RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Showing posts with label Rawatan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan. Show all posts

Monday, May 6, 2024

SANTAPAN ROHANI -ZIKRULLAH

 


Salam kasih sayang, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Barrik Wa Sallim

Alhamduliilah , segala puji dan syukur milik Allah dan atas Rahmat serta Kasih SayangNYA , diberikan Iradah untuk sedikit catatan serta nasihat bersama.

Sudah menjadi lumrah manusia, sentiasa menyibukkan diri dengan penampilan zahir ,Sibuk juga dengan kecantikan serta kesihatan zahir sehingga tidak mengambil endah pakaian serta makanan bathin mereka yang jauh lebih penting.

Ramai menghabiskan masa di gym , bersenam , jogging  untuk membina kekuatan fizikal atau zahir ,sehingga lupa tentang keperluan riadah untuk jiwa , juga menghabiskan ribuan ringgit untuk produk - produk kesihatan sehingga alpa dengan kesihatan jiwa , akal atau mental health juga. Bukannya salah, tetapi mereka terlepas pandang akan kepentingan kesihatan jiwa dan minda serta memilih priority atau keutamaan yangsalah.
Sebagaimana kita sibuk menjaga makanan serta diet serta memberi keutamaan atau priority kepada tubuh badan ini, kita juga mempunyai tanggungjawab  dengan bahagian atau part yang membentuk diri iaitu jiwa atau nafs, akal  atau mind , serta hati atau heart. Hati yang sihat bisa membentuk jiwa serta minda yang sihat dan secara tidak langsung jua membentuk badan atau tubuh yang sihat.

Alhamdulillah , Allah yang mencipta kita , Allah juga lebih tahu atau arif tentang diri kita luar dan dalam atau zahir dan bathin kita. Maka DIA yang mencipta kita , DIA juga memberikan manual berbentuk Al Quran serta Hadith dari Rasulullah SAW serta doktor atau tabib bagi merawat jiwa , hati serta minda sebegaimana doktor untuk kesihatan jasad kita.
Setiap bahagian mempunyai doktor pakar yang tersendiri. Mempunyai ilmu serta amalan yang tersendiri. Subhanallah , Maha Suci Allah yang tidak pernah meninggalkan serta lupakan hambaNYA.

Kita mulakan dengan salah satu komponen atau ubat yang paling penting dalam rawatan spiritual iaitu zikrullah. Amalan orang orang soleh serta awliya Allah serta mereka yang sangat hampir dengan Allah. Secara umumnya intipati bagi setiap  ibadah khusus dan am itu merupakan zikrullah , alat untuk mengingatkan serta menyambungkan hati kita kepada Allah , setiap amalan yang diajarkan kepada kita melalui Rasulullah SAW mempunyai rawatan serta ubat yang tersendiri untuk jiwa , minda serta hati , tidak kurang juga untuk kesihatan tubuh badan kita. Cuma kita terlepas pandang akan rahsia rahsia ini kerana setiap ibadah serta amalan yang kita lakukan hanya sebagai adat serta rutin harian yang tidak menghidupkan jiwa, hati dan minda. Maka ibadah serta amalan menjadi berat atau beban kerana mengikut hawa nafsu bukan kerana Allah .

Di bawah ini si fakir sertakan sedikit ayat ayat cinta dari Allah serta Rasulullah SAW sebagai rujukan dan nasihat serta mesej untuk kita .

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah , hati menjadi tenteram"
(Surah Ar - Ra'ad 28)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad , ayat di atas ini merupakan akar atau essence dan kata kuncinya ketenangan . Kalau kita lihat kebanyakkan masalah yang datang samada secara fizikal dan gangguan jin atau syaitan atau sihir yang menyerang seseorang itu apabila hati tidak tenang , stress , sibuk dengan fikiran fikiran yang meletihkan . Apabila tidak ada ketenangan maka mudahlah apa yang ada disekeliling menyerang serta melemahkan kita . Selain dari itu apabila hati kita tenang maka perjalanan darah serta oksigen di dalam badan juga tenang. Ini memberi kesan atau impak dengan kesihatan tubuh badan serta minda . 
Sebagaimana Hadith dari Rasulullah SAW 
'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging .Jika sekiranya daging itu baik ,maka baiklah seluruh tubuh badannya.Namun seandainya daging itu rosak, maka rosak seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati " (Riwayat Bukhari)
Kalau direnungkan hadith di atas , hati merupakan pusat atau center bagi zahir dan bathin diri. Kalau baik pusat, maka baiklah keadaan sekelilingnya

"Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Ar Rahman , kami akan adakan baginya syaitan , maka dialah teman yang sering menyertainya(Qarin) . 
(Surah Az Zukhruf :36)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad . ayat di atas kalau kena renungi , kata kunci Zikr Ar Rahman , Allah tidak menggunakan kata Zikrullah tetapi mengingati kasih sayang Allah ,sifat Ar Rahman , dan diikuti dengan syaitan menjadi qarin atau teman.  Ayat ini sangat penting bagi mereka yang sentiasa diganggu oleh jin atau manusia. Syaitan juga merupakan hasutan manusia serta jin , manusia yang bertopengkan syaitan juga, jin yang bertopengkan syaitan  . Maka zikir atau ingatan serta fokus tentang sifat kasih sayang Allah secara universal, adalah salah satu kunci untuk merawat gangguan jin ,sihir dan masalah lain.

