RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Wednesday, March 23, 2011

PERTEMUAN DENGAN SAHABAT MUA'LLIJ





Puji & Syukur yang tak terhitung hanya untuk Allah Ya Zal Jalaaliwal Ikram & salawat serta salam buat khairulkhalqillah Rasulullah SAW .

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya ana dipertemukan dengan sahabat muallij Muhamad dari Rawatan Islam Al Insyirah dari Puchong, Jumaat lepas. Banyak perkara yang dapat dikonsikan bersama sahabat ana itu. Nampak lebih muda & hensem dari ana tetapi banyak pengalaman & ilmu yang dapat ana 'korek' darinya.

Ana dapat info dari sahabat ana itu,beliau kini membuat rawatan berseorangan lalu ana mengambil kesempatan untuk 'joint venture' & bergabung tenaga, Insya Allah untuk merawat secara jemaah . Masih dalam proses perbincangan untuk bergabung tenaga serta mengeluarkan beberapa produk secara usahasama Insya Allah.

Semoga gabungan ini mendapat keredhaan Allah & bergerak secara jemaah sebagaimana dituntut Islam & Semoga Allah memudahkan semua urusannya .Amin Amin Ya Rabbal A'lamin Wallahu'alam

Tuesday, March 22, 2011

RAWATAN PERDANA 2 , NANTIKAN KAMI DI MUAR



Puji & Syukur untuk Allah sebanyak pujian penduduk langit & bumi & di antara kedua-duanya & salam serta salawat buat kekasih & penghulu kami Rasulullah SAW .

Insya Allah dengan rahmat & bantuanNya , akan diadakan Rawatan Perdana Siri 2 di Masjid Sultan Ismail Tanjung Agas , Muar pada 03/04/2011 dari jam 8 pagi hingga 4 petang .

Insya Allah ana akan turut mengambil bahagian di dalam program ini , semoga mendapat keredhaan Allah, & dapat berdakwah serta menghubungkan siratul rahim sesama perawat & juga saudara-saudara di Muar. Kita biasa membaca blog perawat , inilah masanya untuk mengenali perawat dengan lebih dekat serta merawat penyakit tidak menyalahi hukum syara'.

Ana ni seorang yang amat kerdil, nobody & masih baru di dalam bidang rawatan ni , tapi teringat ana tentang kisah seekor burung yang kecil yang membantu Nabi Ibrahim ketika dicampakkan di dalam api. Binatang lain hanya memandang & mentertawakan aksi burung yang kecil cuba memadamkan api yang sangat besar. Apabila ditanya jawablah si burung itu 'sekurang-kurangnya aku dah mencuba mengikut kemampuan aku , apabila Allah tanya bolehlah aku jawab , kalau aku tengok & tak buat apa-apa , apa aku nak jawab dengan Allah?' .

Apa kita mampu buat , kita buatlah sesuatu untuk Islam & dakwah , walaupun kerja ana mengangkat botol mineral. Ini lebih mulia dari duduk dari jauh & kondem kerja - kerja mulia ini . Wallahu'alam

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi sahabat ana
http://faizalambak.blogspot.com/2011/03/rawatan-perdana-siri-2.html

Saturday, March 19, 2011

RAWATAN DI KUANTAN 2 & MARAN

Puji & Syukur hanya milik Allah serta salam & salawat buat junjungan Rasulullah SAW yang dikasihi.

Alhamdulillah rawatan diluar daerah untuk kali kedua di Kuantan (susulan) dan Maran berjalan dengan lancar dengan izinNya . Walaupun ujian 'berat' menimpa ana di dalam perjalanan pulang tetapi 'kemanisan' bantuan dari Allah dapat menghiburkan hati yang amat stress & tension ketika menhadapi keadaan yang genting, amat-amat ana syukuri.

Kes 1 di Maran , seorang pesakit sudah hampir 3 - 4 tahun menghadapi masalah 'sihir' , keadaan diri yang tidak terurus & berubah sikap dari ceria & peramah kepada sebaliknya.
Pada firasat ana pesakit perempuan yang berumur sekitar 48 tahun itu menghadapi masalah spritual (sihir) & fizikal (depresi akibat ditipu wang sebanyak lebih kurang RM 12,000 oleh seorang lelaki , pada pendapat ana kawan lelaki yang rapat dengan pesakit).

