RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Monday, May 6, 2024

SANTAPAN ROHANI -ZIKRULLAH

 


Salam kasih sayang, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Barrik Wa Sallim

Alhamduliilah , segala puji dan syukur milik Allah dan atas Rahmat serta Kasih SayangNYA , diberikan Iradah untuk sedikit catatan serta nasihat bersama.

Sudah menjadi lumrah manusia, sentiasa menyibukkan diri dengan penampilan zahir ,Sibuk juga dengan kecantikan serta kesihatan zahir sehingga tidak mengambil endah pakaian serta makanan bathin mereka yang jauh lebih penting.

Ramai menghabiskan masa di gym , bersenam , jogging  untuk membina kekuatan fizikal atau zahir ,sehingga lupa tentang keperluan riadah untuk jiwa , juga menghabiskan ribuan ringgit untuk produk - produk kesihatan sehingga alpa dengan kesihatan jiwa , akal atau mental health juga. Bukannya salah, tetapi mereka terlepas pandang akan kepentingan kesihatan jiwa dan minda serta memilih priority atau keutamaan yangsalah.
Sebagaimana kita sibuk menjaga makanan serta diet serta memberi keutamaan atau priority kepada tubuh badan ini, kita juga mempunyai tanggungjawab  dengan bahagian atau part yang membentuk diri iaitu jiwa atau nafs, akal  atau mind , serta hati atau heart. Hati yang sihat bisa membentuk jiwa serta minda yang sihat dan secara tidak langsung jua membentuk badan atau tubuh yang sihat.

Alhamdulillah , Allah yang mencipta kita , Allah juga lebih tahu atau arif tentang diri kita luar dan dalam atau zahir dan bathin kita. Maka DIA yang mencipta kita , DIA juga memberikan manual berbentuk Al Quran serta Hadith dari Rasulullah SAW serta doktor atau tabib bagi merawat jiwa , hati serta minda sebegaimana doktor untuk kesihatan jasad kita.
Setiap bahagian mempunyai doktor pakar yang tersendiri. Mempunyai ilmu serta amalan yang tersendiri. Subhanallah , Maha Suci Allah yang tidak pernah meninggalkan serta lupakan hambaNYA.

Kita mulakan dengan salah satu komponen atau ubat yang paling penting dalam rawatan spiritual iaitu zikrullah. Amalan orang orang soleh serta awliya Allah serta mereka yang sangat hampir dengan Allah. Secara umumnya intipati bagi setiap  ibadah khusus dan am itu merupakan zikrullah , alat untuk mengingatkan serta menyambungkan hati kita kepada Allah , setiap amalan yang diajarkan kepada kita melalui Rasulullah SAW mempunyai rawatan serta ubat yang tersendiri untuk jiwa , minda serta hati , tidak kurang juga untuk kesihatan tubuh badan kita. Cuma kita terlepas pandang akan rahsia rahsia ini kerana setiap ibadah serta amalan yang kita lakukan hanya sebagai adat serta rutin harian yang tidak menghidupkan jiwa, hati dan minda. Maka ibadah serta amalan menjadi berat atau beban kerana mengikut hawa nafsu bukan kerana Allah .

Di bawah ini si fakir sertakan sedikit ayat ayat cinta dari Allah serta Rasulullah SAW sebagai rujukan dan nasihat serta mesej untuk kita .

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah , hati menjadi tenteram"
(Surah Ar - Ra'ad 28)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad , ayat di atas ini merupakan akar atau essence dan kata kuncinya ketenangan . Kalau kita lihat kebanyakkan masalah yang datang samada secara fizikal dan gangguan jin atau syaitan atau sihir yang menyerang seseorang itu apabila hati tidak tenang , stress , sibuk dengan fikiran fikiran yang meletihkan . Apabila tidak ada ketenangan maka mudahlah apa yang ada disekeliling menyerang serta melemahkan kita . Selain dari itu apabila hati kita tenang maka perjalanan darah serta oksigen di dalam badan juga tenang. Ini memberi kesan atau impak dengan kesihatan tubuh badan serta minda . 
Sebagaimana Hadith dari Rasulullah SAW 
'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging .Jika sekiranya daging itu baik ,maka baiklah seluruh tubuh badannya.Namun seandainya daging itu rosak, maka rosak seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati " (Riwayat Bukhari)
Kalau direnungkan hadith di atas , hati merupakan pusat atau center bagi zahir dan bathin diri. Kalau baik pusat, maka baiklah keadaan sekelilingnya

"Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Ar Rahman , kami akan adakan baginya syaitan , maka dialah teman yang sering menyertainya(Qarin) . 
(Surah Az Zukhruf :36)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad . ayat di atas kalau kena renungi , kata kunci Zikr Ar Rahman , Allah tidak menggunakan kata Zikrullah tetapi mengingati kasih sayang Allah ,sifat Ar Rahman , dan diikuti dengan syaitan menjadi qarin atau teman.  Ayat ini sangat penting bagi mereka yang sentiasa diganggu oleh jin atau manusia. Syaitan juga merupakan hasutan manusia serta jin , manusia yang bertopengkan syaitan juga, jin yang bertopengkan syaitan  . Maka zikir atau ingatan serta fokus tentang sifat kasih sayang Allah secara universal, adalah salah satu kunci untuk merawat gangguan jin ,sihir dan masalah lain.

Salah satu ikhtiar yang sangat mustahak dalam sesi rawatan ini adalah berzikir secara berterusan dan istiqamah dalam memohon kasih sayang, pertolongan , perlindungan serta naungan ALLAH SWT dalam setiap masalah ,setiap waktu dan setiap keadaan.

Semoga amalan ini menjadi sebahagian dari diri dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Ameen

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barik Wa Sallim 
ALLAH HU ALLAH 
  









Tuesday, January 19, 2021

HIKMAH UJIAN




Salam kasih sayang , Allahumma Salli A'la Sayyidina Muhammad Wa Barrik Wa Sallim

Alhamdulillah atas segala nikmah serta kasih sayangNya, diberikan iradah oleh Allah untuk sedikit catatan yang boleh dikongsikan dan direnungkan bersama.

Kasih Sayang dan Rahmat serta Cinta Allah terhadap kita amat luar biasa .Cuma manusia biasa tidak bisa memahami isyarah atau 'sign' atau mesej atau tanda dari Allah .Tanda cinta Allah kepada kita ialah ujian. Ujian itulah tanda kita berada dalam wilayah iman, wilayah cinta , wilayah kasih sayang. 