Salah satu ikhtiar yang sangat mustahak dalam sesi rawatan ini adalah berzikir secara berterusan dan istiqamah dalam memohon kasih sayang, pertolongan , perlindungan serta naungan ALLAH SWT dalam setiap masalah ,setiap waktu dan setiap keadaan.

Semoga amalan ini menjadi sebahagian dari diri dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Ameen

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barik Wa Sallim 
ALLAH HU ALLAH 
  









Tuesday, January 19, 2021

HIKMAH UJIAN




Salam kasih sayang , Allahumma Salli A'la Sayyidina Muhammad Wa Barrik Wa Sallim

Alhamdulillah atas segala nikmah serta kasih sayangNya, diberikan iradah oleh Allah untuk sedikit catatan yang boleh dikongsikan dan direnungkan bersama.

Kasih Sayang dan Rahmat serta Cinta Allah terhadap kita amat luar biasa .Cuma manusia biasa tidak bisa memahami isyarah atau 'sign' atau mesej atau tanda dari Allah .Tanda cinta Allah kepada kita ialah ujian. Ujian itulah tanda kita berada dalam wilayah iman, wilayah cinta , wilayah kasih sayang. 

Bertanya seorang sahabatku pada Syeikh Feras Salou RA "Bagaimana Syeikh untuk aku tahu samada sesuatu ujian itu  satu rahmat atau azab dari Allah ?
Maka jawab Syeikh RA" Apabila Allah mengujimu , perhatikan hatimu , sekiranya ia semakin hampir dengan Allah maka itu rahmah tetapi sekiranya ia semakin jauh dari Allah maka ia satu azab"
Maka kadang kadang kita lupa hidup ini sendiri merupakan satu ujian . Satu sekolah untuk kita belajar dan mengenal Allah SWT , Rabb kita .
 Kebanyakkan manusia menyangka sakit, susah, kehilangan, kematian , miskin , kehancuran (broken) itu ujian Allah , tapi ramai lupa bahawasanya hidup. kaya, senang, sihat, gembira, waktu lapang , keamanan , serta usia muda  juga merupakan ujian yang jauh lebih besar. Maka manusia mula lupa , lalai , tidur, comfort zone atau duduk atau hidup di lingkungan selesa hidup di dunia ini dan mula ambil mudah (taking everythinng for granted) semua nikmat Allah. Maka kebanyakkan mereka sibuk dengan nikmat Allah sehingga lupa pada Allah.Sibuk menggunakan nikmat Allah sambil meninggalkan Allah dari kehidupan mereka .Maka manusia mula melupakan Allah, meninggalkan Allah , jauh dari Allah dan tidak kenal akan Allah sebagai Rabb iaitu Pencipta dan Pentadbir sekalian manusia serta sekalian alam ini.Walaupun mereka beribadat, menyembah Allah , tapi mereka lupa akan Allah, tidak kenal Allah, lalai dari mengingati Allah .

Maka Rahmat serta kasih sayang Allah menurunkan ujian kepada manusia , untuk menggoncang sistem kehidupan manusia , menyedarkan manusia , mengejutkan manusia dari tidur  atau lamunan, dari kelalaian kepada kesedaran , agar menyedari "purpose of life" atau tujuan hidup dan makna kehidupan yang sebenar , sepertimana dikehendaki Allah SWT, "back to basic" atau kembali kepada asal atau fitrah.

Maka ujian merupakan Rahmah Allah , bagi kekasih kekasih Allah merupakan tanda cinta Allah kepada mereka , mereka merasakan apabila diuji "gaze of BELOVED" tumpuan dan pandangan Allah jatuh kepada mereka, Mereka bergembira dengan warkah cinta dari Sang Kekasih .Bagi mereka ujian itu merupakan tetamu Allah yang hadir. Membawa seribu Rahmah , membersihkan serta menyucikan zahir dan bathin mereka . Mari kita lihat satu kisah cinta dari Rasulullah SAW

' Ada seorang sahabah suka membawa tetamu ke rumah tetapi isteri beliau pula sering mengadu apabila datang tetamu ke rumahnya serta menunjukkan sifat tidak senang terhadap tetamu itu. Maka sahabah itu mengadu kepada Rasulullah SAW akan hal itu ,lalu Rasulullah SAW bilang " katakan kepada isterimu hari ini Rasulullah SAW serta beberapa sahabahku akan mengunjungi rumahmu" dan Rasulullah SAW juga berpesan kepada sahabah itu "katakan jua kepada isterimu perhatikan aku serta sahabatku saat aku keluar nanti" 
Apabila saat Rasulullah SAW dan para sahabah keluar untuk pulang, lalu sang isteri memerhatikan  terdapat ular dan kala jengking yang begitu banyak . Lalu hal ini ditanyakan kepada Rasulallah SAW,
Baginda SAW berkata "saat kedatangan tetamu ke rumahmu mereka membawa banyak karunia dan saat mereka mereka pergi , mereka membawa keluar pelbagai bencana"
Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barik Wa Sallim

Alhamdulillah apabila kita menyambut ujian umpama kita menyambut tetamu , ke rumah qalbu atau hati (heart) maka ujian itu membawa ribuan hikmah dan kurnia Allah, juga membawa ribuan bencana serta musibah keluar dari hati kita , membersihkan dan menyucikan jiwa serta hati . 

