RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Monday, November 25, 2013

RAWATAN DI KUANTAN, PEKAN & SEWAKTU DENGANNYA 7/12/2013-9/12/2013



Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Bismillahi Masya Allah , Salawat seta salam buat Penghulu & Kekasih kami Rasulullah SAW .

Insya Allah ana akan ke Kuantan, Pekan & kawana yang sewaktu dengannya  sekali lagi pada 7/12/2013 - 9/12/2013 di atas permintaan pesakit , juga sempena lawatan Guru Mulia Habib Umar Bin Hafiz di Kuantan .

Insya Allah kepada pesakit yang memerlukan rawatan boleh menghubungi ana di talian 017-3887071 / 019-3034542 .

Bayaran serta hadiah boleh dirundingkan , jika anda tidak mampu , berterus teranglah dengan ana , Insya Allah ana faham keadaan anda,  tidak  menjadi keberatan & masalah di pihak ana untuk membantu anda .

Wallahu'alam ,  bil barkatil Sayyidina Muhammad SAW 

Monday, October 21, 2013

RAWATAN DI KUANTAN, PEKAN DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA




Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Bismillahi Masya Allah , Shalawat serta salam rindu buat Rasulullah SAW.

Insya Allah ana akan ke Kuantan , Pekan & Pantai Timur pada 2/11/2013 sehingga 4/11/2013 iaitu hari Sabtu hingga hari Isnin minggu depan , Insya Allah  sekiranya rakan - rakan atau pembaca yang memerlukan rawatan untuk penyakit fizikal atau sihir/gangguan , atau lain - lain masalah boleh  
menghubungi ana di talian 017-3887071 atau 019-3034542 

Insya Allah kita  akan berjumpa di sana .

Wallahu'alam , bilbarkatil  Sayidina Muhammad SAW

Lama Tak Bersua





Alhamdulillah "Ala Kulli Hal , Bismillahi Masya Allah,

Puji & Syukur hanya milik Allah Rabbul Izzah, Shalawat serta Salam buat Penghulu serta Kekasih hati Rasullullah SAW,

Pujian tiada terhingga untuk Allah di atas kasih sayang,masih diberi ruang , waktu & kesempatan untuk meneruskan perkongsian pengembaraan blog ini. Ujian yang menimpa membuatkan diri ini tidak berdaya selain hanya berserah kepadaNya , ternyata diri ini terlalu lemah & hina serta kerdil , kurang sabar dengan ujian , cuma mampu meminta kepadaNya untuk menjadi hamba yang sabar, redha. & bersyukur.

Selalunya ana sering memberikan 'lecture' atau bebelan atau nasihat yang sama kepada pesakit , kali ini kena batang hidung sendiri :) , tapi Insya Allah kesudahan yang baik untuk hamba2 yang yakin dengan diberikan jalan keluar oleh Maha Pencinta .

Hidup ini tidak lain hanya ujian hingga kita berpindah ke alam lain, yang menjadi masalah besar ialah sekiranya  jika kita tidak diuji , hidup tanpa sebarang masalah , ini yang harus dirungsingkan oleh kita , takut kita tidak mendapat perhatian Allah , Na'uzubillah

Sudah hampir 3 bulan , komputer dah rosak , innalillah , diikuti oleh h/p yang boleh mengakses internet 1 bulan , & sebiji lagi h/p masih di kedai , rosak , hampir 3 h/p semuanya rosak ,
sampai nombor ana 016-6900431 sudah tidak dapat digunakan lagi , yang tinggal 2 nombor lagi .

Hampir 4 bulan ana tidak  dapat update blog ini walaupun rasanya banyak lagi pengalaman yang ingin dikongsi bersama . Alhamdulillah baru 3 hari lepas Allah mudahkan ana membeli komputer second hand yang murah, janji boleh digunakkan  dijalan Allah , cukuplah tu , Wasykurillah

Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada para pembaca dengan Keberkatan Rasulullah SAW.

Wallahu'alam

Thursday, May 16, 2013

PEMBERSIHAN & PEMAGARAN BANGUNAN DI SUBANG



Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Segala Pujian & Syukur milik Sang Maha Pengasih & Maha Penyayang,
Salam rindu & salawat ke atas Sayyidina Mustafa SAW , berkat kegigihan & kasih sayang Baginda SAW terhadap umat Baginda (kita)  serta taufik & hidayah dari Rabbul Jalil , kita diamanahkan & dihadiahkan dengan Islam.

Alhandulillah masih diberi ruang & peluang oleh Pemilik jiwa ini,  untuk berkongsi sedikit catatan & pengalaman bersama pembaca di blog ini.

Ana sekeluarga diuji dengan demam panas & lain2 masalah (susulan dari rawatan) sejak sebulan lepas , bermula dari putri ana (2 minggu) , putra ana (2 minggu) , zaujah (2 minggu) & ana. Alhamdulillah , Allah bagi kesembuhan kepada kami sekeluarga.