Bertanya seorang sahabatku pada Syeikh Feras Salou RA "Bagaimana Syeikh untuk aku tahu samada sesuatu ujian itu  satu rahmat atau azab dari Allah ?
Maka jawab Syeikh RA" Apabila Allah mengujimu , perhatikan hatimu , sekiranya ia semakin hampir dengan Allah maka itu rahmah tetapi sekiranya ia semakin jauh dari Allah maka ia satu azab"
Maka kadang kadang kita lupa hidup ini sendiri merupakan satu ujian . Satu sekolah untuk kita belajar dan mengenal Allah SWT , Rabb kita .
 Kebanyakkan manusia menyangka sakit, susah, kehilangan, kematian , miskin , kehancuran (broken) itu ujian Allah , tapi ramai lupa bahawasanya hidup. kaya, senang, sihat, gembira, waktu lapang , keamanan , serta usia muda  juga merupakan ujian yang jauh lebih besar. Maka manusia mula lupa , lalai , tidur, comfort zone atau duduk atau hidup di lingkungan selesa hidup di dunia ini dan mula ambil mudah (taking everythinng for granted) semua nikmat Allah. Maka kebanyakkan mereka sibuk dengan nikmat Allah sehingga lupa pada Allah.Sibuk menggunakan nikmat Allah sambil meninggalkan Allah dari kehidupan mereka .Maka manusia mula melupakan Allah, meninggalkan Allah , jauh dari Allah dan tidak kenal akan Allah sebagai Rabb iaitu Pencipta dan Pentadbir sekalian manusia serta sekalian alam ini.Walaupun mereka beribadat, menyembah Allah , tapi mereka lupa akan Allah, tidak kenal Allah, lalai dari mengingati Allah .

Maka Rahmat serta kasih sayang Allah menurunkan ujian kepada manusia , untuk menggoncang sistem kehidupan manusia , menyedarkan manusia , mengejutkan manusia dari tidur  atau lamunan, dari kelalaian kepada kesedaran , agar menyedari "purpose of life" atau tujuan hidup dan makna kehidupan yang sebenar , sepertimana dikehendaki Allah SWT, "back to basic" atau kembali kepada asal atau fitrah.

Maka ujian merupakan Rahmah Allah , bagi kekasih kekasih Allah merupakan tanda cinta Allah kepada mereka , mereka merasakan apabila diuji "gaze of BELOVED" tumpuan dan pandangan Allah jatuh kepada mereka, Mereka bergembira dengan warkah cinta dari Sang Kekasih .Bagi mereka ujian itu merupakan tetamu Allah yang hadir. Membawa seribu Rahmah , membersihkan serta menyucikan zahir dan bathin mereka . Mari kita lihat satu kisah cinta dari Rasulullah SAW

' Ada seorang sahabah suka membawa tetamu ke rumah tetapi isteri beliau pula sering mengadu apabila datang tetamu ke rumahnya serta menunjukkan sifat tidak senang terhadap tetamu itu. Maka sahabah itu mengadu kepada Rasulullah SAW akan hal itu ,lalu Rasulullah SAW bilang " katakan kepada isterimu hari ini Rasulullah SAW serta beberapa sahabahku akan mengunjungi rumahmu" dan Rasulullah SAW juga berpesan kepada sahabah itu "katakan jua kepada isterimu perhatikan aku serta sahabatku saat aku keluar nanti" 
Apabila saat Rasulullah SAW dan para sahabah keluar untuk pulang, lalu sang isteri memerhatikan  terdapat ular dan kala jengking yang begitu banyak . Lalu hal ini ditanyakan kepada Rasulallah SAW,
Baginda SAW berkata "saat kedatangan tetamu ke rumahmu mereka membawa banyak karunia dan saat mereka mereka pergi , mereka membawa keluar pelbagai bencana"
Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barik Wa Sallim

Alhamdulillah apabila kita menyambut ujian umpama kita menyambut tetamu , ke rumah qalbu atau hati (heart) maka ujian itu membawa ribuan hikmah dan kurnia Allah, juga membawa ribuan bencana serta musibah keluar dari hati kita , membersihkan dan menyucikan jiwa serta hati . 

Cuma persoalan bagaimana harus kita menyambut tetamu itu atau bagaimana harus kita mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian yang datang dan mendatang.

Jawapannya secara umum boleh dibahagikan kepada beberapa perkara ,
1     Menyedari (awareness and consciousness) dan meyakini setiap ujian itu dari Allah dan kembali kepada Allah sepertimana dalam ayat quran "iaitu orang orang apabila mereka ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
Al Baqarah 156
dan cuba perhati betul betul ayat yang berikutnya " Mereka itulah orang orang yang (menerima) kebaikan /pujian /salawat dari Tuhan mereka serta rahmatNYA, dan mereka itulah orang orang yang memperoleh hidayahNYA" Al Baqarah 157
Mereka dipuji oleh Allah serta memperoleh kasih sayang dari Allah , juga menerima petunjuk Allah .

2    Bersangka baik dengan semua takdir serta ujian Allah , sentiasa berzikir , tafakur (meditate) muhasabah diri .

3    Menyerahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah dan setiap  ujian dan takdir yang datang itu kembali kepada Allah dan  segalanya di dalam kuasa serta penguasaan serta pengawasan Allah dan bergantung sepenuh pada Allah

3    Bersabar dengan ketentuan atau ujian atau takdir yang singgah dan sentiasa mengharapkan kasih sayang dari Allah

4.    Sentiasa berdoa kerana doa mereka yang diuji itu sememangnya diterima Allah dan mereka yang sentiasa Allah uji itu adalah mereka yang sangat hampir dengan Allah , cuma nasihat si fakir ini berdoalah atau mintalah akan Allah dan Rasulullah SAW serta keredhaanNYA serta Kasih SayangNYA , jua seperti pesanan Sayyidina Muhiyudeen Ibnu Arabi RA mintalah kepada Allah akan CintaNYA dan keinginan untuk mencintaiNYA (desire to love Allah) .

5.    Redha akan ketentuan Allah kerana rahsia penerimaanmu serta redhamu akan Allah, bergantung kepada keredhaan serta penerimaanmu akan ketentuanNYA terhadapmu. Itu salah satu tunjang rukun iman yang ke 6.

6.    Sentiasa memuji Allah dalam setiap keadaan dan sentiasa bersyukur setiap masa kerana di dalam takdir yang datang kepadamu mengandungi rahsiaNYA , SifatNYA , AfaalNYA atau Perbuatan serta AsmaNYA digaris takdirmu , mudah mudahan engkau bisa mengenali Allah serta mencintaiNya di dalam kehidupanmu di dunia ini dan memudahkan perjalananmu untuk bertemu denganNYA kelak.

Alhamdulillah semoga sedikit catatan dan nasihat untuk diri sendiri memberi manafaat seizinNYA dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah serta cinta Rasulullah SAW dicurahkan ke atas kita Ameen

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barrik Wa Sallim
Allah Hu Allah









Thursday, November 16, 2017

DI MANA NIATMU


                                BERSAMA SYEIKH ABU SAHL RA JORDAN


Salam Kasih Sayang serta Ukhwah Fillah , Salawat serta Salam buat Habibullah Rasulullah SAW,
 Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat ALLAH , dan masih diberikan nafas kehidupan oleh ALLAH untuk meneruskan kehidupan atas dunia ini.

Setelah berkongsi sedikit ilmu untuk untuk menghadapi ujian dari ALLAH ,semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufik juga kefahaman dalam meniti arus kehidupan ini.

