RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Wednesday, January 12, 2011

18 SX...THE LOVE STORY CONTINUES...



Segala Pujian & Pujaan & Syukur hanya padaNya & Salawat serta Salam buat penghulu & mulia-mulia makhluk Rasulullah SAW.

Ana nak sambung topik yang dah lama terbengkalai nie akibat perasan sibuk.

Sebagaimana yang ana sebutkan dalam paparan 18SX.. dahulu, specis ni paling susah nak tinggalkan pesakit kerana telah lama perasan bercinta dengan pesakit. . Antara tanda-tanda gangguan jin asyik ialah :

- kuat cemburu : cemburu tak bertempat yang menyebabkan pasangan sering bergaduh

- single – suka berstatus bujang & susah untuk mendirikan rumahtangga & yang telah berumahtangga mudah bercerai-berai

- mimpi yang menyeronokkan seperti berkahwin, sering ke kenduri ,sering berjalan-jalan ke tempat - tempat tertentu, sering bertemu dengan sesorang yang tidak dikenali tapi rasa rindu - ala2 bercinta di dalam mimpi

- suka banyak tidor- siang malam tidor – baru boleh jumpa kekasih hati , hehehe

- tidak suka berkawan atau bercakap dengan berlainan jantina

- suka mengasingkan diri dari orang ramai

- terasa ada pernafasan di dalam bilik tidor

- sering bermimpi bersetubuh dengan pasangan yang tak dikenali

- sering dengar bisikan suara kadang-kadang menyuruh berbuat sesuatu seperti bunuh diri , terjun perigi atau tempat tinggi.

- Sering ditindih semasa tidur

- Ada masa tak suka atau rasa benci atau berbulu pada pasangan & tengik muka pasangan macam musuh yang tak boleh dimaafkan


Apa yang ana bagi tips di atas hanya tanda sahaja , jangan terus buat keputusan & kepastian bahawa kawan-kawan anda bermasalah , nanti ana disaman susah nanti, hehehe

Kalau nak kepastian boleh jumpa perawat yang berhampiran , bukan tok moh , kalau tok moh , tidak bermasalah pun depa top-up bagi masalah .Biaslah tu namapun tok moh

Ada setengah specis seperti saka , kerja mereka hanya menjadi ‘jaga’ untuk keluarga atau keturunan mereka tapi mengambil kesempatan menjadi ‘romeo’ sampai meniduri pesakit dsb. Samalah ada kalangan manusia diberi amanah untuk menjadi juruwang , bila dah berbulu mata tengok duit tiap-tiap hari mulalah gatal tangan , cuba nak songlap duit. Macam itulah lebih kurang perumpamaannya, dah nama pun syaitan , apa lagi .. ambillah kesempatan ke atas pesakit. Orang yang mencari masalah dahulu (nenek moyang monyet & apa-apa lagilah) dah mati , so member pun apa lagi , rezeki depan mata, hehehehe.

Ikuti episod selanjutnya kisah tragis ni , akan datang di pawagam yang berhampiran tidak lama lagi . tungguuuuu……..

Wallahu’alam