RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Sunday, April 10, 2011

ANDA PERLUKAN PEMBEDAHAN........

Pujian & Pujaan hanya untuk Allah pemilik alam ini. Salawat & salam ke atas junjungan serta kekasih hati kami Rasulullah SAW.

Lahaulawala Quwwata Illabillah.

Kisah benar ini terjadi kepada kakak ipar ana sendiri , ditambah perisa untuk melazatkan lagi perjalanan cerita ini hehehe.

Ana ceritakan penglamaan ini untuk dijadikan iktibar bersama , sesungguhnya Allah bisa menolong kita di dalam apa kondisi sekiranya kita amat yakin & pasrah akan pertolongan dariNya (macam cinetron indon pulok)

Pn KI (short form utk kakak ipar daa) mengandung & tidak ada apa2 masalah sepanjang waktu Pn KI mengandung & doktor memberikan tarikh bersalin seperti biasa iaitu 9 bln 10 hari sehingga 10 bulan

3 minggu terakhir doktor mengesahkan bayi di dalam perut masih songsang (kepala masih di atas & kaki melilit kepala & punggung di bawah).Doktor memberikan tarikh utk pembedahan sekiranya bayi masih tidak berpusing . Ini memeningkan kepala keluarga ana dan EN A (short form abang ana daa) . Minggu berikutnya mereka berjumpa doktor semula utk pemeriksaan selanjutnya tetapi tidak ada perubahan. Makin berpeluh lagi En A & keluarga ana , dah lah bermasalah , kena keluar kos iaitu dekat RM 4000 lebih untuk pembedahan.

Minggu berikutnya mereka membuat pemeriksaan , masih tiada perubahan . Doktor menyuruh PN KI untuk masuk wad (bersalin)untuk melakukan pembedahan pada hari berikutnya .

Pn KI & EN A sempat berjumpa ana , untuk melakukan ikhtiar kali terakhir sebelum pembedahan.
Ana berikhtiar melakukan rawatan bersama partner ana. Dia menggunakan pendekatan tulisan ayat2 Quran menggunakan pinggan putih ( madu + air safron) . Ana menggunakan teknik rukyah serta Teknik Kembara Mata Batin . Selesai rawatan lebih kurang 1 1/2 jam . Ana menyuruh mereka sholat hajat & bernazar & melakukan zikir iaitu zikir istigfar & tasbih yunus. Ana bersama partner ana juga melakukan sholat hajat memohon pada Allah agar memudahkan urusan mereka. Ana juga bekalkan mereka air rukyah untuk diminum setiap 1-2 jam .

Esoknya mereka ke hospital sambil membawa barangan yang diperlukan. Alhamdulillah setelah discan bayi telah berpusing & turun ke posisi yang sepatutnya dan tidak memerlukan pembedahan. Doktor menyuruh mereka balik & datang kembali seminggu kemudian . Emak ana menelefon memberikan berita gembira ini & ana memanjatkan pujian & kesyukuran yg tak terhingga kepadaNya kerana memakbulkan doa kami. Selepas itu ana bekalkan air selusuh , minyak zaitun & kurma untk memudahkan proses bersalin secara normal biiznillah. Seminggu kemudian pada 3/11/2010 lahirlah seorang bayi lelaki secara normal & bayi itu berusia 5 bulan sekarang & dinamakan Zameer Ahmad (macam filem hindustan pulok). Allah memudahkan segala urusan bersalin Pn KI .



Gambar Baby Zameer ketika baru lahir



Inilah serba sedikit pengalaman ana yang tak seberapa ni di dalam bidang rawatan. Orang Nigeria cakap miracle hehehe, tapi disisi Alah semuanya mudah belaka.

Ana nak kongsi sikit zikir tasbih yunos , Insya Allah jikalau diamalkan penuh keyakinan & harapan sebanyak 40x atau 1000x atau sebanyak yang mampu , kita letakkan masalah & harapan kita kepada Allah , Insya Allah akan selesailah masalah kita walau sebesar & seberat manapun masalah kita.

Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat guru ana TG Ust Majid (Akrine) di atas ilmu yg dikongsikan terutama TKR ,semoga Allah merahmati beliau & juga Ust Ishaq Bello di atas tunjuk ajar beliau dan juga guru - guru yang lain. Hanya Allah saja yg boleh membalas jasa mereka

Semoga kisah ini memberi manafaat kepada pembaca & juga perawat lain, tiada daya & upaya selain dariNya semata

'Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.' (Surah Ad-Dhuha:11)

Wallahu'alam

2 comments:

  1. Allah Maha Hebat syeikh , kiter ni tak de apa pun , Inna Haza Min Fadli Rabbi

    ReplyDelete