Apakah itu niat dan mengapa niat itu penting dalam rawatan , untuk pesakit juga untuk perawat

Niat itu adalah lintasan hati, atau menghadirkan ALLAH sebagai pusat tumpuan di dalam hati.
Ingatlah sahabatku sesungguhnya niat yang benar itu akan menghasilkan natijah yang baik. Kebanyakan pesakit atau manusia  mencari jawapan atau solusi dalam permasalahan tanpa sebarang  niat atau niat yang tidak betul
Ingatlah sahabat niat yang betul dan tulus akan membawamu ke tempat yang betul dengan bantuan ALLAH
Mari kita ikuti beberapa kalam sebagai pedoman

"Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan pentadbir sekalian alam. " - surah Al-An'am ayat 162


Ayat di atas ayat yang kita baca di dalam solat . Maka untuk membawa masalah , penyakit , gangguan ke dalam daerah ibadah untuk mencari redha ALLAH  tersangatlah penting untuk menghadirkan niat yang betul iaitu kerana ALLAH di dalam hati .

Dari Sayyidina Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim)

Hadith di atas ini penting bagi memahami betapa tingginya nilai niat itu . Jangan sia siakan amalan dengan niat yang tidak betul 

Kebiasaan niat para pesakit ialah mencari kesembuhan atau jalan keluar dari masalah . Jadi segala amalan serta gerak langkah , tenaga , wang ringgit yang digunakan dalam mencari solusi itu sia sia dan rugi.

Sahabatku , dengan niat yang betul dan lurus itu akan membawa dirimu jauh . Mengenali SANG PENCIPTA , yang penuh RAHMAT DAN KASIH SAYANG.Dalam perjalanan mencari solusi itu engkau pasti akan dibawa mengembara di dalam dan luarmu oleh ALLAH dengan memperkenalkan DIRINYA padamu mengikut istilah sufi iaitu kita dapati betapa hampirnya ALLAH dengan kita .

Maka perbaiki dan perbaikkanlah niatmu di setiap ruang hidupmu. Ketika bangun dari tidurmu dan ketika hendak tidur , niat yang satu dan lurus 
Pasti akan berlaku perubahan dalam hidupmu kepada kehidupan yang lebih berkualiti dan yang baik.
Dahulukan niatmu kerana Allah semata, kemudian lakukanlah akiviti kehidupanmu , pasti hadir pertolongan ALLAH.

Sahabatku , jangan sesekali letakkan niatmu untuk itu dan ini contohnya niat aku nak tolong orang ini, kerana Hanya Allah bisa menolong kita dengan menjadikan kita sebagai alat untuk pertolonganNYA. untuk mmbantu oang lain .LURUSKAN NIATMU HANYA UNTUK ALLAH BELAKA , TIADA YANG LAIN.

Ini sebuah cerita dari pengalaman yang sangat berharga yang boleh kongsi bersama.
Awal tahun ini , hamba dipertemukan dengan seorang Syeikh dari JORDAN , Beliau berketurunan ahlul bait, Maka ketika menziarahi beliau , beliau memberikan banyak nasihat bermanafaat. Beliau menghadapi sakit lutut dan kaki sehingga tidak boleh duduk antara dua sujud di dalam solat. Hamba mengambil barakah dari beliau dengan merawat kaki beliau hanya dengan menggunakan minyak zaitun , walaupun hamba tidak pandai mengurut tetapi sekadar khidmat kepada ahlul bait , dan hamba merawat hampir 12 orang ahli jemaahnya. Setelah merawat ,dia memberitahu kepada para jemaahnya suatu kalimah " ketika doktor (beliau memberi gelaran kepada hamba) ini mengurut dan menyentuhku, niatku hanya ALLAH merawatku melalui doktor ini , dan WALLAHI  sekarang aku sudah boleh duduk "

Lihat kisah di atas , ikut nasihat syeikh ini, sekiranya pesakit dan perawat mempunyai niat yang satu maka pertolongan ALLAH pasti hadir bersama niat kita bersama .

Ambillah iktibar dan sentiasa luruskan dan perbetulkan niat kita , sesungguh dalam setiap perjalanan kita mencari solusi , setiap detik dikira ibadah , maka kita akan nampak pertolongan ALLAH datang dengan segera. WALLAHUALAM

Semoga Allah memberi hidayah dan taufik serta kefahaman dan hikmah di dalam setiap nafas kehidupan kita , AMEEN

ALLAHUMMA SALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA BARRIK WA SALLIM
ALLAH HU ALLAH 



Saturday, November 11, 2017

INDAHNYA UJIAN



Salam Kasih Sayang serta Ukhwah Fillah , Salawat serta Salam buat Habibullah Rasulullah SAW,
Alhamdulillah setelah hampir setahun tidak menulis digerakkan oleh Allah atas Rahmat dan Kasih Sayang setelah menerima sedikit bekalan untuk meneruskan perjalanan ini .

Dalam menghadapi pelbagai ujian yang mendatang di dalam kehidupan di atas dunia ini,setiap ujian akan membawa kita kepada dua jalan , iaitu jalan mendekatkan diri kepada Allah atau sebaliknya.

Bagaimana cara kita melihat dan menghadapi masalah yang mendatang dari segenap penjuru hidup ?

BAGAIMANA MENGUNDANG KASIH SAYANG , SERTA REDHA ALLAH ? 

Bagaimana kita mahu melihat bantuan ALLAH di dalam setiap ujian itu ?

Pernahkah kita terfikir apa kehendak ALLAH dari kita , melalui ujian ini ,

Ingatlah para sahabat,  intipati dari ujian ini ada tiga , Mari kita renungi setiap intipati ini agar kta dapat memahami hikmah di sebalik setiap ujian

Yang pertama SABAR
Allah sebutkan banyak perkara tentang sabar di dalam quran ,ditambah denga hadith dari Rasulullah SAW, serta kalam para awlia serta arifin

Satu ayat dari ALLAH dengan penuh kasih sayang

'WAHAI HAMBAKU YANG BERIMAN , MINTALAH PERTOLONGAN DENGAN SABAR DAN SOLAT,SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN MEREKA YANG SABAR' AL BAQARAH 153

Indah sungguh kalam di atas , betapa hampirnya ALLAH dalam setiap ujian ,sekiranya kita bersabar.
Berkata Sang Sufi sekiranya Allah ingin menghampiri dan menyayangi hambaNYA itu , maka dikirimkan ujian kerana disebalik setiap ujian itu Allah jualah yang meletakkan sifatNYA iaitu SABAR dan dikirimkan jua jalan keluar dari permasalahan itu .
Sebagaimana Hadith Rasulullah SAW
'TIAP TIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA ' Riwayat Muslim dan Ahmad.

Yang kedua SYUKUR
Cuba kita lihat apa ALLAH bisikkan kepada kita

'MAKA JIKA KAMU BERSYUKUR AKU AKAN TAMBAHI NIKMAT KE ATAS KAMU TETAPI SEKIRANYA KAMU KUFUR MAKA SESUNGGUHNYA AZABKU AMAT PEDIH' SURAH IBRAHIM 7

Maka berterima kasihlah di atas ujian ALLAH itu, kerana Allah akan menurunkan nikmat dan rahmat berupa jalan keluar serta kehampiran (qurub) denganNYA.

