RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Sandal Mulia Rasulullah SAW

Sandal Mulia Rasulullah SAW

Translate

Saturday, March 19, 2011

RAWATAN DI KUANTAN 2 & MARAN

Puji & Syukur hanya milik Allah serta salam & salawat buat junjungan Rasulullah SAW yang dikasihi.

Alhamdulillah rawatan diluar daerah untuk kali kedua di Kuantan (susulan) dan Maran berjalan dengan lancar dengan izinNya . Walaupun ujian 'berat' menimpa ana di dalam perjalanan pulang tetapi 'kemanisan' bantuan dari Allah dapat menghiburkan hati yang amat stress & tension ketika menhadapi keadaan yang genting, amat-amat ana syukuri.

Kes 1 di Maran , seorang pesakit sudah hampir 3 - 4 tahun menghadapi masalah 'sihir' , keadaan diri yang tidak terurus & berubah sikap dari ceria & peramah kepada sebaliknya.
Pada firasat ana pesakit perempuan yang berumur sekitar 48 tahun itu menghadapi masalah spritual (sihir) & fizikal (depresi akibat ditipu wang sebanyak lebih kurang RM 12,000 oleh seorang lelaki , pada pendapat ana kawan lelaki yang rapat dengan pesakit).

Ana merukyah pesakit & menyediakan air & garam untuk makan & mandi & minyak wangi , disebabkan pesakit agak payah nak respon , ana menamatkan rawaatan dalam masa lebih kurang satu setengah jam .Pesakit agak liat untuk mandi, ana serah kat keluarga pesakit 'pandai-pandai' untuk memandikan pesakit .

Semoga Allah meyembuhkan beliau , ana singgah sekejap ketika balik ke Klang, selepas 2 hari , ada sedikit perubahan kepada pesakit, pesakit nampak bertambah ceria berbanding 2 hari sebelumnya , Semoga Allah membantu beliau. Lagi satu yang menyakitkan hati bila ayah pesakit cerita yang mereka dah berubat merata tempat, macam - macam bomoh dah jumpa , masih tak sembuh , memanglah takkan sembuh , yang menyembuhkan hanya Allah, yang lagi hampeh , pernah pi jumpa uztaz , tak jalan , uztaz suruh jumpa bomoh . Uztaz tu kena rendam dulu dalam air kolam masjid. Macam -macam specis. Wallahu'alam kalau pakcik tu kelentong ana, ana pun kelentong sahabat-sahabat sekalian .

Pesakit kedua, buat follow up, kena sihir & santau , sentiasa muntah . Alhamdulillah kali ini ana tengok ada perkembangan yang baik , masih ada sedikit masalah , dengan izin Allah ana ikhtiar membuang saki baki racun & gangguan dalam badan pesakit. Suami pesakit juga ada masalah gangguan specis saka . Alhamdulillah dengan izin Allah ana tarik dan buang gangguan tersebut & ana berikan sedikit amalan untuk mereka amalkan & menguatkan spiritual mereka. Semoga Allah menyembuhkan mereka & memelihara mereka.Amin Ya Rab

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment