 'Alamin

KELEBIHAN KURMA



Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

WALLAHU'ALAM

Dipetik dari blog Mufti Brunei

Sunday, August 8, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN




Puji & Syukur hanya untuk Allah & Shalawat serta Salam ke hadrat Mustafa Rasululullah SAW .

Syukur kepadaNya kerana masih dipanjangkan usia yang dipinjamkan kepada kita untuk bertemu Ramadhan al Mubarak Insya Allah. Berapa ramai yang telah meninggalkan kita tanpa sempat menikmati Ramadhan kali ini.

Satu bulan untuk mencari kasih, rahmat, pengampunan dan keredaan Allah , dihadiahkan kepada umat yang paling special oleh Yang Maha Pencinta .

Marilah sama2 kita berdoa semoga Ramadhan al - mubarak kali ini yang terbaik . Semoga setiap bulan dalam hidup kita menjadi Ramadhan , setiap hari dalam hidup kita menjadi lailatul qadar.

Semoga kita sentiasa di dalam kasih sayangNya, rahmatNya , keredaanNya , naunganNya
Amin Ya Rabbal A'lamin


Sedikit informasi untuk ingatan & dikongsi bersama


Dalil

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa


Kelebihan Berpuasa

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya:

* Puasa mendekatkan diri dengan Allah:

Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

* Puasa mengawal syahawat:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]

* Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]

* Puasa menjanjikan syurga:

Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]



Kelebihan Bulan Ramadhan
Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul SAW telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya:

* Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran:

Allah berfirman :
Maksudnya: “Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah: 185]

* Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr:

Allah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr: 1-3]

* Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” [HR Al-Bukhari: 3277, Muslim: 1079] Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan

* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan syurga:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga” [HR Al-Bukhari : 2637]

Wallahu'alam

Tuesday, July 20, 2010

HIKMAH SUJUD




HIKMAH SUJUD.. (DAN PANJANGKANLAH SUJUDMU..)

Hikmah sujud antara lain ialah:

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :
1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
(smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.. insyaAllah..

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

SUBHANALLAH

Wallahu'alam

Tuesday, July 13, 2010

KEMBALINYA SEORANG GURU



13-Jul-2010 (Selasa): Allahyarham Dr. Haji Abdul Rahman bin Md Derus (59 tahun) telah kembali kerahmatullah pada pukul 1:30 pagi di Hospital Kajang. Janazah Allahyarham telah sempurna disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi pada jam 11:44 pagi.

Takziah diucapkan kepada keluarga & waris Allahyarham , semoga sabar menghadapi kehilangan Allahyarham.

Allahyarham salah seorang tenaga pengajar di Darussyifa' & ahli jawatankuasa Darussyifa'. Allahyarham juga seorang yang peramah, murah dengan senyuman dan tidak lokek ilmu terutama dalam bidang tumbuhan & herba.

Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama golongan syuhada & sholihin .Amin


AL FATIHAH

Monday, July 12, 2010

PEMBUKAAN PUSAT RAWATAN ALTERNATIF DARUL IKHTIAR

Puji & Syukur kepadaNya , di atas kurnia & nikmat yang tak terhingga dan terbatas .

Salam & shalawat ke atas junjungan Rasulullah .

Dengan rahmat & inayahNya , kami telah membuka pusat rawatan kami di

3202A, Jalan Kota Raja, KS2 ,Kampung Jawa 41000 Klang, Selangor .

untuk memudahkan kami merawat tanpa perlu ke rumah pesakit & berjalan jauh .

Kami berharap pesakit dapat mengunjungi pusat rawatan kami

untuk mendapatkan rawatan .

Wallahu'alam

Monday, June 21, 2010

TERAPI SHOLAT

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )


HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,? katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

WALLAHU'ALAM

Thursday, June 17, 2010

KITA SELALU BERTANYA.........




Kita selalu Bertanya?

Al-Quran sudah menjawabnya.