Yang ketiga 'REDHA'
Lihat betapa indahnya ayat ini

'WAHAI JIWA YANG TENANG , AYUH KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DALAM KEADAAAN REDHA LAGI DIREDHAI ,
MASUKLAH DI KALANGAN HAMBA HAMBAKU DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGAKU AL FAJR 27-30

ALLAH HU ALLAH ,bergetar jiwa apabila mendengar kalam di atas, alangkah bertuahnya jika kita dipilih dan dijemput,

Redha ini dalam bahasa mudah menerima atau pasrah atas ujian dan ketentuan ALLAH ke atas kita,

Apabila kita masukkan ketiga elemen di atas dan kita adunkan bersama setiap ujian yang mendatang , maka fahamlah kita sesungguhnya intipati dari sebuah ujian itu adalah penuh dengan RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH.

Berdoalah agar ALLAH kurniakan TAUFIK DAN HIDAYAH SERTA 'WISDOM' ATAU HIKMAH UNTUK MEMAHAMI SETIAP SESUATU. AMEEN

ALLAHUMMA SALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA BARRI WA SALLIM
ALLAH HU ALLAH







Sunday, July 31, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN & SELAMAT BERIBADAH





Segala puji & syukur hanya milik Allah . tiada sesuatu melainkan dariNya jua & di atas rahmatNya jua kita dianugerahkan bulan ibadah & bulan yang mulia yang mana di dalamnya terdapat satu hari yang lebih bernilai dari 1000 bulan. Salawat serta salam buat junjungan yang dikasihi & tercinta Sayyidil Mustafa SAW ,air mata baginda sentiasa mengalir untuk umat yang tercinta iaitu diri ini , keluarga & umat manusia tanpa kira sempadan , bangsa , bahasa , warna kulit.

Marhaban Ya Ramadhan , Allahu Allah, masih memberikan nikmat nyawa & kesihatan,keimanan untuk meneruskan ibdah di bulan yg mulia ini .datang sepetri angin & pergi seperti angin, rasa macam semalam sj kita menyambut ramadan 1431 hijrah

Rasulullah menyebut , barang siapa merasa gembira menyambut Ramadhan , Allah telah mengampuni semua dosanya , Subhanallah, bukan gembira nak jual kurma , jual biskut raya , jual juadah berbuka tapi gembira kita seperti kita gembira untuk mengambil setiap ruang & masa untuk beribadah & mencari keredhaan Allah

Di bawah ini ana selitkan beberapa Hadith Rasulullah SAW ttg puasa :



Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang?orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.

Hadist riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.

Hadist riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.

Hadist riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: “Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa”.

Hadist riwayat al-Nasa`ie daripada Abi Sa`id, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa sehari semata-mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun”.

Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Hadist riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu”.

Membaca makna hadist di atas semoga semakin menguatkan dan memotivasi kita dalam menjalankan ibadah puasa ramadhan.

Begitulah sedikit hadith yang sempat ana copy paste untuk rujukan ana & pembaca.

Semoga kita memperoleh taqwa hasil daripada puasa yang berkualiti & riadah ibadah kita di bulan yang mulia ini .

Ana memohon ribuan maaf kepada pembaca2 dan sahabat2 di luar sana sekiranya adaa kesalahan & kesilapan ana yang lemah & daif ini , juga kepada pesakit2 , inilah waktu yg amat mustajab doa kita , ayuh berdoa & muhasabah diri & memperbaiki hubungan kita dengan Allah , ana yakin Insya Allah , Allah akan menyembuhkan anda , Amin Ya Rabb

Friday, July 29, 2011

DARUL IKHTIAR DI MAJALAH MIDI KELUARAN 15 OGOS 2011


MAJALAH MIDI KELUARAN KARANGKRAF

Segala Puji & Syukur hanya untuk Allah , ampunya alam ini & salam serta shalawat untuk semulia - mulia makhluk di alam ini , penghulu serta mata hati kami Rasulullah SAW.

Rasanya dah lama nak menulis entri di blog ini , tetapi agak perasan sibuk , sibuk dgn Rawatan Perdana , sibuk dengan rawatan , sibuk gi outstation & jadi penyibuk & buat2 sibuk hehehhe, berapa banyak sibuk daaaa.....

Khamis lepas isteri ana cum p.a ana ada menerima panggilan telefon dari kak Hasliza dari majalah MIDI , untuk ditemubual pada hari Jumaat . Agak terkejut ana tapi ana setujulah menerima tetamu, sunnah nabi tu,

Sebenarnya ana ada menerima panggilan dari beliau sebelum ni , tak salah pada bulan 9 atau 10 tahun lepas , tetapi kerana ana masih bekerja waktu tu tak boleh nak memenuhi permintaan . Belum ada rezekilah katakan .

Semuanya dari Allah , ana nie seorang yang sangat daif & masih muda & hijau & jambu hehehhe (lain bunyi nya tu) dalam bidang rawatan islam ni. Terlalu ramai yang lebih veteran & pakar di luar sana tapi ana yang dipilih , semuanya dari Allah.

Ana ditemuramah oleh kak Hasliza & ditemani jurukamera En Daniel.

Banyak yang ana merepek & melalut yeelah mana taknya ? kali pertama di interview di majalah, sebelum ni kena interview masa cari kerja , dgn tok kadi masa kawin hehehe, masa masuk darussyifa dgn bapa & ibu mertua hehehhe kenangan lalu mengusik kalbu...

Antara intipati yang ana goreng masa interview ialah ttg rawatan perdana , rawatan di tempat ana , masej dakwah yg ana cuba terapkan & sampaikan kepada pesakit , & lain2 lagi tak ingat dah , & tk tau mana yg keluar , pas tu bt demo sikit ... hehehe nak posing jer, baru ngaji sikit kedua2 sahabat dah rasa tk selesa , ana bekalkan air, sabun barakah & myk wangi al - insyirah utk kegunaan mereka di rumah.

Ana juga tak tau apo ko bondonyo majalah midi tu masa mula2 kakak tu call, ana check ruponyo majalah untuk wanita 40+ , tp bagusya ada ruangan agama & perubatan islam.

Sambil tu ana promote sekali majalah nie boleh tengok wajah ana yang brutal macam terorist taliban tue , tapi berhati lembutt hahahaha.

Ribuan terima kasih dari pihak Darul Ikhtiar & Darul Muallij kepada majalah Midi & kami sangat mengalu2kan promosi besar2an rawatan islam di majalah & tv untuk memartabatkan rawatan Islam . Insya Allah kalau tidak ada aral melintang temu bual ana akan disiarkan pada keluaran aidilfitri 15/8/11 Insya Allah .

