RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Tuesday, November 9, 2010

18 SX...



Puji & Syukur hanya untuk Rabbul Jalil, tuan punya diri ini , tuan punya alam ini atas nikmat masa,ruang & kesempatan yang dipinjamkan kepada kita .
Salam & Salawat untuk kekasih & penghulu kita Rasulullah SAW.

Nampak gempak tajuk di atas , tapi tajuk ni bukan ana cipta untuk budak-budak 18 tahun ke atas saje tapi untuk umum.

Ana jarang cerita tentang pengalaman merawat kerana pada ana kisah2 rawatan ana serupe dengan para perawat2 yang lain, mungkin baru dapat sedikit ilham, nasihat & green light dari partner cum guru ana Ust Ishak untuk menceritakan kisah & teladan & pengalaman ana yang tak seberapa ni utk dikongsikan bersama , bukan untuk menunjuk nau'zubillah & dijadikan iktibar

Terlalu banyak yang kita dengar tentang kisah bermimpi 'bersama' dengan seseorang yang asing atau tidak dikenali . Ini bukan saje berlaku pada kaum hawa tapi selalu berlaku juga pada lelaki.

Tapi selalunya kisah ni dianggap p&c atau personal atau setengahnya menganggap sebagai part & parcel of life kata orang nigeria. Tak dinafikan juga kekadang mimpi2 begini adalah dari psikologi akibat untuk memuaskan nafsu atau tengok citer bukan2 ....

Banyak kes yang ana rawat , pesakit menceritakan kisah2 mereka pernah bersama seseorang di dalam mimpi , yang paling hampeh ada yang berlaku antara sedar & tidak , seperti terasa ada 'specis' yang memeluk pesakit, 'specis' menghempap pesakit semasa tidur , dan lain2 , cukuplah ana bagi contoh sikit2 , kalau banyak sangat kang , blog ni jadi macam blog 18sx .

Ana menceritakan kisah2 ini bukan untuk memalukan pesakit atau membuka aib mereka ..nau'zubillah , tetapi untuk dijadikan reference atau panduan kepada mereka yang pernah mengalami kisah atau pengalaman yang sama , untuk mendapatkan rawatan & menyedarkan mereka yang di luar sana yang mereka ni bermasalah & kalau dibiarkan saja banyak memberi masalah fizikal & emosi kepada mereka & rumahtannga & kesihatan mereka.

Biasanya 'specis' ni dinamakan jin asyik seperti yang dikategorikan oleh guru ana 'Ust. Majid - Akrine' tapi ana & partner ana rebrand 'specis' ni sbg 'husband' atau 'wife' . Yang lawaknya kadang2 kalau pesakit dengar ana bincang dgn partner ana ada husband problem mereka ingat ada masalah dengan suami mereka he..he..he..

Insya Allah ana akan sanmbung kisah ni di masa akan datang , tungguuuuu....

Wallahu'alam

2 comments:

  1. salam,maaf ingin ana bertanya....bolehkan saudara menjelaskan terperinci ttg logo tuan.....dan adakah terdapat fahaman freemason atau apa2 berkaitan dengan gerakkan knight templar,minta diperjelaskan......

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama ALLAH....saya dari meru,ingin bertanya mengenai logo darul ikhtiar.....adalah baik sekiranya tuan dapat menerangkan....adakah tuan tergolong dalam kumpulan yang sedang kami buru.....? mohon penjelasan

    ReplyDelete