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Walahu'alam
Mamba yang jahil lagi dhaif

KEMBALILAH


Segala Puji & Syukur hanya untuk Allah Rabbul Jalil, salam serta salawat ke atas penghulu habibi Mustaffa Rasulullah SAW.
Sudah menjadi satu tanggungjawab bersama untuk setiap perawat Islam menjadi dai' serta kounselor (glamer sikit bunyinya) untuk setiap pesakit yang kita rawat. Mereka kesemuanya dalam keadaan terdesak & kritikal dengan penyakit & permasaalahan yang sedang menimpa mereka. Di sinilah kita sebagai dai' sepatutnya mengambil kesempatan untuk berdakwah . Gunalah kesempatan ini & sampaikanlah mesej dari Allah dengan penuh hikmah & sabar. Firman Allah SWT "dan yang berpesan dengan haq dan berpesan dengan kesabaran" (Surah Al-'Asr-3).
Mereka memerlukan bantuan, harapan , penyembuhan, kasih sayang & mereka juga memerlukan seseorang utk mendengar rintihan mereka.
Kita memerlukan skil(org puteh lagi) sebagai pendengar yg baik & juga lecturer(speking lagi) yang baik & berhikmah. Berhati-hatilah mengeluarkan kata2, kerana mempunyai kesan yang cukup mendalam di dalam jiwa pesakit.

Saya berpesan pada diri sendiri & kesemua yang membaca blog ini & masyarakat secara amnya , kembalilah , kembalilah , kembalilah kepadaNya ,adik2, abang2, ibu2,bapa2 saudara2 ku di luar sana , yang sudah terlanjur , yang belum menutup aurat dengan sempurna, yang belum taat kpd ibubapa, yang menderhaka kepadaNya , jalan pulang masih luas & belum tertutup, Allah sentiasa menerima hambaNya yang menyesal & ingin kembali padaNya , umpama seorang anak yg sudah lama meninggalkan org tuaNya & kembali setelah sekian lama utk menjengok orang tuanya , perasan gembira itu jauh mengatasi luka lama. Allah menerima hambaNya & sesungguhnya Allah Maha Penira Taubat & Maha Penyayang. KepadaNyalah sebaik2 tempat kembali . Kita sangat mendambakan kasih sayang & pengampunanNya. Kita perlukan Allah tapi allah tidak memerlukan kita , tetapi Allah maha menyayangi hambaNya . Ya Allah jadikanlah kami hamba yang suka bertaubat, hamba yang bersyukur & hamba yang bersabar.

Wallahu'alam
Hamba yang jahil & daif

Monday, May 24, 2010

GANDAAN PAHALA SEDEKAH

Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-

Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.
Inilah formula untuk menggandakan pahala setiap pemberian kita. Moga dimanfaatkan, jangan hanya pemurah dengan rakan - rakan tetapi kedekut dengan ibubapa sendiri. Hari-hari belanja kawan makan, tetapi ibubapa sendiri seposen haram pun tak merasa titik peluh kita .... Allahu ... Allah.

Sunday, May 23, 2010

Gambar




Dengan Nama Allah Yang Maha Indah & Maha Penyayang, Serta Salam & Shalawat ke atas penghulu & kekasih Rasulullah SAw

Nak berkongsi gambar ana yang tak hensem sangat (baju biru) & sahabat cum partner cum guru ana yang sangat hensem dari Nigeria Ustaz Ishak Bello

Menghadiri Kursus Seminar Perawat Islam Cemerlang 2010

Segala Puji & Puja & Syukur hanya untukNya, serta salawat & salam kepada kekasih & penghulu kami Mustafa al Mukhtar Rasulullah SAW

Semalam ana telah menghadiri Seminar Perawat Islam Cemerlang 2010 anjuran Darul Saka di PRODS disampaikan oleh Tok Belagak. Satu seminar yang sangat menarik & berilmiah, dapat menambahkan lagi ilmu disamping memperkukuhkan amalan .Selama mana kita hidup di bumi yang dipinjamkan Allah untuk kita , sudah menjadi kewajipan kita menuntut ilmu disamping mengamalkannya serta menyampaikannya (sekiranya layak) kepada orang lain. Di sini ana ingin berkongsi sebuah kisah untuk diri ana sendiri & pembaca sekelian.