Semuanya dari Allah , Dia yang Memuliakan & dia jualah yang Menghinakan . Wallahualam


GAMBAR KAK HASLIZA & DANIEL KHUSYUK MENDENGAR ANA BERCELOTEH SAMBIL BAGI TIPS TANDA2 GANGGUAN


NAIK SYEIKH SIBUK NAK ZASS HEHEHHE


MENEKANKAN PERGANTUNGAN KITA HANYA PADA ALLAH SEMATA

Thursday, June 23, 2011

SEDIKIT PERINGATAN WALAUPUN PAHIT



Segala Puji & Syukur Hanya Milik Allah & Salawat serta Salam kasih Sayang untuk Kekasih Hati Rasulullah SAW.

Sedikit buah fikiran dari hamba yang daif ini. Semenjak dua menjak , banyak kes melibatkan penyihiran & serangan saka dari pihak ibu & bapa pesakit sendiri , selalunya kes ini melibatkan sedikit masalah dengan menantu perempuan . Kes2 ini melibatkan serangan yang amat kronik & berterusan sampai melibatkan kesihatan sang isteri kekadang sampai tahap kritikal. Senang2 si suami mengutuk ibu bapa kandung mereka nau'zubillah. Ini salah satu sebab Allah tidak memberi kesembuhan walaupun dah jumpa ramai 'uztaz' yang handal. Di mana akhlak kita sebagai orang Islam. Dalam hadith Rasulullah SAW yang popular . Siapa harus aku patuh & taat Ya Rasulullah? tanya seorang sahabat. 'Allah & Rasul' Jawab Rasulullah , Kemudian? tanya sahabat, 'ibumu,ibumu,ibumu kemudian bapamu' Jawapan Rasulullah SAW. Samapai 3 x jawapan ibu pas tu bapa , tak masuk pun bab isteri. Ini satu peringatan buat sang anak , biar apapun dilakukan oleh ibu & bapamu , dia tetap ibu & bapamu , hormatilah mereka , jangan mengutuk mereka & jadikan mereka itu musuhmu . Nau'zubillah . kekadang mereka tak tahu langsung tentang perkara ni, saka mereka punya angkara. Jangan menuduh sebarangan. Walau betul sekalipun , berbuat baiklah terhadap mereka, jangan pinggirkan mereka. Anggaplah ini ujian & satu peluang yang Allah bagi kepadamu sebagai kafarah & untuk menyedarkan ibu bapamu bahawa perbuatan mereka itu salah. Allah sentiasa memerhatikan gerak geri kita. Jikalau hubungan kita dgn ibu bapa kita kantoi di dunia ini , maka kantoilah kehidupan kita di dunia ini lagi & seterusnya . Beringatlah Semoga Allah mengampuni dosa kita & dosa kedua ibu bapa kita . Amin

Wallahu'alam

Friday, April 8, 2011

18 SX...LOVE (THE END) .


Segala Pujian & Kesyukuran milik Allah jua & salawat & Salam ke hadrat Penghulu & Kekasih kami Rasulullah SAW.
Ini sambungan cerita (telemovie) ana yang terbengkalai lama sebab tak dapat sponsor hehehe .. (gurau je).

Alhamdulillah ana telah terangkan sedikit sebanyak tentang 'JiN Asyik' ini dalam 2 blog yang lepas. Sesiapa yang belum membacanya lagi silalah berbuat demikian agar paham skit sambungannya. Species ini kemungkinan terdiri daripada 'JiN Saka', 'JiN Tumpang', 'JiN Sihir', & Jin yg mengambil kesempatan ke atas orang yg ingin mencari ilmu bukan kerana Allah tetapi untuk kehebatan dunia semata.

Ini adalah salah satu species yang paling sukar dirawat kerana kecintaaannya yang sangat mendalam terhadap pesakit.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK ANDA MEMBEBASKAN DIRI DARI BELENGGU SPECIES INI?

1. Selain dari ikhtiar dari perawat, pesakit juga perlu memainkan peranan mendekatkan diri pada yang maha Esa. Kata kuncinya adalan taqwa & tawakkal sebagaimana dalam ayat 1000 dinar yang biasa kita amalkan, 'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara). Serta memberi rezeki dari jalan yang tak terlintas dari hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, Allah akan cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)' Ayat 2&3; Surah At-Talaq

2. Jangan selalu berseorangan (amalkan berjemaah). Hikmahnya Islam sangat mementingkan berjemaah (dalam kebanyakkan perkara)

3. Menutup aurat dengan sempurna & elakkan 'tabarruj' (solekan yang diharamkan). Sebab depa (JIN) pun sama2 make-up juga, tu yang pucat lesi mukanya, terover bedak. hehehe....

4. Kurangkan hiburan yang tak memberi faedah spt mendengar lagu yang lagho (melalaikan), & jangan kerap & lama menatap wajah di cermin (baca doa sebelum menatap cermin)

5. Jangan terlalu lama (berkaraoke) dan beristirehat di bilik air & gunakan kain basahan semasa mandi (baca doa masuk bilik air).Jangan mandi bogel , tu yang meleleh liuk kawan tu sampai naik syok.

6. Jaga kebersihan terutama semasa haid, spt membasuh tuala wanita sambil berdoa agar dijauhkan dari gangguan.Kalau boleh pakaian yang kita guna selalu didoakan & amalkan doa ketika memakai & membuka pakaian sekurang2nya 'bismillah'.

7. Sentiasa hiasi diri dengan berzikir, solat , membaca Al-Quran, berpuasa sunat dll ibadat yang mendekatkan diri pada Allah

8. Banyakkan bersedekah dengan niat & banyakkan berdoa semoga Allah memberi jalan keluar dari masalah ini.

9. Banyakkan beristighfar & bertaubat sekiranya pernah terlibat dalam mempelajari & mengamalkan ilmu2 untuk tujuan keduniaan semata.

10. Segera jumpa perawat (perawat Islam), jangan jumpa 'tok moh' plak, bertambah pulok masalah.


APA AKAN JADI PADA ANDA SEKIRANYA TIDAK DIRAWAT ?

1. Ada potensi menjadi andartu & susah mendapat jodoh

2. Berpotensi mendapat penyakit2 tertentu seperti kanser rahim krn selalu 'bersama' dengan specis ini.

3. Gila kerana biasa mendegat bisikan & suka bersendiri & bercakap berseorangan.

4. Ada potensi untuk bunuh diri kerana ramai pesakit yang mendengar bisikan menyuruh terjun bangunan dsb

5. Rumah tangga bercerai - berai kerana sering bertengkar walaupun isu yang tak masuk akal.

6. Sukar mendapat anak, menyebabkan berlaku penceraian & penzinaan . Ini antara tugas yang paling utama & disukai oleh syaitan .

7. Emosi yang tak menentu & cepat melenting & panas baran & ada potensi sentiasa dirasuk & histeria

8. Dll , penat ana tulis, lu pikir la sendiri beb


Insya Allah dengan ilmu & info yang ana kongsikan ini, dapat memberi manafaat kepada pembaca terutama yang mengalami gangguan ini. Ana doakan semoga Allah memudahkan segala urusan pesakit & memberi penyambuhan kepada pesakit & agar gangguan ini tidak berulang.Banyakkan memohon perlindungan dari Allah untuk menghadapi masalah ini & jangan berputus asa. Amin...Amin ya Rabbal Alamin......