Ana merukyah pesakit & menyediakan air & garam untuk makan & mandi & minyak wangi , disebabkan pesakit agak payah nak respon , ana menamatkan rawaatan dalam masa lebih kurang satu setengah jam .Pesakit agak liat untuk mandi, ana serah kat keluarga pesakit 'pandai-pandai' untuk memandikan pesakit .

Semoga Allah meyembuhkan beliau , ana singgah sekejap ketika balik ke Klang, selepas 2 hari , ada sedikit perubahan kepada pesakit, pesakit nampak bertambah ceria berbanding 2 hari sebelumnya , Semoga Allah membantu beliau. Lagi satu yang menyakitkan hati bila ayah pesakit cerita yang mereka dah berubat merata tempat, macam - macam bomoh dah jumpa , masih tak sembuh , memanglah takkan sembuh , yang menyembuhkan hanya Allah, yang lagi hampeh , pernah pi jumpa uztaz , tak jalan , uztaz suruh jumpa bomoh . Uztaz tu kena rendam dulu dalam air kolam masjid. Macam -macam specis. Wallahu'alam kalau pakcik tu kelentong ana, ana pun kelentong sahabat-sahabat sekalian .

Pesakit kedua, buat follow up, kena sihir & santau , sentiasa muntah . Alhamdulillah kali ini ana tengok ada perkembangan yang baik , masih ada sedikit masalah , dengan izin Allah ana ikhtiar membuang saki baki racun & gangguan dalam badan pesakit. Suami pesakit juga ada masalah gangguan specis saka . Alhamdulillah dengan izin Allah ana tarik dan buang gangguan tersebut & ana berikan sedikit amalan untuk mereka amalkan & menguatkan spiritual mereka. Semoga Allah menyembuhkan mereka & memelihara mereka.Amin Ya Rab

Wallahu'alam

Wednesday, March 9, 2011

Allah's Medicine Chest: Lemons



By Hwaa Irfan

Lemon/limau adalah salah satu contoh dari limpah kurnia Allah kepada kita. Walaupun ianya menjadi "kebiasaan," tetapi ianya mengandungi flavonoid, yang sering disebut 'sifat pengubah biologi,' kerana kemampuan mereka untuk mengubah reaksi tubuh terhadap bahan-bahan lain seperti:. Alergen, virus dan karsinogen

Lemon biasanya megandungi Vitamin C yang tinggi - empat kali lebih tinggi dari oren. Saintis Hungary, Albert Szent-Gyorgi, menemui sebuah sinergi antara vitamin C yang tulen dan faktor bersama yang tidak dikenali di dalam kulit lemon dan menamakan penemuan itu sebagai vitamin P . Masih dikenali sebagai demikian, vitamin P memberi manfaat kepada kapilari dengan mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan peredaran darah.
Ia juga dapat menyembuhkan katarak, menurunkan kepekatan hempedu, meredakan herpes dan menurunkan kadar kolesterol darah (Murray, hal 1)

Sifat yang lain , yang agak penting dari lemon ialah isi kandungan mineral mereka. Mereka mengandungi kalium 48,3%, yang memelihara sel-sel otak dan saraf; 29,9% kalsium, yang membina tulang dan gigi yang kuat;. dan magnesium 4,4%, di mana pengabungan dengan kalsium, memainkan peranan penting dalam pembentukan albumen dalam darah.

Selain manfaat di atas, bau dan rasa lemon dapat membantu melegakan stres.Dalam aromaterapi, minyak lemon digunakan sebagai merehatkan otot dan kulit dan peredaran stimulasi.Apabila disapukan pada wajah, lemon membuka pori-pori melepaskan panas dan menyegarkan kulit.


Lemon juga mempunyai kesan terapi lain pada tubuh . Meminum jus lemon membantu membersihkan sistem limfa, menyegarkan rangkaian kulit dan meningkatkan aliran darah (Gurudas, hal 167).
Ini mungkin salah satu sebab ramai yang meminum, minuman berlimau pada hari panas terik. Ia juga boleh dimakan selama kehamilan, lemon membantu di dalam pembinaan tulang bayi.di dalam perut.

Lemon juga dapat membantu pencernaan makanan berat dengan menghasilkan enzim-enzim yang diperlukan dan di dalam asimilasi protein, kalsium zinc, dan vitamin

Lemon juga mempunyai kolesterol -. Sifat menurunkan, sehingga mencegah keguguran rambut dan bahkan menyebabkan rambut regenerasi. Ia bertindakbalas terhadap kes - kes kecemasan dan depresi; merangsang hati dan kantung empedu, menyebabkan perlepasan di kala kesesakan, merangsang pembentukan leukosit berharga di dalam melawan virus dan penyakit berjangkit; megurangkan air yang berlebihan dalam keseimbangan air di dalam badan , mengurangkan asid uric ; dan merangsang sistem limfa dalam kes selulit dan obesiti (Gurudas, hal 168)

Untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya, lemon harus digunakan tanpa gula. Jika tidak, kesan negatif daripada gula (seperti mengganggu imunisasi tubuh, mengganggu pencernaan dan mengeluarkan vitamin dan mineral dari sistem) boleh mengurangkan keberkesanan impak lemon.

Kesan-kesan masam (limonenes dan liminoids) di lemon, dan buah citrus yang lain dapat meningkatkan aktiviti-aktivitit enzim untuk mendetoksifikasikan karsinogen tertentu. Ini mengikat alkaloid bermutasi sel dan membantu tubuh untuk menghilangkan mereka sebelum mereka menjadi karsinogenik (Messina laman 2)


ARTIKEL PENUH DI DALAM BAHASA INGGERIS


By Hwaa Irfan
Lemons are just one example of the simple bounties Allah has provided us with. Although they may just be a "customary fruit," they contain flavanoids, which are often referred to as 'natures biological modifiers,' because of their ability to modify the body's reactions to other compounds such as: allergens, viruses and carcinogens.

Lemons are usually known for their high content of Vitamin C - four times higher than that of oranges. Hungarian scientist, Albert Szent-Gyorgi, uncovered a synergy between pure vitamin C and a then unidentified co-factor in the peels of lemons and called the resulting compound Vitamin P. Still known as such, Vitamin P particularly benefits the capillaries by reducing pain and improving blood circulation. It also heals cataracts, decreases bile production, alleviates herpes and lowers blood cholesterol levels (Murray, p. 1).

Other important properties of lemons are their mineral contents. They contain 48.3% potassium, which nourishes the brain and nerve cells; 29.9% calcium, which builds strong bones and teeth; and 4.4% magnesium, which in conjunction with calcium, plays an important part in the formation of albumen in the blood.

In addition to their nutritional benefits, the smell and the taste of lemons can help fuel a general release of stress. In aromatherapy, lemon oil is used as a muscle relaxant and a skin and circulation stimulant. Rubbed on the face, lemons open up the pores releasing heat and refreshing the skin.

Lemons have other therapeutic effects on the body as well. Drinking lemon juice helps cleanse the lymphatic system, invigorate skin tissue and increase the blood flow (Gurudas, p. 167). This might be one reason for the popularity of lemonade on a hot, sticky day. Eaten during pregnancy, lemons help build the developing baby's bones. Lemons also aid in the digestion of heavy meals by producing the necessary enzymes and in the assimilation of protein, calcium, zinc and vitamins.

Lemons also have cholesterol - lowering properties, thus preventing hair loss and even causing hair regeneration. They counteract cases of anxiety and depression; stimulate the liver and the gall bladder, causing a release in congestion; stimulate the formation of valuable leukocytes in the fight against viral and infectious diseases; drain excess water in cases of water retention; reduce uric acid; and stimulate the lymphatic system in cases of cellulite and obesity (Gurudas, p. 168).

In order to fully benefit from their effects, lemons should be consumed without sugar. Otherwise the negative effects of the sugar (such as lowering immunity, interfering with digestion and leeching vitamins and minerals from the system) may outweigh their beneficial effects. The limonenes and liminoids in lemons, and other citrus fruits, increase the activity of enzymes that detoxify certain carcinogens. These alkaloids bind mutated cells and help the body to eliminate them before they become carcinogenic (Messina p.2).