Cuma persoalan bagaimana harus kita menyambut tetamu itu atau bagaimana harus kita mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian yang datang dan mendatang.

Jawapannya secara umum boleh dibahagikan kepada beberapa perkara ,
1     Menyedari (awareness and consciousness) dan meyakini setiap ujian itu dari Allah dan kembali kepada Allah sepertimana dalam ayat quran "iaitu orang orang apabila mereka ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
Al Baqarah 156
dan cuba perhati betul betul ayat yang berikutnya " Mereka itulah orang orang yang (menerima) kebaikan /pujian /salawat dari Tuhan mereka serta rahmatNYA, dan mereka itulah orang orang yang memperoleh hidayahNYA" Al Baqarah 157
Mereka dipuji oleh Allah serta memperoleh kasih sayang dari Allah , juga menerima petunjuk Allah .

2    Bersangka baik dengan semua takdir serta ujian Allah , sentiasa berzikir , tafakur (meditate) muhasabah diri .

3    Menyerahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah dan setiap  ujian dan takdir yang datang itu kembali kepada Allah dan  segalanya di dalam kuasa serta penguasaan serta pengawasan Allah dan bergantung sepenuh pada Allah

3    Bersabar dengan ketentuan atau ujian atau takdir yang singgah dan sentiasa mengharapkan kasih sayang dari Allah

4.    Sentiasa berdoa kerana doa mereka yang diuji itu sememangnya diterima Allah dan mereka yang sentiasa Allah uji itu adalah mereka yang sangat hampir dengan Allah , cuma nasihat si fakir ini berdoalah atau mintalah akan Allah dan Rasulullah SAW serta keredhaanNYA serta Kasih SayangNYA , jua seperti pesanan Sayyidina Muhiyudeen Ibnu Arabi RA mintalah kepada Allah akan CintaNYA dan keinginan untuk mencintaiNYA (desire to love Allah) .

5.    Redha akan ketentuan Allah kerana rahsia penerimaanmu serta redhamu akan Allah, bergantung kepada keredhaan serta penerimaanmu akan ketentuanNYA terhadapmu. Itu salah satu tunjang rukun iman yang ke 6.

6.    Sentiasa memuji Allah dalam setiap keadaan dan sentiasa bersyukur setiap masa kerana di dalam takdir yang datang kepadamu mengandungi rahsiaNYA , SifatNYA , AfaalNYA atau Perbuatan serta AsmaNYA digaris takdirmu , mudah mudahan engkau bisa mengenali Allah serta mencintaiNya di dalam kehidupanmu di dunia ini dan memudahkan perjalananmu untuk bertemu denganNYA kelak.

Alhamdulillah semoga sedikit catatan dan nasihat untuk diri sendiri memberi manafaat seizinNYA dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah serta cinta Rasulullah SAW dicurahkan ke atas kita Ameen

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barrik Wa Sallim
Allah Hu Allah









Tuesday, June 30, 2015

MELANGKAH KE MEDAN ANTARABANGSA

Bismillairahmanirahim
Allahumma Salli 'ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Barrik Wa Sallim

Alhamdulillah di atas ilham & gerakNYA hamba memperkenalkan sebuah blog rawatan terbaru di dalam bahasa Inggeris bertajuk

http://sufiheals.blogspot.com/
http://sufiheals.blogspot.com/


Tujuan utama blog ini untuk memperkenalkan kaedah rawatan secara tauhid & islamik  serta  dakwah kepada masyarakat antarabangsa ,. Rupanya masyarakat dunia juga menhadapi situasi yang sama macam kita iaitu permasalahn sihir & gangguan jin.

Insya Allah dengan permulaan yang kecil ini , semoga dapat memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat dunia & ummat Rasulullah SAW di merata dunia .


Jazakallahukhair

Thursday, May 16, 2013

PEMBERSIHAN & PEMAGARAN BANGUNAN DI SUBANG



Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Segala Pujian & Syukur milik Sang Maha Pengasih & Maha Penyayang,
Salam rindu & salawat ke atas Sayyidina Mustafa SAW , berkat kegigihan & kasih sayang Baginda SAW terhadap umat Baginda (kita)  serta taufik & hidayah dari Rabbul Jalil , kita diamanahkan & dihadiahkan dengan Islam.

Alhandulillah masih diberi ruang & peluang oleh Pemilik jiwa ini,  untuk berkongsi sedikit catatan & pengalaman bersama pembaca di blog ini.

Ana sekeluarga diuji dengan demam panas & lain2 masalah (susulan dari rawatan) sejak sebulan lepas , bermula dari putri ana (2 minggu) , putra ana (2 minggu) , zaujah (2 minggu) & ana. Alhamdulillah , Allah bagi kesembuhan kepada kami sekeluarga.