Walahu'alam. The End Of The Story

Tuesday, April 5, 2011

RAWATAN PERDANA 2 DI MUAR








Segala pujian & pujaan selayaknya hanya milik Allah Rabbul Jalil . Salawat serta salam buat idola serta permata hati kami Sayyidina Muhammad SAW.

Alhamdulillah dengan izinnya Rawatan Perdana ke 2 di Muar pada 3/4/2011 berjalan dengan lancar.

Majlis dimulakan pada jam 8 pagi dengan bacaan rukyah yang pertama oleh Syeikh Mustakim & diikuti seterusnya oleh Ustaz Hassan & berakhir pada pukul 4.30 petang.
Seramai lebih kurang 150 - 180 orang pesakit mengambil bahagian dalam rawatan perdana kali ini agak jauh berkurangan berbanding dengan rawatan pertama di Masjid Sungai Buaya. Mungkin ada beberapa sebab diantaranya kurang promosi dan sebagainya Wallahu'alam . Pesakit -pesakit yang mengalami gangguan serta sihir , agak 'liat' untuk diselesaikan. Semuanya di atas kehendak dan keizinan Allah.

Ana juga mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan para perawat lain yang dikasihi, semuanya hebat-hebat belaka, ialah ana ni kerdil orangnya tapi besar saiznya hehehe. Selalu sibuk membaca blog perawat lain tapi tak pernah bersua muka , inilah kesempatannya untuk menatap wajah-wajah perawat yang hensem belaka juga dengan team ibnu masud yang bertungkus lumus menganjur serta menjayakan program ini .Para pembantu yang agak dedikasi serta profesional , macam dah biasa & lama berkecimpung dalam mengahadapi pesakit.

Semoga mesej & objektif yang paling utama & jelas yang ingin disampaikan oleh kami iaitu pergantungan mutlak hanya pada Allah , serta berikhtiarlah di jalan yang diizinkan oleh syarak & sentiasalah bermuhasabah diri kita yang penuh dengan kelemahan & dosa. Insya Allah, Allah akan menyambuhkan penyakit anda dengan syarat utama iaitu Taqwa & Tawakkal padaNya . Insya Allah ada rezeki , kita akan ke sana lagi.

Rawatan seterusnya dijangka Insya Allah pada bulan Mei di TTDI , KL. Semoga program yang baik serta mulia ini diteruskan & dijadikan program bulanan serta mendapat pengiktirafan & sokongan pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Agama Islam dan sebagainya. Wallahu'alam

Thursday, October 21, 2010

APAKAH DOSAKU ?



Peringatan Untuk Diri Sendiri

Segala Puji & Syukur hanya untuk Allah Rabbul Jalil, salam serta salawat ke atas penghulu habibi Mustaffa Rasulullah SAW.

Inilah rintihan pesakit yang biasa ana dengar. Cuma pesanan ana bersabar sajalah dengan ujian Allah & seperti mana firman Allah SWT

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kita perasan sangat & syok sendiri macam kita ni tak pernah berdosa atau bersih dari dosa. Kita ni hamba yang sangat lemah & daif, tidak lekang & berhenti dari melakukan dosa setiap masa & ketika .

Mata ini sentiasa melihat yang haram, telinga ini mendengar yang haram & melalaikan, mulut ini berbicara yang haram & melalaikan & sesuatu yg tak berfaedah & makan yang haram & syubahah, tangan sentiasa melakukan benda yang sia-sia & haram , kaki sentiasa ke tempat yang tidak berfaedah & haram . Ini tak masuk lagi bab ibadah .
Hampeh sungguh kita ini yang sentiasa lalai & leka tapi perasan kita ni macam tak pernah berdosa.

Muhasabahlah diri kita sebelum kita dihisab Allah , dan hadapilah ujian - ujian ini dengan penuh kesabaran & keredhaan . Semoga Allah juga redha pada kita. Ini menjadi kafarah pada dosa - dosa kita, yang kita perasan tak pernah buat.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami hamba - hambaMu yang suka bertaubat. Amin

Wallahu'alam

Wednesday, September 1, 2010

SELAMAT MENCARI LAILATUL QADAR



AR] Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan. Hebatnya bulan yang mulia ini digambarkan melalui satu hadis Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walau satu pintu. Penyeru pun menyeru: ’Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api neraka’, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan) [Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah].

Bagi setiap umat Islam yang melaksanakan ibadah puasa, Allah Subhanahu Wa Taala menjanjikan bonus yang amat lumayan sebagaimana yang diterangkan di dalam hadis Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azzawajalla berfirman:
“Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa, lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

Berbicara soal puasa, tidak lengkap rasanya jika tidak membicarakan tentang kelebihan sepuluh malam terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar. Ini adalah disebabkan di salah satu dari malam-malam terakhir inilah adanya tawaran paling lumayan yang amat rugi jika dilepaskan begitu sahaja. Junjungan besar Muhammad Sallallahu ’alaihi wasallam sendiri memperbanyakkan ibadah pada malam-malam tersebut sebagaimana yang diceritakan oleh isteri baginda, Saidatina A’isyah Radhiallahu ’anha:

“Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadah) dan uzlah (mengasingkan diri) dari isteri-isteri baginda” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

Ketika Sautun Nahdhah ini dinukil, suasana menjelang Syawal telah mulai dirasai dimana-mana. Gedung-gedung membeli belah yang menawarkan jualan murah penuh sesak dengan para pembeli yang tidak mahu ketinggalan melengkapkan persiapan di saat akhir. Di malam hari, lampu-lampu berbentuk ketupat menghiasi ibu kota Kuala Lumpur menjadikan pemandangan malam sungguh indah. Tidak ketinggalan para ibu mula membuat atau membeli kuih muih untuk dihidangkan di hari yang mulia ini. Irama polifonik bertemakan lagu-lagu aidil fitri mula kedengaran melalui telefon-telefon bimbit. Di pasar Ramadhan juga, mercun mula dijual. Senario ini dirancakkan lagi dengan program “Syoknya Raya”, sebuah rancangan tajaan Telekom Malaysia yang disiarkan oleh TV3, menggamit perasaan tidak sabar untuk menunggu fajar Syawal menyinsing. Era globalisasi yang menyaksikan ledakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) seolah menggalakkan fenomena tidak sabar meninggalkan Ramadhan.

Dalam kesibukan dan kegembiraan inilah, Sautun Nahdhah ingin mengungkap realiti masa kini dan sikap serta perlakuan kaum Muslimin di zaman silam, sebagai suatu pengajaran yang diharap akan dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat hari ini - mengapakah mereka begitu mudah melakukan aktiviti taqarrub kepada Allah (mendekatkan diri kepada Allah) berbanding umat Islam hari ini. SN juga akan menyentuh sebab-musabab yang menjadikan kehidupan umat hari ini sangat jauh dari Islam, samada di dalam atau di luar bulan Ramadhan.