Sources:

* Gurudas. "Flower Essences and Vibrational Healing." USA: Cassandra Press. 1989.
* Kloss, Jethro. Back To Eden. USA: Back To Eden Books. 1985.
* "Lemon Aid". Vegetarian Times. (May 1995) pg. 6.
* Messina, Mark. "Foods with phyte." Better Homes and Gardens (Feb 1997) 1-2.
* Murray, Michael T. "Quercetin: Natures Antihistamine." Better Nutrition (Apr. 1998).
* Roden, Claudia. Middle Eastern Food. England: Penguin Books. 1963.
* Stein, Diane. The National Remedy Book for Women. USA: The Crossing Press. 1992.

Hwaa Irfan is a staff writer for Health and Science section of Islamonline

KOMEN : SUBHANALLAH , TIDAKLAH ALLAH MENJADIKAN KAMI SIA - SIA. TERLALU BANYAK KELEBIHAN & KEGUNAAN YANG ADA PADA LEMON & LIMAU. ARTIKEL INI ANA DAPAT & BOLEH DIAMBIL MANAFAATNYA TETAPI ARTIKEL SEBENAR DI DALAM BAHASA INGGERIS, ANA TRANSLATE ARTIKEL INI KE BAHASA MALAYSIA, ADA SETENGAH ISTILAH SAINTIFIK, ANA TAK RETI NAK ALIH BAHASA , KALAU ADA TERSALAH MOHON PERBETULKAN . INSYA ALLAH AKAN DIIKUTI DENGAN TIP KESIHATAN DENGAN MENGGUNAKAN LEMON & LIMAU

WALLAHU'ALAM

Wednesday, March 2, 2011

RAWATAN DI KUANTAN


Puji & Syukur milik Allah semata Rabbul Jalil. Salam & shalawat ke atas penghulu, junjungan serta kekasih Mustafa al Mukhtar , Muhammad SAW .

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk ana ke Kuantan pada 12/2/11 hingga 14/2/11 . Tujuan utama untuk majlis perkahwinan sepupu ana di Felda Kratong 3 . Sambil "makan biskut cecah air kopi" hehehe pepatah baru , ana sempat buat rawatan di Kuantan . Ana ada merawat seorang pesakit dari Kuantan beberapa bulan yang lalu, jadi ana singgah di rumah kakak pesakit , pada hari pertama untuk bertemu ahli keluarga pesakit yang lain. Pesakit itu masih bermasalah , tetapi beransur baik berbanding dengan keadaan sebelum .Insya Allah kalau ada rezeki ana akan menceritakan kisah pesakit ini yang penuh dangan misteri. Hari kedua ana membuat merawat seorang makcik , yang sering mengalami penyakit 'gatal' dan panas badan terutama di waktu magrib . Ana rukyah secara ringkas , pesakit kerasukan & menangis , jin itu mendakwa makcik itu menggangu kawasannya . Memang benar , makcik itu ada menebas rumput & membakar di belakang rumahnya. Alhamdulillah jin itu memeluk Islam & berjanji untuk tidak mengganggu makcik itu lagi. Selepas magrib , ana merawat anak makcik itu yang ada masalah sihir. Tengah ana buat rawatan , sempat makcik itu menelefon anak- anak yang lain . tak sampai 30 minit rumah dipenuhi oleh keluarga pesakit . Alhamdulillah , Allah memudahkan urusan rawatan . Rawatan tamat dalam pukul 1130 malam .

Pada pengamatan ana , masih ramai lagi di sana masih percaya kepada 'mbah' atau penjaga keluarga mereka iaitu specis saka. Itu yang merisaukan ana , pergantungan mereka kepada selain Allah . Nuu'zubillah semoga Allah memberi petunjuk & mengampunkan dosa mereka.Amin

Insya Allah ana akan ke Kuantan minggu depan 'bergantung kepada 1 kes di Maran' tarikhnya berkemungkinan 11/3/,12/3,13/3,14/3.Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan boleh menghubungi ana di 016-6900431/017-3887071/016-6457072, Insya Allah

Ribuan terima kasih kepada KAK FAIRUZ & keluarga selaku tuan rumah hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan mereka, jazakallah.

Wallahu'alam