RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Sunday, July 31, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN & SELAMAT BERIBADAH





Segala puji & syukur hanya milik Allah . tiada sesuatu melainkan dariNya jua & di atas rahmatNya jua kita dianugerahkan bulan ibadah & bulan yang mulia yang mana di dalamnya terdapat satu hari yang lebih bernilai dari 1000 bulan. Salawat serta salam buat junjungan yang dikasihi & tercinta Sayyidil Mustafa SAW ,air mata baginda sentiasa mengalir untuk umat yang tercinta iaitu diri ini , keluarga & umat manusia tanpa kira sempadan , bangsa , bahasa , warna kulit.

Marhaban Ya Ramadhan , Allahu Allah, masih memberikan nikmat nyawa & kesihatan,keimanan untuk meneruskan ibdah di bulan yg mulia ini .datang sepetri angin & pergi seperti angin, rasa macam semalam sj kita menyambut ramadan 1431 hijrah

Rasulullah menyebut , barang siapa merasa gembira menyambut Ramadhan , Allah telah mengampuni semua dosanya , Subhanallah, bukan gembira nak jual kurma , jual biskut raya , jual juadah berbuka tapi gembira kita seperti kita gembira untuk mengambil setiap ruang & masa untuk beribadah & mencari keredhaan Allah

Di bawah ini ana selitkan beberapa Hadith Rasulullah SAW ttg puasa :



Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang?orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.

Hadist riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.

Hadist riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.

Hadist riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: “Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa”.

Hadist riwayat al-Nasa`ie daripada Abi Sa`id, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa sehari semata-mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun”.

Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Hadist riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu”.

Membaca makna hadist di atas semoga semakin menguatkan dan memotivasi kita dalam menjalankan ibadah puasa ramadhan.

Begitulah sedikit hadith yang sempat ana copy paste untuk rujukan ana & pembaca.

Semoga kita memperoleh taqwa hasil daripada puasa yang berkualiti & riadah ibadah kita di bulan yang mulia ini .

Ana memohon ribuan maaf kepada pembaca2 dan sahabat2 di luar sana sekiranya adaa kesalahan & kesilapan ana yang lemah & daif ini , juga kepada pesakit2 , inilah waktu yg amat mustajab doa kita , ayuh berdoa & muhasabah diri & memperbaiki hubungan kita dengan Allah , ana yakin Insya Allah , Allah akan menyembuhkan anda , Amin Ya Rabb

No comments:

Post a Comment