Lailatul Qadar

Lailatul Qadar adalah suatu malam yang mempunyai keberkatan dan keistimewaan yang cukup besar. Ia merupakan saat dan ketika yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang beriman kerana pelbagai keistimewaan berikut:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar” [TMQ Surah Al Qadar:1]

“Malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan” [TMQ Surah Al Qadar:3]

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al- Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)” [TMQ Surah Ad-Dukhan:3-4]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang lalu.” Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.




Amalan Nabi dan Sahabat di bulan Ramadhan

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya adalah:

Mandi, berpakaian indah dan berharumharuman Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadhan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadhan.

Melaksanakan solat sunat, i’tikaf dan membaca al-Quran. Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al- Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai”

Jika kebanyakkan kaum Muslimin beranggapan bahawa amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam dan para sahabat hanya tertumpu kepada aktiviti ibadah berbentuk ruhiyyah (spiritual), sesungguhnya ia adalah tanggapan yang meleset sama sekali. Baginda Salallahu ’alaihi wasallam dan para Sahabat bahkan sering mengisi bulan Ramadhan dengan jihad (perang) seperti yang terjadi pada Perang Badar al- Kubra pada tanggal 17 Ramadhan.

Dapatkah kita bayangkan, betapa beratnya berpuasa sambil menghayun pedang, memegang perisai besi, menyabung nyawa, di bawah terik matahari, di atas padang pasir yang gersang? Kehidupan pada masa Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam dan Khulafa’ ar-Rasyidin adalah kehidupan penuh revolusi kerana mereka merintis perjuangan membebaskan dunia dari kegelapan dan kezaliman, lalu mengubahnya menjadi kehidupan yang disinari cahaya Islam dan dipenuhi keadilan.

Pada malam bulan Ramadhan, para Sahabat yang pada awalnya bersolat tarawih sendirian telah disatukan oleh Khalifah Umar dalam satu jamaah solat tarawih dan memerintahkan Ubay bin Kaab agar menjadi imamnya. Diceritakan bahawa dalam setiap rakaat, Ubay membaca lebih kurang 100 hingga 200 ayat setelah membaca al-Fatihah. Setiap selesai dua rakaat, biasanya mereka akan berehat dahulu sehingga dipanggil “solat tarawih”. Mereka menghabiskan 2 hingga 3 jam setiap malam untuk bertaqarrub kepada Allah Subhanahu Wa Taala melalui solat tarawih tersebut.

Alangkah hebatnya keperibadian Rasulullah Salallahu ’alaihi wasallam dan para sahabat yang amat ringan melakukan aktiviti taqarrub ilalLah (mendekatkan diri kepada Allah) tanpa sekadar hanya melibatkan ibadah ruhiyyah semata-mata.

Realiti Masa Kini

Bila diperhatikan situasi umat Islam masa kini, kita akan dapat melihat suatu keadaan yang amat menyedihkan. Disatu sisi, kita melihat umat Islam amat ghairah menjelang saat-saat akhir sebelum Pemegang Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan penetapan tarikh Syawal bagi bumi Islam Hadhari ini. Kepada pembeli, semua senarai semak (checklist) telah disiapkan. Berapa pakaian baru hendak dibeli, apa perabut yang perlu ditukar, kedai mana yang akan menyiapkan langsir. Kaum-kaum ibulah yang paling sibuk sekali. Gara-gara menyiapkan kuih, menjahit baju dan langsir, aktiviti bersolat tarawih, bertadarrus dan melakukan qiamullail yang sepatutnya direbut, malah diremehkan.

Kaum bapa juga tak kurang sibuknya. Ada yang sibuk mengecat rumah, mencari buluh untuk dibuat meriam, memasang lampu dan lain-lain. Kepada para penjual pula, amat rugi rasanya jika tidak berniaga di pasar dan bazar Ramadhan. Peningkatan harga minyak yang mencetuskan perang naik harga mendorong pendatang-pendatang baru di arena perniagaan mencuba nasib untuk mendapatkan wang yang cukup menjelang Syawal. Semuanya menjurus pada satu tujuan iaitu menyambut Syawal dengan penuh kemeriahan dan gilang-gemilang.

Di bulan Ramadhan ini juga, ungkapan ’Bapak Syaitan, Anak Syaitan, Cucu Syaitan, Ipar-duai Syaitan semua kena ikat’ menjadi terlalu biasa di gegendang telinga. Amat memilukan tatkala spesis Syaitan terpaksa menjalani perintah berkurung, masih wujud sebilangan umat Islam yang kena tangkap kerana tidak berpuasa, masih ada anak teruna dan gadis yang duduk di celah-celah pokok dilindungi sinaran neon, sementara yang lain-lain terlalu asyik membeli belah dan menyiapkan peralatan rumah hingga tidak sempat ke masjid atau surau.

Disisi lain, kita menyaksikan media-media arus perdana dan alam siber dipenuhi dengan artikel yang menyeru agar umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan khususnya di sepuluh malam terakhir. Hikmat Ramadhan juga menyaksikan umat Islam begitu sensitif dengan perbuatan mereka. Kaum Muslimat mengenakan pakaian sopan dan bertudung. Kaum muslimin mula menjaga pandangan mata.

Pendeknya, aktiviti kemaksiatan yang sering dilakukan di luar bulan Ramadhan dihentikan seketika. Malangnya, mereka hanya sekadar menekan kekunci ’pause’, bukan ’delete’, seolaholah berakhirnya Ramadhan adalah lesen untuk berbuat dosa. Apakah penyebab semua ini? Adakah kita terpaksa menyaksikan fenomena sebegini tahun demi tahun? Apakah formula paling mujarab untuk menyelesaikannya?







Masalah Akar

Realiti yang kita saksikan pada hari ini tidak lain adalah disebabkan tidak wujudnya Islam yang diterapkan secara keseluruhan (kaffah) di dalam kehidupan melainkan sekadar mengatur ibadah ruhiyyah atau ibadah ritual semata-mata. Rentetan dari fenomena ini, kita mendapati umat Islam menggambarkan aktiviti taqarrub ilalLah hanya sekadar solat tarawih, bertadarus dan melakukan qiamullail.

Kekejaman sekularisme menyebabkan Islam terpisah dari kehidupan (fasluddeena ’anil hayah) sehingga taqarrub ilalLah dimanifestasi sebagai aktiviti yang sempit ruang lingkupnya. Umat Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan suasana menjelang lebaran tetapi tidak bersungguh-sungguh mewujudkan suasana keimanan yang tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Inilah yang berlaku apabila tolok ukur perbuatan (miqyas al-’amal), pandangan hidup, pemikiran dan perasaan umat Islam sangat jauh dari Deennya.