Kisah Nabi Allah Musa berjumpa Khidir, setelah Khidir bersolat di atas kapal , datang seekor burung meminum air laut di hadapan mereka berdua & beredar . Apa pendapatmu wahai Musa ? Tanya Khidir . "no comment" lebih kurang gitulah jawapan Nabi Musa. Ya Musa , sekiranya dicampurkan ilmuku & ilmumu itulah umpama air laut yang diminum oleh burung itu, berbanding dengan laut yang luas yang tak bertepian ini, umpama ilmu Allah Yang Maha Luas , tidak mengurangkan langsung ilmu Allah.

Allah, Allah , begitu kerdilnya kita ini & betapa maha luasnya ilmu Allah yang lebih luas dari 7 lautan .Subhanallah.

Harapan sepenuhnya kami letakkan kepadaMu , dengan segala limu yang dipelajari ini mendekatkan kami kepadaMu & bertambah mengenalimu & mensyukuri nikmat yang tak terhingga yang Enkau pinjamkan kepada kami . Amin YA Rabul Jalil

Wallah'alam

Thursday, May 20, 2010

TANDA - TANDA GANGGUAN

Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Kancing gigi semasa tidur.
*Mimpi-mimpi bayi atau budak kecil ketika tidur.
*Mimpi-mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll & binatang seperti
anjing hitam, monyet dsb
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur / jaga .
*Mimpi makhluk yang menyeramkan & pelik datang mengacau.
*Mimpi mayat.
Dll

Ketika jaga

*Sakit tulang belakang.
*Sakit kepala luar biasa.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori & memerhatikan anda .
*Takut tidak menentu.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
*Sesak nafas waktu asar & maghrib.
*Terlalu was-was.
*Pengsan dan sawan tanpa sebab.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
*Sakit tulang empat kerat.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak & mencucuk di tapak kaki.
*Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati.
*Nampak bayangan makhluk halus
*Sukar untuk tidur.
*Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan-bisikan yang menyuruh melakukan maksiat & bunuh diri
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
*Sakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor
*Bayi yang sentiasa menangis malam terutama pada masa yang hampir sama
*Terlalu beremosi & kerap marah tanpa sebab
Dll

Wallahu'alam

Wednesday, May 12, 2010

Introduksi

Dengan Nama Allah Rabbul Jalil &

Shalawat serta Salam kehadrat penghulu yang tercinta Khatimul Anbiyaa Mustafa al- Mukhtar Rasulullah SAW , para sahabah , kerabat, zuriat serta keturunan yang dimuliakan Allah &

Salam kehadrat para rasulullah, nabiullah, waliullah , syuhada, solehin,
seta guru - guru yang tercinta yang dimuliakan Allah

Dengan kudrat & iradatNya maka terciptalah blog yang serba kekurangan ini .

Objektif utama blog ini dipaparkan adalah untuk informasi rawatan & perubatan alternatif yang dibenarkan oleh syara' untuk Muslim & Non - Muslim.

Sekiranya terdapat salah & silap di dalam artikel-artikel yang dipaparkan,hamba sangat mengharapkan teguran secara ilmiah & berhikmah maklumlah hamba masih jahil & kerdil, masih & sentiasa menuntut ilmu dalam bidang ini.

Dengan harapan & keyakinan penuh mencari keredaaNya , diharapkan blog ini dapat memberi sedikit info perubatan untuk renungan & ikhitiar kita bersama.

Semoga Allah memberi hidayah & taufik & pengampunan kepada kita semua, Amin