Dalam bulan lepas ana terima panggilan dari seorang pengurus bangunan sebuah syarikat korporat di Subang . Syarikat ini sudah lama beroperasi dalam bidang IT di Malaysia. Ana pun pernah hadiri temuduga untuk jawatan Akaun di syarikat itu tahun 95 tak silap ana , masa muda dulu :) .

Bangunan 15 tingkat di Subang  itu mengalami gangguan, antaranya  staf bertemu dengan makhluk halus yang menjelmakan diri, cawan jatuh sendiri, karpet di luar bilik air bertukar posisi , menyebabkan staf syarikat tidak selesa untuk bekerja.

Ana bertemu pengurus berkenan & bersetuju untuk membantu mereka biiznillah. Cuma perbincangan hamba lebih tertumpu untuk kepastian samada untuk diadakan majlis solat & zikir bersama staf , serta berkongsi ilmu rawatan dengan staf seperti di HOTEL tempohari. Pihak pengurusan bangunan yang terlibat di dalam proses pembersihan kali ini mencadangkan agar rancangan ini dilakukan secara tertutup tanpa pengetahuan staf2 lain.

Alhamdulillah selepas bersetuju , kami tetapkan tarikh 2 hari selepas pertemuan pertama iaitu hari rabu .
Ana memulakan taklimat rawatan & perkongsian ilmu benteng (pagar), pembersihan(cleansing) diri & bangunan dengan 6 staf yang bertangungjawab menjaga hal ehwal bangunan .Pesanan paling penting yang ana cuba terapkan iaitu pergantungan , harapan , ketakutan hanya pada Allah Azza Wa Jalla serta memperbaiki hubungan kita dengan Allah setiap masa. Ana yakin Allah pertemukan kami dengan sebab & bukan sia2, yang paling penting pesanan dakwah.

Alhamdulillah kami mulakan operasi selepas solat magrib. Jangkaan awal ana biasanya syarikat korporat sebegini tiada masalah sihir & yang duduk tumpang di bangunan tinggi biasanya jin2 yang travel & jin2 yang berkampung lama di bangunan itu. Operasi untuk membersihkan bangunan 15 tingkat ini ana jangkakan mengambil masa 3/4 jam.

Jangkaan ana meleset , banyak jug unsur sihir hampir di setiap tingkat bangunan itu. Alhamdulillah ana ditemani 6/7 orang staf ,memulakan operasi pembersihan di setiap tingkat , Mereka juga penuh dedikasi membantu ana walaupun mereka bekerja pada pagi keesokkan harinya .

Alahamdulillah , Allah memudahkan urusan ana yang lemah ini, operasi berjalan dengan lancar, disamping membersihkan setiap tingkat dari unsur2 negatif , kami juga menabur sedikit garam & lada hitam yang telah dirukyah awal , sebagai syarat disetiap tingkat serta di luar bangunan.. Apa yang menarik, sebelum ini bangunan itu juga pernah dipagar & diletakkan wang syiling 1 sen di setiap pintu masuk setiap tingkat. Pada pandangan bathin ada 'penjaga' pada setiap tingkat , mungkin itu sebagai syarat kenapa sahabat itu meletakkan duit syiling lama 1 sen & jin2 bodyguard yang diletakkan semua kontot2  dengan rupa yang pelik & melucukan , Wallahu'alam.

Operasi  memakan masa hampir 6 1/2 jam , berakhir jam 2 pagi.  Penatnya & sakit pinggang hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah , Allah memudahkan urusan ana yang lemah & memberi kekuatan kepada ana yang ketika itu tengah demam. Lahaulawala Quwata ila billah

Ana sudahi operasi tersebut dengan memagar bangunan tersebut & bertemu semula staf & pengurus pada hari isnin minggu berikutnya .
Ana serahkan amanah menjaga bangunan tersebut kepada pengurus serta 2 staf yang ana telah beri taklimat sebelum ini

Soalan cepumas dari pengurusan " berapa lama pagar ini tahan?"
Jawapan ringkas ana "selagi kita bergantung penuh & berpegang teguh hanya Allah sebaik2 Pemelihara"
Kita serahkan bangunan itu kepada Allah , Ya Hafidz . Maha Pemelihara. Kita serahkan urusan keselamatan kepada pegawai keselamatan , ditambah dengan CCTV yang canggih, tapi masih tak selamat, tapi kita lupa untuk serahkan urusan kita kepada Pencipta kita Yang Maha Bijaksana & Yang Maha Pemelihara, yang sentiasa memerhatikan kita serta tidak tidur & mengantuk.

Allahu Allah, ana berikan amalan ayatul qursi serta  surah al- falaq & an-nas serta salawat sebagai doa & ikhtiar untuk diamalkan berterusan, Insya Allah akan selamat dunia & akhirat.
"Ya Allah , kau peliharalah bangunan tersebut , dengan keberkatan Sayyidina Muhamad SAW" Amin

Kesimpulan, di zaman serba moden serta canggih ini , sihir masih & terus diamalkan , tidak kira kedai makan yang kecil di tepi jalan sehingga syarikat korporat yang bangunannya berdiri gah mencakar langit.
Ada juga segelintir kaum Cina yang mengamalkan sihir, motif . Wallahu'alam , selagi ada hasat & tamak selagi itulah ada 'penyakit' ini.

Ya Allah ,lindungilah kami dari kejahatan sihir serta kejahatan makhluk ciptaan Mu, Amin

Wallahu'alam,

Monday, March 11, 2013

RAWATAN MEMAGAR HOTEL & LADANG TERNAKAN AYAM











Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Pujian hanya milik mutlak Allah Azza Wajalla & Rasa Syukur kepada Sang Kekasih yang masih memberi pinjaman umur untuk meneruskan usaha dakwah & rawat yang kecil ini.

Salawat & Salam buat Nabi Junjungan Mustafa al-Mukhtar SAW,berkat doa & kasih sayang baginda SAW  si hamba yang kerdil ini meneruskan usaha dakwah & rawat .

Baru-baru ini Allah Azza Wajalla memberikan satu kesempatan untuk membuat rawatan di sebuah hotel terkemuka bertaraf 5 * di Kuala Lumpur.. Terdapat  gangguan jin yang menyebabkan tetamu hotel merasa kurang senang , selain mengganggu pekerja hotel tersebut.

Alhamdulillah , Allah memudahkan semua urusan hamba yang kerdil ini & memberi pertolongan dengan menggerakkan staf2 hotel utk membantu ana, bangunan setinggi 32 tingkat, berasap jugalah :) 

Apa yang menarik , ana memulakan sesi rawatan ini dengan solat magrib,tazkirah , zikrullah , bacaan Yassin ,solat Isyak, solat taubat & hajat. Untuk menerangkan kepada staf2 berkenaan penting menjaga hubungan dengan Allah, melalui solat, zikir & sunnah SAW.

Sebenarnya gangguan jin tidak memberi apa2 kemudaratan kepada kita kecuali dengan keizinan Allah Azza Wajalla.. Ketakutan & pergantungan mutlak hanya pada Allah Azza Wajalla. .Insya Allah selesai masalah.

Banyak masalah berpunca dari tinggalan perawat yang merawat di hotel tersebut,terutama perawat dari Brunei, selain dari tempat landing jin2 tersebut.

Alhamdulillah , proses rawatan & pemagaran mengambil masa 4 hari, layanan GM & staf hotel first class, disamping itu ana juga sempat mengajar staf2 hotel tersebut tentang rawatan .

Semoga Allah melindungi staf2 & hotel tersebut , Amin, Kita serahkan pada Allah untuk menjaga kita, kerana Dialah sebaik2 penjaga.

Ribuan terima kasih buat Pengurus Besar & staf2 hotel tersebut ,semoga dirahmati Allah Azza Wajalla, disamping itu , ana dapat juga sedikit gambaran 'behind the scene' operasi di sebuah hotel, itu pun ilmu juga.

Nama hotel tersebut biarlah ana rahsiakan untuk menjaga imej hotel tersebut , Wallahu'alam


Alhamdulillah bulan lepas , Allah memberi kesempatan untuk membuat rawatan pagar di sebuah ladang ternakan ayam di Pedas, Negeri Sembilan.

Apa yang menarik, ana jua berpeluang mempelajari proses penternakan ayam sehingga dihantar ke kedai.
Walaupun kawasan agak luas, Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan ana. 

Pengalaman yang diperolehi dari kedua-dua rawatan ini agak menarik, kerana melibatkan sebuah bangunan yang besar & melibatkan haiwan ternakan. Lain daripada yang lain 

Segala pujian & syukur hanya UNTUKNYA , yang memberi kekuatan & ruang untuk segalanya. Semga diberikan kekuatan & Istiqamah untuk terus bergerak dijalanNya , Wallahu'alam


Sunday, July 31, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN & SELAMAT BERIBADAH





Segala puji & syukur hanya milik Allah . tiada sesuatu melainkan dariNya jua & di atas rahmatNya jua kita dianugerahkan bulan ibadah & bulan yang mulia yang mana di dalamnya terdapat satu hari yang lebih bernilai dari 1000 bulan. Salawat serta salam buat junjungan yang dikasihi & tercinta Sayyidil Mustafa SAW ,air mata baginda sentiasa mengalir untuk umat yang tercinta iaitu diri ini , keluarga & umat manusia tanpa kira sempadan , bangsa , bahasa , warna kulit.

Marhaban Ya Ramadhan , Allahu Allah, masih memberikan nikmat nyawa & kesihatan,keimanan untuk meneruskan ibdah di bulan yg mulia ini .datang sepetri angin & pergi seperti angin, rasa macam semalam sj kita menyambut ramadan 1431 hijrah

Rasulullah menyebut , barang siapa merasa gembira menyambut Ramadhan , Allah telah mengampuni semua dosanya , Subhanallah, bukan gembira nak jual kurma , jual biskut raya , jual juadah berbuka tapi gembira kita seperti kita gembira untuk mengambil setiap ruang & masa untuk beribadah & mencari keredhaan Allah

Di bawah ini ana selitkan beberapa Hadith Rasulullah SAW ttg puasa :



Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang?orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.

Hadist riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.

Hadist riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.

Hadist riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: “Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa”.

Hadist riwayat al-Nasa`ie daripada Abi Sa`id, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa sehari semata-mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun”.

Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Hadist riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu”.

Membaca makna hadist di atas semoga semakin menguatkan dan memotivasi kita dalam menjalankan ibadah puasa ramadhan.

Begitulah sedikit hadith yang sempat ana copy paste untuk rujukan ana & pembaca.

Semoga kita memperoleh taqwa hasil daripada puasa yang berkualiti & riadah ibadah kita di bulan yang mulia ini .

Ana memohon ribuan maaf kepada pembaca2 dan sahabat2 di luar sana sekiranya adaa kesalahan & kesilapan ana yang lemah & daif ini , juga kepada pesakit2 , inilah waktu yg amat mustajab doa kita , ayuh berdoa & muhasabah diri & memperbaiki hubungan kita dengan Allah , ana yakin Insya Allah , Allah akan menyembuhkan anda , Amin Ya Rabb

Saturday, July 23, 2011

RAWATAN PERDANA 5 - MASJID BTP RAWANG

Segala puji & syukur milik Allah ,& Salawat serta salam kasih sayang kepada junjungan serta kekasih hati Rasulullah SAW.

Alhamdulillah Rawatan Perdana 5 di Masjid Bandar Tasik Puteri , Rawang telah berjalan dengan lancar, mendaspat kerjasama dari pihak ajk masjid , juga perawat di sana . Rawatan kali ini mendapat sambutan yang baik dari pesakit , ada yang dari Perak , Kedah dan kawasan sekitar , perawat kali ini juga ramai lebih kurang dalam 23 orang. Kami masih mengekalkan rawatan secara personal & banyak kes2 berat dapat diselasaikan dengan izin Allah & hasil muafakatan para perawat. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada para pesakit & semoga Allah membalas jasa baik para perawat yang berkorban masa & tenaga di jalan Allah , ada yang datang dari Melaka, Nilai, Johor, KL dan Selangor. Insya Allah rawatan perdana akan berehat buat sementara waktu memberi ruang untuk Ramadhan , INsya Allah kita akan bersambung lepas syawal lokasi akan diberitahu kelak .

Gambar kenangan di Masjid BTP Rawang














Monday, July 11, 2011

RAWATAN PERDANA 4 MASJID AL-ABIDIN SKUDAI



RAWATAN PERDANA 4
Segala Puji & Puja hanya milik Allah Rabbul Jalil, dengan segala nikmat kurnia & inayahNya yang tak terhingga kepada makhluk ciptaanNya serta salawat serta salam kasih sayang kepada Kekasih serta penghulu kami Rasulullah SAW.

Alhamdulillah dengan rahmatNya Rawatan Perdana 4 di Masjid Abidin , Taman Sri Skudai , Johor telah berjalan dengan lancar. Tujuan utama rawaatan ini dilansungkan untuk memberi penerangan serta memperkenalkan rawatan secara Islam kepada penduduk di sana.

Program ini tetap meriah walaupun hujan lebat di waktu petang .Kami masih menjalankan rawatan secara personal & mendapat pujian dari pesakit kerana merasa diri mereka diberikan perhatian & dilayan oleh perawat2 kami.

Ramai juga pesakit kerasukan & alhamdulillah dapat di atasi oleh para perawat & ada juga pesakit yang ingin kami turun padang membantu mereka utk rawatan susulan , tapi ikhtiarlah dulu dgn zikir2 & ingat sesungguhnya Allah yang menyembuhkan bukan kami.

Kali ini juga menyaksikan ramai perawat muda & baru serta pembantu perawat mengambil bahagian dalam program ini. Kerjasama serta komitmen sesama perawat kali ini amat istimewa , kami saling tolong menolong dengan masing2 mempunyai kelebihan serta kehebatan & 'kemachoan' yang tersendiri hehehe.
Seramai 15 perawat serta 10 pembantu perawat mengambil bahagian di dalam program kali ini. Di antara perawat yang mengambil bahagian ialah



USTAZ HASSAN
MUALIJ MUHAMMAD RAFFI
MUALIJ MUHAMMAD
MUALIJ BUKHARI
MUALIJ RADZMI
MUALIJ ZAM
MUALIJ MUHAMMAD HANAFIAH
MUALIJ MIZAN
MUALIJ SHAFIQ
MUALIJ MUDA AIZAT ISMAIL
MUALIJ MUDA EMIR SYAIFUL
MUALIJ KHAIRUNIZAM
& dibantu oleh pembantu khas dari mahad tahfiz Johor

Semoga Allah memberikan kebaikkan serta kekuatan kepada para muallj serta pembantu serta urusetia yg sanggup mengorbankan waktu & tenaga untuk menjayakan program dakwah ini . Insya Allah kita jumpa di progam Rawatan Perdana 5 minggu depan , lokasinya di Masjid BTP Rawang ,Wallahu'alam. Kita jumpa di sana .. sana.. sana....Insya Allah

GAMBAR KENANGAN HERO-HERO KITA















href="http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/261634_201868443194996_100001155253093_491504_4887245_n.jpg?dl=1">

Friday, July 8, 2011

JOM RAWAT - RAWATAN PERDANA 4 AHAD 10/7/11




Segala Puji & Syukur hanya milik Allah serta Salawat dan Salam buat Rasul Junjungan .
Rawatan Perdana Siri Ke-4
Konsep asas rawatan ini adalah Ruqyah Syariyyah dan juga melalui teknik dan doa dari perawat seluruh tanah air serta pembantu dari pelajar tahfiz.