Dalam bulan lepas ana terima panggilan dari seorang pengurus bangunan sebuah syarikat korporat di Subang . Syarikat ini sudah lama beroperasi dalam bidang IT di Malaysia. Ana pun pernah hadiri temuduga untuk jawatan Akaun di syarikat itu tahun 95 tak silap ana , masa muda dulu :) .

Bangunan 15 tingkat di Subang  itu mengalami gangguan, antaranya  staf bertemu dengan makhluk halus yang menjelmakan diri, cawan jatuh sendiri, karpet di luar bilik air bertukar posisi , menyebabkan staf syarikat tidak selesa untuk bekerja.

Ana bertemu pengurus berkenan & bersetuju untuk membantu mereka biiznillah. Cuma perbincangan hamba lebih tertumpu untuk kepastian samada untuk diadakan majlis solat & zikir bersama staf , serta berkongsi ilmu rawatan dengan staf seperti di HOTEL tempohari. Pihak pengurusan bangunan yang terlibat di dalam proses pembersihan kali ini mencadangkan agar rancangan ini dilakukan secara tertutup tanpa pengetahuan staf2 lain.

Alhamdulillah selepas bersetuju , kami tetapkan tarikh 2 hari selepas pertemuan pertama iaitu hari rabu .
Ana memulakan taklimat rawatan & perkongsian ilmu benteng (pagar), pembersihan(cleansing) diri & bangunan dengan 6 staf yang bertangungjawab menjaga hal ehwal bangunan .Pesanan paling penting yang ana cuba terapkan iaitu pergantungan , harapan , ketakutan hanya pada Allah Azza Wa Jalla serta memperbaiki hubungan kita dengan Allah setiap masa. Ana yakin Allah pertemukan kami dengan sebab & bukan sia2, yang paling penting pesanan dakwah.

Alhamdulillah kami mulakan operasi selepas solat magrib. Jangkaan awal ana biasanya syarikat korporat sebegini tiada masalah sihir & yang duduk tumpang di bangunan tinggi biasanya jin2 yang travel & jin2 yang berkampung lama di bangunan itu. Operasi untuk membersihkan bangunan 15 tingkat ini ana jangkakan mengambil masa 3/4 jam.

Jangkaan ana meleset , banyak jug unsur sihir hampir di setiap tingkat bangunan itu. Alhamdulillah ana ditemani 6/7 orang staf ,memulakan operasi pembersihan di setiap tingkat , Mereka juga penuh dedikasi membantu ana walaupun mereka bekerja pada pagi keesokkan harinya .

Alahamdulillah , Allah memudahkan urusan ana yang lemah ini, operasi berjalan dengan lancar, disamping membersihkan setiap tingkat dari unsur2 negatif , kami juga menabur sedikit garam & lada hitam yang telah dirukyah awal , sebagai syarat disetiap tingkat serta di luar bangunan.. Apa yang menarik, sebelum ini bangunan itu juga pernah dipagar & diletakkan wang syiling 1 sen di setiap pintu masuk setiap tingkat. Pada pandangan bathin ada 'penjaga' pada setiap tingkat , mungkin itu sebagai syarat kenapa sahabat itu meletakkan duit syiling lama 1 sen & jin2 bodyguard yang diletakkan semua kontot2  dengan rupa yang pelik & melucukan , Wallahu'alam.

Operasi  memakan masa hampir 6 1/2 jam , berakhir jam 2 pagi.  Penatnya & sakit pinggang hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah , Allah memudahkan urusan ana yang lemah & memberi kekuatan kepada ana yang ketika itu tengah demam. Lahaulawala Quwata ila billah

Ana sudahi operasi tersebut dengan memagar bangunan tersebut & bertemu semula staf & pengurus pada hari isnin minggu berikutnya .
Ana serahkan amanah menjaga bangunan tersebut kepada pengurus serta 2 staf yang ana telah beri taklimat sebelum ini

Soalan cepumas dari pengurusan " berapa lama pagar ini tahan?"
Jawapan ringkas ana "selagi kita bergantung penuh & berpegang teguh hanya Allah sebaik2 Pemelihara"
Kita serahkan bangunan itu kepada Allah , Ya Hafidz . Maha Pemelihara. Kita serahkan urusan keselamatan kepada pegawai keselamatan , ditambah dengan CCTV yang canggih, tapi masih tak selamat, tapi kita lupa untuk serahkan urusan kita kepada Pencipta kita Yang Maha Bijaksana & Yang Maha Pemelihara, yang sentiasa memerhatikan kita serta tidak tidur & mengantuk.

