RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Sandal Mulia Rasulullah SAW

Sandal Mulia Rasulullah SAW

Translate

Tuesday, March 22, 2011

RAWATAN PERDANA 2 , NANTIKAN KAMI DI MUAR



Puji & Syukur untuk Allah sebanyak pujian penduduk langit & bumi & di antara kedua-duanya & salam serta salawat buat kekasih & penghulu kami Rasulullah SAW .

Insya Allah dengan rahmat & bantuanNya , akan diadakan Rawatan Perdana Siri 2 di Masjid Sultan Ismail Tanjung Agas , Muar pada 03/04/2011 dari jam 8 pagi hingga 4 petang .

Insya Allah ana akan turut mengambil bahagian di dalam program ini , semoga mendapat keredhaan Allah, & dapat berdakwah serta menghubungkan siratul rahim sesama perawat & juga saudara-saudara di Muar. Kita biasa membaca blog perawat , inilah masanya untuk mengenali perawat dengan lebih dekat serta merawat penyakit tidak menyalahi hukum syara'.

Ana ni seorang yang amat kerdil, nobody & masih baru di dalam bidang rawatan ni , tapi teringat ana tentang kisah seekor burung yang kecil yang membantu Nabi Ibrahim ketika dicampakkan di dalam api. Binatang lain hanya memandang & mentertawakan aksi burung yang kecil cuba memadamkan api yang sangat besar. Apabila ditanya jawablah si burung itu 'sekurang-kurangnya aku dah mencuba mengikut kemampuan aku , apabila Allah tanya bolehlah aku jawab , kalau aku tengok & tak buat apa-apa , apa aku nak jawab dengan Allah?' .

Apa kita mampu buat , kita buatlah sesuatu untuk Islam & dakwah , walaupun kerja ana mengangkat botol mineral. Ini lebih mulia dari duduk dari jauh & kondem kerja - kerja mulia ini . Wallahu'alam

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi sahabat ana
http://faizalambak.blogspot.com/2011/03/rawatan-perdana-siri-2.html

No comments:

Post a Comment