RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Wednesday, June 8, 2011

RAWATAN IKRAR PEMUTUS SAKA





Segala Puji & Syukur milik Allah & Slalawat serta Salam bt junjungan Rasulullah SAW.

Ikhtiar di bawah untuk memutuskan perjanjian kita atau datuk/nenek moyang kita dgn specis jin/saka.

Ikhtiarkan bacaan ikrar di bawah ini bersungguh-sungguh dengan harapan bantuan Allah untuk memutuskan perjanjian dengan semua jenis jin.

Ambil air suam / yasin /mengaji dan bacakan zikir memuji Allah Subhanallah Walhamdulillah Wallhuakbar serta bersalawat , kemudian bacakan ikrar di bawah ini perlahan2 , kita boleh dengar sendiri cukuplah , jangan sampai pasang mikrofon cukuplah hehehhe, & jangan baca di dalam hati .

Habis baca tiupkan di dalam air serta minum ,ikhtiarkan berterusan sehingga 40 hari berturut- turut , Insya Allah anda akan rasa kesannya . Selamat Mencuba , Wallahu'alam

IKRAR PEMUTUS,

Bismillahirahhmanirahim

Ya Allah , sesungguhnya saya & mewakili keluarga saya dengan penuh
sedar & insaf dgn ini mengisytiarkan :

1 Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum
kami pernah lakukan secara sedar atau tidak dengan golongan jin
sekiranya ada

2. Mengharamkan tubuh kami dr dimasuki atau dijadikan sebagai tempat
tinggal apa jua jenis jin

3. Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan &
pertolongan Allah.

Ya Allah mulai dari saat ini :

Saya haramkan semua makanan saya,minuman saya,seluruh anggota tubuh saya
dari semua jin di dalam & di luar tubuh saya atau yang menggangu
saya,

Sekiranya Ya Allah

Mereka makan , minum , guna , ganggu , jadikanlah Ya Allah semua
pemberian & milikMu itu Ya Allah sebagai racun,

Racun yg amat panas
Racun yg amat bisa
Racun yg membakar
Racun yg membunuh

Semua jin-jin itu Ya Allah

Dengan hak Lailahaillallah Muhamadurasulullah

Amin 3x Ya Rabbal A'lamin .

11 comments:

  1. Assalam..mohon ijazah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, Semoga dirahmati Allah, ana ijazahkan untuk kegunaan umum

      Delete
  2. Salam tuan. Mohon share utk saya dan adik beradik saya. Tkasih.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan. Minta izin utk share utk saya dan adik2 saya.

    ReplyDelete
  4. Silakan, Semoga dirahmati Allah

    ReplyDelete
  5. sy terima ijazah utk kegunaan umumnya tuan ye. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum, saya aidil bakri mohon untuk di ijazahkan

    ReplyDelete
  7. Assalam...mohon dihalalkan utk diijazahkan kpd sy...😢

    ReplyDelete
  8. Assalam...mohon dihalalkan utk diijazahkan kpd sy...😢

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...terima kasih tuan,mohon dihalalkan dan ijazahnya

    ReplyDelete