Di Masjid Al-Abidin Taman Sri Skudai Johor Bahru, Johor.

Antara rawatan yang dijalankan adalah :
1- Rawatan saka dan sihir dan gangguan makhluk halus.
2- Rawatan Bekam sunnah
3- Rawatan sakit fizikal (gout/kencing manis/darah tinggi/dan lain-lain)
Bagi mereka yang ingin rawatan sila hadirkan diri anda ke rawatan perdana, Insya Allah kita jumpa di sana.

Jadual aktiviti Rawatan Perdana Ke-4
Tempat: Masjid Al-Abidin, Taman Sri Skudai, Johor Baru, Johor.
Tarikh: 10 Julai 2011
Waktu: 8 pagi - 6 petang
Bayaran: RM30
Pakaian: Bersopan santun dan menutup aurat. Bagi perempuan yang berbaju kurung atau jubah, diwajibkan memakai seluar trek suit di bahagian dalam.
Matlamat: 1000 orang pesakit campuran


Semoga Allah memberi kesembuhan & kemudahan untuk semua pesakit & Semoga Allah memudahkan urusan semua perawat Amin

Kita jumpa di sana

Tuesday, June 28, 2011

DE TOUR TO KUANTAN




Segala Puji milik Allah ampunya segalanya , salawat & salam rindu buat Rasulullah SAW .

Insya Allah darulikhtiar (ana) & alinsyirah(uzt Mohamad) akan menjelajah ke Kuantan & kawasan yang sewaktu dengannya pada 01/07/2011 - 03/07/2011 untuk berjumpa & merawat pesakit di sana . Insya Allah setakat ini kami akan singgah ke Kuantan , dan kawasan2 yang berhampiran.

Buat pembaca ynng ingin mendapatkan khidmat rawatan kami Insya Allah boleh menhubungi kami di tel 017-3887071/016-6900431/016-2206579(Uzt Mohd) atau email ana di darulikhtiar@gmail.com . Semoga tuan2/puan2 boleh menhubungi kami lebih awal supaya kami boleh merancang perjalanan . Insya Allah sekiranya terdaapat permintaan ke Terengganu kami akan singgah

Semoga Allah memudahkan perjalanan & urusan kami & pesakit , Amin ya Rabb

Jumpa anda di sana

Friday, June 10, 2011

ROAD TOUR TO NORTH


Gambar pemandangan indah di Kedah


Segala Puji milik Allah ampunya segalanya , salawat & salam rindu buat Rasulullah SAW .

Insya Allah Darul Muallij cawangan Klang (ana) & cawangan Puchong (uzt Mohamad) akan menjelajah ke utara pada 17/6/2011 - 20/6/2011 untuk berjumpa & merawat pesakit di sana . Insya Allah setakat ini kami akan singgah ke Ipoh, Taiping , Tanjung Malim, Sg Petani , Baling .

Buat pembaca ynng ingin mendapatkan khidmat rawatan kami Insya Allah boleh menhubungi kami di tel 017-3887071/016-6900431/016-2206579(Uzt Mohd) atau email ana di darulikhtiar@gmail.com . Semoga tuan2/puan2 boleh menhubungi kami lebih awal supaya kami boleh merancang perjalanan .

Semoga Allah memudahkan perjalanan & urusan kami & pesakit , Amin ya Rabb

Jumpa anda di sana serta selamat berkenalan orang utara

Wednesday, June 8, 2011

RAWATAN IKRAR PEMUTUS SAKA





Segala Puji & Syukur milik Allah & Slalawat serta Salam bt junjungan Rasulullah SAW.

Ikhtiar di bawah untuk memutuskan perjanjian kita atau datuk/nenek moyang kita dgn specis jin/saka.

Ikhtiarkan bacaan ikrar di bawah ini bersungguh-sungguh dengan harapan bantuan Allah untuk memutuskan perjanjian dengan semua jenis jin.

Ambil air suam / yasin /mengaji dan bacakan zikir memuji Allah Subhanallah Walhamdulillah Wallhuakbar serta bersalawat , kemudian bacakan ikrar di bawah ini perlahan2 , kita boleh dengar sendiri cukuplah , jangan sampai pasang mikrofon cukuplah hehehhe, & jangan baca di dalam hati .

