RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Wednesday, March 2, 2011

RAWATAN DI KUANTAN


Puji & Syukur milik Allah semata Rabbul Jalil. Salam & shalawat ke atas penghulu, junjungan serta kekasih Mustafa al Mukhtar , Muhammad SAW .

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk ana ke Kuantan pada 12/2/11 hingga 14/2/11 . Tujuan utama untuk majlis perkahwinan sepupu ana di Felda Kratong 3 . Sambil "makan biskut cecah air kopi" hehehe pepatah baru , ana sempat buat rawatan di Kuantan . Ana ada merawat seorang pesakit dari Kuantan beberapa bulan yang lalu, jadi ana singgah di rumah kakak pesakit , pada hari pertama untuk bertemu ahli keluarga pesakit yang lain. Pesakit itu masih bermasalah , tetapi beransur baik berbanding dengan keadaan sebelum .Insya Allah kalau ada rezeki ana akan menceritakan kisah pesakit ini yang penuh dangan misteri. Hari kedua ana membuat merawat seorang makcik , yang sering mengalami penyakit 'gatal' dan panas badan terutama di waktu magrib . Ana rukyah secara ringkas , pesakit kerasukan & menangis , jin itu mendakwa makcik itu menggangu kawasannya . Memang benar , makcik itu ada menebas rumput & membakar di belakang rumahnya. Alhamdulillah jin itu memeluk Islam & berjanji untuk tidak mengganggu makcik itu lagi. Selepas magrib , ana merawat anak makcik itu yang ada masalah sihir. Tengah ana buat rawatan , sempat makcik itu menelefon anak- anak yang lain . tak sampai 30 minit rumah dipenuhi oleh keluarga pesakit . Alhamdulillah , Allah memudahkan urusan rawatan . Rawatan tamat dalam pukul 1130 malam .

Pada pengamatan ana , masih ramai lagi di sana masih percaya kepada 'mbah' atau penjaga keluarga mereka iaitu specis saka. Itu yang merisaukan ana , pergantungan mereka kepada selain Allah . Nuu'zubillah semoga Allah memberi petunjuk & mengampunkan dosa mereka.Amin

Insya Allah ana akan ke Kuantan minggu depan 'bergantung kepada 1 kes di Maran' tarikhnya berkemungkinan 11/3/,12/3,13/3,14/3.Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan boleh menghubungi ana di 016-6900431/017-3887071/016-6457072, Insya Allah

Ribuan terima kasih kepada KAK FAIRUZ & keluarga selaku tuan rumah hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan mereka, jazakallah.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment