RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Friday, June 20, 2014

Kaedah Minum Air












Bismillahi Masya Allah La Quwata illa Billa, Allahumma Salli A'la Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi.


Alhamdulillah , Pujian & Pujaan hanya milik Allah & Salawat & Salam kepada Qurrata 'Ainun Rasulullah SAW serta kepada Sultanul 'Auliya Sayyidina Syeikh Abdul Qadir al-Jeelani , serta Guru-Guru Mulia .

Ana nak kongsika sedikit sebuah artikel yang ana rasa berfaedah iaitu Minum PAda Waktu Yang Disarankan.

Hal ini dapat membantu kita mendapat faedah biiznillah

1.  2 gelas air setelah bangun dari tidur membantu mengaktifkan organ dalaman

2.  1 gelas air , 30 minit selepas makan membantu penghadaman

3.  1 gelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan  darah

4.  1 gelas air sebelum tidur membantu mengelakkan serangan serangan angin ahmar & serangan jantung


Masya Allah . tiada yang dapat memberi kesan kecuali diizinkan Allah , banyak  rahsia sunnah Rasulullah SAW , sekiranya kita amalkan insya Allah mendapat keberkatan , Allah sayang , Rasulullah SAW sayang , malaikat sayang .

Kaedah yang diajarkan Rasulullah SAW iaitu jangan minum air sambil berdiri , minum air seteguk, berhenti kejap ,lepas tu seteguk lagi berhenti kejap , kemudian seteguk lagi , 3 kali kesemuanya ,

Boleh juga kunyah secubit garam sebelum minum air, sebaik-baiknya juga sebelum kita makan , Insya Allah baik untuk kita .

Terbaik niat dulu untuk apa kita minum baca bismillah & salawat sebelum minum , Insya Allah saya yakin sepenuhnya Allah akan menyelesaikan masalah kesihatan pembaca

Contoh niat : Ya Allah sembuhkkan penyakit kencing manis di dalam badanku ini , Aku minum air ini dengan penuh keyakinan Engkau Maha Penyembuh ,& air ini tidak dapat  memberi apa2 kesan terhadap diriku.

Baca bismillah & salawat , minumlah air itu seperti yang disarankan di atas , Insya Allah baik belaka penyakit kita , Wallahu'alam


Hasbumallahu Wanikmal Wakil , La Haulawala Quwata Illa Billa



Friday, April 11, 2014

RAWATAN DI HOTEL 2






Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal,  Bismillahi Masya Allah La Quwata Illa Billah ,

Allahumma Salli A'la Sayyidina Wa Maulana Myhammad Wa "ala Alihi Wasahbihi Ajma'in.

Puji & Syukur Milik Allah Yang Maha Sempurna , serta Salaway & Salam buat Rasul Junjungan SAW.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membuat rawatan di sebuah hotel bertaraf 4* di Kuala Lumpur baru-baru ini . Pegawai menyatakan tetamu dirasuk ketika di ballroom & ramai staf yang menemui entiti yang menakutkan di hotel tersebut.. Pihak hotel meminta ana menangkap jin2 yang menggangu disamping mengadakan doa selamat serta bacaan Yasin . Ana setuju dengan cadangan pihak hotel & meminta sedikit  masa sekurang-kurangnya 3 hari untuk proses 'cleansing' tersebut.

Rawatan dimulakan pada hari Isnin & berakhir pada hari Rabu, Alhamdulillah gangguan2 tersebut dapat dibersihkan dengan kudrat yang dipinjamkan oleh Allah.

Apa yang menarik terdapat unsur2 sihir dikalangan pihak pengurusan yang rakus & gila 'pangkat', Alhamduillah berjaya dirungkaikan & dapat memperkenalkan kehebatan rawatan Islam & kehebatan Islam itu sendiri kepada [ihak pengurusan yang rata2nya non-muslim . Semoga diberikan hidayah ,
Ameen Ya Rabb.

Sempat juga mengimami bacaan Yasin, Zikir & Doa Selamat serta yang paling penting , Tazkirah & Dakwah .
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan keletihan &  kurang sihat & yang menarik juga ana minta untuk bermalam disebuah bilik pengurusan yang agak 'berhantu' kata pegawai tersebut, ramai yang bermasalah untuk tidor di bilik itu , Alhamdulillah dengan harapan & tawakal kepada Allah , ana bermalam di bilik itu , Alhamdulillah selepas membersihkan bilik itu yang mempunyai gangguan serta sihir , ana tidur di bilik itu walaupun agak gementar ' ana pun tak berani juga' .

Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel serta staff yang banyak membantu serta memberi kerjasama di dalam rawatan kali ini.

Wallahu'alam Semoga di dalam rahmat Allah selalu


Sunday, January 12, 2014

SABUN AL-BARAKAH KEMBALI



                                  +




Alhamdulillah A'la Kulli Hal, Bismillah Masya Allah , Salam serta Salawat ke hadrat Kekasih Sayyidina Muhammad SAW.

Alhamdulillah sabun al-barakah sudah siap , jkali ini lebih mantap Insya Allah Tabarakallah, boleh dijadikan ikhtiar untuk gangguan & sihir serta sakit2 kulit yang kronik , resdung , jerawat & jeragat, Insya Allah , di adunkan dengan beberapa bahan sunnah Rasulullah SAW,

Gunakan dengan niat serta teruskan dengan solawat Nabi SAW di dalam hati ketika digunakan .
Yakinlah , terdapat banyak hikmah serta rahsia di dalam mengamalkan sunnah NAbi SAW , termasuk kesembuhan .

Untuk tempahan boleh hubungi ana atau sms di 017-3887071/019-3034542 , atau email darulikhtiar@gmail.com, Pembayaran boleh si buat melalui Maybank, No akaun 162115840158

Harga sebuku RM 20 , harga pos rm 6.00 semenanjung & rm 9 di Sabah & Serawak, Insya Allah ana akan proses dalam 3 hari bekerja . 

Untuk belian lebih dari 3 buku harga pos percuma 


Insya Allah untuk setiap belian ana akan bekalkan kayu sugi percuma sementara stok masih ada , boelh digunakan untuk siwak , satu sunnah Nabi SAW sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.


Wallahu'alam , semoga diberkan kesembuhan oleh

Allah , Amin.