Habis baca tiupkan di dalam air serta minum ,ikhtiarkan berterusan sehingga 40 hari berturut- turut , Insya Allah anda akan rasa kesannya . Selamat Mencuba , Wallahu'alam

IKRAR PEMUTUS,

Bismillahirahhmanirahim

Ya Allah , sesungguhnya saya & mewakili keluarga saya dengan penuh
sedar & insaf dgn ini mengisytiarkan :

1 Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum
kami pernah lakukan secara sedar atau tidak dengan golongan jin
sekiranya ada

2. Mengharamkan tubuh kami dr dimasuki atau dijadikan sebagai tempat
tinggal apa jua jenis jin

3. Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan &
pertolongan Allah.

Ya Allah mulai dari saat ini :

Saya haramkan semua makanan saya,minuman saya,seluruh anggota tubuh saya
dari semua jin di dalam & di luar tubuh saya atau yang menggangu
saya,

Sekiranya Ya Allah

Mereka makan , minum , guna , ganggu , jadikanlah Ya Allah semua
pemberian & milikMu itu Ya Allah sebagai racun,

Racun yg amat panas
Racun yg amat bisa
Racun yg membakar
Racun yg membunuh

Semua jin-jin itu Ya Allah

Dengan hak Lailahaillallah Muhamadurasulullah

Amin 3x Ya Rabbal A'lamin .

Wednesday, June 1, 2011

RAWATAN PERDANA 3

Segala Puji & Puja hanya milik Allah Rabbul Jalil, dengan segala nikmat kurnia & inayahNya yang tak terhingga kepada makhluk ciptaanNya serta salawat serta salam kasih sayang kepada Kekasih serta penghulu kami Rasulullah SAW.

Alhamdulillah dengan rahmatNya Rawatan Perdana 3 di Masjid Mohsinin , Kg Sg Kandis Klang telah berjalan dengan lancar. Tujuan utama rawaatan ini dilansungkan untuk memberi penerangan serta memperkenalkan rawatan secara Islam kepada penduduk Sg Kandis . Program ini agak baru bg penduduk di sana . Allah memberi ilham kepada kami untuk mengadakan program ini kerana banyak masalah seperti sihir & gangguan saka , serta keperluan fardu kifayah , untuk menerangkan kepada penduduk kpg, betapa merbahayanya amalan khurafat serta kebomohan.

Program ini agak kurang mendapat sambutan kerana cuti sekolah serta terlalu banyak kenduri kawin pada tarikh itu. Walaubagaimanapun program ini tetap meriah serta mendapat sambutan yg amat memberangsangkan dari pihak masjid. Syabas kepada Tuan Nazir , Uzt Ehsan serta AJK Masjid terutama kepada tuan Yazib & Tuan Azlan kerana kerjasama serta komitmen yang sangat tinggi . Mereka memberikan air doa serta limau percuma kepada pesakit & juga menyediakan makanan & minuman kepada pesakit . Insya Allah kami akan membuat rawatan secara bulanan di masjid ini sebagai salah satu progranm bulanan masjid .

Kali ini juga menyaksikan ramai perawat muda & baru serta pembantu perawat mengambil bahagian dalam program ini. Kerjasama sesama perawat kali ini amat jelas, kami saling tolong menolong dengan masing2 mempunyai kelebihan serta kehebatan yang tersendiri.
Seramai 15 perawat serta 10 pembantu perawat mengambil bahagian di dalam program kali ini. Di antara perawat yang mengambil bahagian ialah



USTAZ HASSAN
USTAZ ROSDI
MUALIJ MUHAMMAD RAFFI
MUALIJ MUHAMMAD
MUALIJ WAN JAMAL
MUALIJ RADZMI
MUALIJ MUHAMMAD HANAFIAH
MUALIJ MIZAN
MUALIJ SHAFIQ
MUALIJ MUDA AIZAT ISMAIL
MUALIJ MUDA HARITH FAIZUN
MUALIJ MUDA EMIR SYAIFUL
MUALIJ KHAIRUNIZAM
UZT KAMAL
DAN BEBERAPA MUALLIJ YANG LAIN YANG TIDAK DISEBUTKAN DI SINI (JANGAN KECIK HATI WAHAI SAHABATKU)

Semoga Allah memberikan kebaikkan serta kekuatan kepada para muallj serta pembantu serta urusetia yg sanggup mengorbankan waktu & tenaga untuk menjayakan program dakwah ini . Insya Allah kita jumpa di progam Rawatan Perdana 4 bulaa depan , lokasinya belum dikenalpasti lagi , mungkin di lembah kelang atau Negeri Sembilan. Wallahu'alam. Kita jumpa di sana .. sana.. sana....Insya Allah



GAMBAR KENANGAN MUALLIJ YANG TERLIBAT DI DALAM PROGRAM INI




SESI MERUKYAH AJK MASJID






SESI POSING MAUT OLEH MUALLIJ YANG MACHO SERTA HENSEM BELAKA












SESI RAWATAN & SESI MEMBELASAH JIN






SESI BERAMAH MESRA DENGAN AJK MASJID AL MOHSININ




SESI FEVERET ANA MAKAN - SODAP




PRODUK DARUL MUALLIJ SERTA OLE2 DARI PIHAK MASJID

GAMBAR KENANGAN DI DARUL IKHTIAR AKA DARUL MUALLIJ CAW KLANG