Allahu Allah, ana berikan amalan ayatul qursi serta  surah al- falaq & an-nas serta salawat sebagai doa & ikhtiar untuk diamalkan berterusan, Insya Allah akan selamat dunia & akhirat.
"Ya Allah , kau peliharalah bangunan tersebut , dengan keberkatan Sayyidina Muhamad SAW" Amin

Kesimpulan, di zaman serba moden serta canggih ini , sihir masih & terus diamalkan , tidak kira kedai makan yang kecil di tepi jalan sehingga syarikat korporat yang bangunannya berdiri gah mencakar langit.
Ada juga segelintir kaum Cina yang mengamalkan sihir, motif . Wallahu'alam , selagi ada hasat & tamak selagi itulah ada 'penyakit' ini.

Ya Allah ,lindungilah kami dari kejahatan sihir serta kejahatan makhluk ciptaan Mu, Amin

Wallahu'alam,

Tuesday, April 30, 2013

NOMBOR TERBARU DARUL IKHTIAR




Alhamdulillah A'la Kulli Haal , Puji & Syukur hanya milik Allah A'zza Wa Jalla , Salawat serta salam Kasih Sayang & Kerinduan buat Penghulu kami Sayyidina Mushtafa SAW.

Ana ingin memaklumkan kepada pembaca yang dikasihi , Darul Ikhtiar menggunakan khidmat Celcom sebagai nombor yang ketiga disamping mengekalkan 2 nombor yang lama.

Ini kerana di Puncak Alam talian celcom paling terang berbanding dgn nombor yang lain . Kadang - kadang terpaksa ke dapur atau bilik atas untuk mendapatkan talian , ini tak termasuk jika hujan ke ribut ke, langsung takde talian.

Nombor Terbaru : 019-3034542
Nombor Lama : 017-3887071/016-6900431

Harap Maklum

Wallahu'alam

Monday, March 11, 2013

RAWATAN MEMAGAR HOTEL & LADANG TERNAKAN AYAM











Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Pujian hanya milik mutlak Allah Azza Wajalla & Rasa Syukur kepada Sang Kekasih yang masih memberi pinjaman umur untuk meneruskan usaha dakwah & rawat yang kecil ini.

Salawat & Salam buat Nabi Junjungan Mustafa al-Mukhtar SAW,berkat doa & kasih sayang baginda SAW  si hamba yang kerdil ini meneruskan usaha dakwah & rawat .

Baru-baru ini Allah Azza Wajalla memberikan satu kesempatan untuk membuat rawatan di sebuah hotel terkemuka bertaraf 5 * di Kuala Lumpur.. Terdapat  gangguan jin yang menyebabkan tetamu hotel merasa kurang senang , selain mengganggu pekerja hotel tersebut.

Alhamdulillah , Allah memudahkan semua urusan hamba yang kerdil ini & memberi pertolongan dengan menggerakkan staf2 hotel utk membantu ana, bangunan setinggi 32 tingkat, berasap jugalah :) 

Apa yang menarik , ana memulakan sesi rawatan ini dengan solat magrib,tazkirah , zikrullah , bacaan Yassin ,solat Isyak, solat taubat & hajat. Untuk menerangkan kepada staf2 berkenaan penting menjaga hubungan dengan Allah, melalui solat, zikir & sunnah SAW.

Sebenarnya gangguan jin tidak memberi apa2 kemudaratan kepada kita kecuali dengan keizinan Allah Azza Wajalla.. Ketakutan & pergantungan mutlak hanya pada Allah Azza Wajalla. .Insya Allah selesai masalah.

Banyak masalah berpunca dari tinggalan perawat yang merawat di hotel tersebut,terutama perawat dari Brunei, selain dari tempat landing jin2 tersebut.

Alhamdulillah , proses rawatan & pemagaran mengambil masa 4 hari, layanan GM & staf hotel first class, disamping itu ana juga sempat mengajar staf2 hotel tersebut tentang rawatan .

Semoga Allah melindungi staf2 & hotel tersebut , Amin, Kita serahkan pada Allah untuk menjaga kita, kerana Dialah sebaik2 penjaga.

Ribuan terima kasih buat Pengurus Besar & staf2 hotel tersebut ,semoga dirahmati Allah Azza Wajalla, disamping itu , ana dapat juga sedikit gambaran 'behind the scene' operasi di sebuah hotel, itu pun ilmu juga.

Nama hotel tersebut biarlah ana rahsiakan untuk menjaga imej hotel tersebut , Wallahu'alam


Alhamdulillah bulan lepas , Allah memberi kesempatan untuk membuat rawatan pagar di sebuah ladang ternakan ayam di Pedas, Negeri Sembilan.

Apa yang menarik, ana jua berpeluang mempelajari proses penternakan ayam sehingga dihantar ke kedai.
Walaupun kawasan agak luas, Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan ana. 

Pengalaman yang diperolehi dari kedua-dua rawatan ini agak menarik, kerana melibatkan sebuah bangunan yang besar & melibatkan haiwan ternakan. Lain daripada yang lain 

Segala pujian & syukur hanya UNTUKNYA , yang memberi kekuatan & ruang untuk segalanya. Semga diberikan kekuatan & Istiqamah untuk terus bergerak dijalanNya , Wallahu'alam