RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Wednesday, May 18, 2011

RAWATAN PERDANA 3 -MASJID AL-MOHSININ - PENGENALAN






Masjid Al-Mohsinin - Gambar di dalam masjid , hijau belaka , sejuk mata memandang

Segala Puji & Syukur sebanyak makhluk ciptaanNya di langit & bumi & segala apa yang ada di antara keduanya, serta shalawat & salam kasih sayang buat junjungan Rasulullah SAW.

Serba sedikit pengenalan ttg lokasi Rawatan Perdana 3.

PENGENALAN KAMPUNG

Kampung Sungai Kandis dibuka pada tahun 1896. Kumpulan yang diketuai oleh ATOK MOHSIN BIN ATOK KAMIJAN adalah orang yang bertanggungjawab membuka Kampung Sungai Kandis. Kampung Sungai Kandis ialah sebuah kampung tradisional yang berasal dari sebatang sungai kecil yang merentang di tengah kampung yang terus menuju ke Sungai Klang.Kuala Sungai Kandis masih ada lagi di dalam peta, begitu juga dengan sungainya yang telah kandas masih ada lagi bekasnya, ia seperti parit kecil yang sudah sebu.Sungai ini pernah menjadi laluan utama penduduk kampung pada masa silam, semasa Kampung Sungai Kandis ini masih dipenuhi dengan hutan belantara, maka jalan air adalah menjadi laluan utama.Disebut sebagai kandis memandangkan kebanyakan pokok asam kandis banyak terdapat di dalam hutan dan di persisiran sungai yang kecil.


JUMLAH PENDUDUK

Melayu 3172 orang
Cina 118 orang
India 162 orang
Lain-lain 40 orang
Pendatang Asing 500 orang



PECAHAN PENDUDUK %

Melayu 85 %
Cina 4 %
India 4 %
Lain-lain 1 %
Pendatang Asing 10 %

Kampung ini terletak di antara sempadan Klang & Shah Alam , dipisahkan dari Padang Jawa oleh Sungai Klang . Majoriti penduduk di sini berketurunan jawa. Stesen komuter terdekat ialah Bukit Badak & stesen Klang & banyak bas melalui jalan besar Kampung Jawa & berhenti di luar kpg.

Masjid ini tersergam indah & sentiasa diimarahkan oleh penduduk kpg ini . Masjid ini berusia lebih 100 tahun & mempunyai daya tarikan & sejarahnya tersendiri. Boleh menampung lebih kurang 500 - 600 jemaah .


Dari segi masalah, ramai yang mempunyai gangguan saka . Semoga dengan adanya rawatan sebegini , penduduk di sini dapat mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mendapatkan rawatan secara islam.

Semoga Allah memudahkan urusan jemaah kg ini .

Wallahu'alam

Monday, May 16, 2011

RAWATAN PERDANA DI KAMPUNG SUNGAI KANDIS




Segala puji & syukur hanya untuk Allah & selawat serta salam kehadrat Rasulullah SAW.

Alhamdulillah rawatan perdana 3 akan berlansung di Masjid Al-Mukhsinin , Kampung Sungai Kandis , Shah Alam pada 29/5/2011. Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Nazir Ust Ehsan serta AJK masjid juga sahabat ana yang banyak membantu dalam memudahkan kerja ana iaitu Tuan Azlan & Tuan Yazid qariah Masjid Sg Kandis. Semoga Allah memudahkan urusan mereka & tahniah kerana masjid ini terpilih di dalam Rawatan perdana kali ini. Insya Allah masjid ini akan dikenali diseluruh Malaysia & menjadi tanda sejarah di dalam rawatan perdana



Masjid Al-Muhsinin yang tersergam indah mempunyai banyak rahsia & keunikkan yang tersendiri


Kepada perawat-perawat yang nak join sekaki dipersilakan. Tenaga anda amat dialu-alukan.
Sila hubungi kami segera nombor dibawah atau email kepada saya madmualij@yahoo.com

Nama:
Ic:
No phohe:
Dari pertubuhan:

Ustaz Hassan - 0173281956
Ustaz Muhammad - 016-2206579
Ustaz Raffi - 017-3887071
Ustaz Mustaqim - 0136459087


Poster filem seram yang terbaru dipasaran , di antara hero -hero tour yang lepas


Semoga Allah memudahkan rawatan kali ini & dengan harapan tour kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pesakit & perawat & paling berjaya , Amin Ya Rabbal A'lamin

Insya Allah ana akan memberikan sedikit gambaran & sejarah masjid & kawasan ini dlm catatan yg akan datang.

Wallahu'alam

Thursday, May 5, 2011

ROAD TOUR TO SOUTH



Puji & Syukur yg tak terhingga kepada tuan punya diri & roh , ampunya langit & bumi & apa yang ada di antara keduanya , Allah Rabbul Izzah.

Salawat & Salam buat kekasih hati kami Habibil Mustafa Sayyidil Mursalin .

Insya Allah ana & muallij Mohd ( Rawatan Islam al-insyirah) akan ke selatan untuk menziarah serta merawat beberapa pesakit . Kebanyakkan pesakit ini adalah sahabat serta pesakit lama kami. Semoga Allah menyembuhkan serta menyelesaikan masalah mereka.

Kami akan singgah ke Seremban , Melaka, Muar & Batu Pahat. Insya Allah sekiranya ada pesakit - pesakit yang memerlukan khidmat kami, boleh telefon kami di 016-6900431/017-3887071 atau 016-2206579 (Ust Mohd) , Insya Allah kami boleh singgah dalam perjalanan.

Kami akan bertolak sabtu pagi & balik hari Ahad ( 7/5/11 & 8/5/11). Semoga Allah memudahkan urusan & perjalanan kami , Amin Ya Rabbal A'lamin