RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Sandal Mulia Rasulullah SAW

Sandal Mulia Rasulullah SAW

Translate

Thursday, June 23, 2011

SEDIKIT PERINGATAN WALAUPUN PAHIT



Segala Puji & Syukur Hanya Milik Allah & Salawat serta Salam kasih Sayang untuk Kekasih Hati Rasulullah SAW.

Sedikit buah fikiran dari hamba yang daif ini. Semenjak dua menjak , banyak kes melibatkan penyihiran & serangan saka dari pihak ibu & bapa pesakit sendiri , selalunya kes ini melibatkan sedikit masalah dengan menantu perempuan . Kes2 ini melibatkan serangan yang amat kronik & berterusan sampai melibatkan kesihatan sang isteri kekadang sampai tahap kritikal. Senang2 si suami mengutuk ibu bapa kandung mereka nau'zubillah. Ini salah satu sebab Allah tidak memberi kesembuhan walaupun dah jumpa ramai 'uztaz' yang handal. Di mana akhlak kita sebagai orang Islam. Dalam hadith Rasulullah SAW yang popular . Siapa harus aku patuh & taat Ya Rasulullah? tanya seorang sahabat. 'Allah & Rasul' Jawab Rasulullah , Kemudian? tanya sahabat, 'ibumu,ibumu,ibumu kemudian bapamu' Jawapan Rasulullah SAW. Samapai 3 x jawapan ibu pas tu bapa , tak masuk pun bab isteri. Ini satu peringatan buat sang anak , biar apapun dilakukan oleh ibu & bapamu , dia tetap ibu & bapamu , hormatilah mereka , jangan mengutuk mereka & jadikan mereka itu musuhmu . Nau'zubillah . kekadang mereka tak tahu langsung tentang perkara ni, saka mereka punya angkara. Jangan menuduh sebarangan. Walau betul sekalipun , berbuat baiklah terhadap mereka, jangan pinggirkan mereka. Anggaplah ini ujian & satu peluang yang Allah bagi kepadamu sebagai kafarah & untuk menyedarkan ibu bapamu bahawa perbuatan mereka itu salah. Allah sentiasa memerhatikan gerak geri kita. Jikalau hubungan kita dgn ibu bapa kita kantoi di dunia ini , maka kantoilah kehidupan kita di dunia ini lagi & seterusnya . Beringatlah Semoga Allah mengampuni dosa kita & dosa kedua ibu bapa kita . Amin

Wallahu'alam

2 comments:

  1. em betul tue syeh, ana pun pernah berdepan dgn kes sebegini, sampai sanggup nak bunuh ayahnya kalau boleh, tak tahan dengan ujian, macam ne nak berkat doanya, aurat tak tutup, pakai baju plak baju adiknya yg 5 tahun, semua padat, ketat dan mantop... aduslah, akhir zaman nie...

    ReplyDelete
  2. tak menghargai langsung sakit ibu bapa ketika membesarkan anak2

    ReplyDelete