Mencari Keredhaan Sejati

Tidak salah kita memperbanyakkan aktiviti ibadah ritual kerana bulan Ramadhan memanglah bulan penuh keberkatan. Namun begitu, hendaklah peningkatan amalan kita pada bulan Ramadhan tidak sekadar ditambah solat tarawih, makan sahur, dan buka puasa. Masih banyak yang lain seperti tadarus al-Quran, bersedekah, berzikir dan berdoa; juga pada perkara-perkara lain yang bukan berbentuk ritual seperti berbuat baik kepada orang tua, memberi makan orang yang lapar, menolong orang yang memerlukan, membantu saudara seMuslim menyelesaikan masalahnya, mengkaji ilmu dan lainlain. Dalam sebuah hadis qudsi dikatakan bahwa Allah Subhanahu Wa Taala paling menyukai para hamba-Nya yang bertaqarrub kepada-Nya dengan melaksanakan apa sahaja yang difardhukan oleh-Nya. Apa yang difardhukan oleh Allah Subhanahu Wa Taala itu tentulah tidak terbatas pada rukun Islam semata-mata.

Bagi seorang suami, bekerja mencari nafkah untuk menafkahi anak isteri adalah bentuk taqarrub kepada Allah. Bagi seorang pemilik hotel, memutuskan untuk tidak menghidangkan minuman keras, dan menghapuskan berbagai kemaksiatan yang lain dari hotelnya adalah satu bentuk taqarrub kepada Allah Yang Maha Melihat.

Bagi seorang hakim, memutuskan perkara dengan hukum syarak, hukum yang diturunkan Allah Subhanahu Wa Taala, adalah suatu bentuk taqarrub kepada Dia Yang Maha Adil. Bagi pemerintah, menerapkan hukum syarak secara kaffah dalam menjalankan roda pemerintahan adalah juga salah satu bentuk taqarrub kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Bagi seorang pemilik bank, mengambil keputusan untuk menghapus bunga (riba) di banknya adalah bentuk taqarrub yang dicontohkan Nabi Salallahu ’alaihi wasallam.

Bagi seorang pakar ekonomi, menyelesaikan masalah-masalah ekonomi dengan penyelesaian berdasarkan hukum syarak juga termasuk taqarrub kepada Allah Yang Maha Kaya. Malah sebarang bentuk amalan yang berujuan hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah merupakan bentuk taqarrub kepada Allah. Yang penting, Islam itu dipamerkan dalam setiap perbuatan, bukan sekadar setakat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat semata-mata.









Memanfaatkan Ramadhan untuk Mendalami Islam

Ketaqwaan yang lebih tinggi di bulan Ramadhan ini sepatutnya dimanfaatkan untuk memahami Islam dengan lebih mendalam. Contohnya melakukan aktiviti tadarus iaitu membaca al-Quran dan mengkaji maknanya menurut penjelasan para mufassir yang mu‘tabarah, misalnya Jalalain dan Ibnu Katsir dari tafsir lama, atau Tafsîr fî Zhilâl al- Qur’ân Sayyid Quthb dan Shafwah at-Tafâsîr ash- Shabuni untuk tafsir mutakhir. Ini adalah kerana ramai dikalangan umat Islam ini yang belum memiliki gambaran umum tentang kehidupan Islam, termasuk dasar-dasar pemahaman Islam. Sayugia, alangkah bagusnya jika dapat dianjurkan daurah (program atau kursus) di masjid atau di luar masjid untuk mengkaji konsep-konsep dasar Islam seperti syakhshiyyah Islam, aqidah Islam, syariat Islam dan dakwah Islam.

Demikian juga daurah tentang gambaran peradaban Islam dalam masalah ideologi atau mabda’ Islam, politik Islam (as-siyâsah al-islâmiyyah), ekonomi Islam (nizhâm al-iqtishâdi fi al-Islâm), sistem sosial Islam (nizhâm al-ijtimâ‘i fî al-Islâm), budaya Islam (tsaqâfah dan hadhârah Islam) dan sistem pertahanan dan keamanan Islam (al-jaisy al-islâmî dan hukum-hukum berkenaan al-jihâd wa alqitâl). Dengan gambaran umum mengenai kehidupan Islam yang utuh dan menyeluruh, umat Islam akan semakin terdorong untuk mendekatkan diri kepada Allah dan akan muncul ghîrah perjuangan untuk mewujudkan gambaran tersebut dalam kehidupan nyata.



Khatimah

Dimana pun bumi dipijak dan langit dijunjung, setiap Muslim berkewajiban memahami dengan sejelasjelasnya apa yang perlu dilakukan untuk meraih keredhaan sejati. Caranya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan kembali kepada kehidupan Islam yang mana cahaya keimanan dan ketaqwaan itu terpancar di setiap aspek perbuatan. Islam wajib dilaksanakan secara total (kaffah) pada setiap masa, dimana jua.

Kesedaran akan wujudnya hubungan antara kita dengan Allah (idrak sillah billah) harus termanifestasi pada setiap ketika, samada di bulan Ramadhan, Syawal atau lain-lain bulan. Apa yang amat diperlukan adalah nuansa Islam yang terus kekal di sepanjang masa. Suasana ketaqwaan ini tidak akan dapat wujud dengan sebenar-benarnya tanpa kewujudan kehidupan Islam yang total.

Kehidupan Islam seperti ini akan dapat diwujudkan sekiranya hukum syara’ dijalankan secara menyeluruh dan ini hanya akan dapat direalisasikan dengan menegakkan semula Sistem Pemerintahan Islam dimana seorang Khalifah akan diberi mandat untuk melaksanakan Islam secara kaffah - yang akan dapat mewujudkan suasana keimanan (jawwul imaani) agar ketaqwaan terpancar melalui keperibadian setiap individu Muslim tanpa mengira musim.

Justeru, akan lahirlah umat Islam yang bukan sekadar menanti-nanti kedatangan Ramadhan dan menangisi pemergiannya; bukan juga sekadar berlumba-lumba mengejar Lailatul Qadar namun akan turut bertungkus-lumus melaksanakan kefardhuan dan meninggalkan larangan-Nya dalam setiap aspek kehidupan di sepanjang tahun dengan niat yang satu – semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala.

Wallahu ’alam.

Khas Artikel Ramadhan
Sumber : www.mykhilafah.com


WALLAHU'ALAM

Sunday, August 8, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN




Puji & Syukur hanya untuk Allah & Shalawat serta Salam ke hadrat Mustafa Rasululullah SAW .

Syukur kepadaNya kerana masih dipanjangkan usia yang dipinjamkan kepada kita untuk bertemu Ramadhan al Mubarak Insya Allah. Berapa ramai yang telah meninggalkan kita tanpa sempat menikmati Ramadhan kali ini.

Satu bulan untuk mencari kasih, rahmat, pengampunan dan keredaan Allah , dihadiahkan kepada umat yang paling special oleh Yang Maha Pencinta .

Marilah sama2 kita berdoa semoga Ramadhan al - mubarak kali ini yang terbaik . Semoga setiap bulan dalam hidup kita menjadi Ramadhan , setiap hari dalam hidup kita menjadi lailatul qadar.

Semoga kita sentiasa di dalam kasih sayangNya, rahmatNya , keredaanNya , naunganNya
Amin Ya Rabbal A'lamin


Sedikit informasi untuk ingatan & dikongsi bersama


Dalil

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa


Kelebihan Berpuasa

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya:

* Puasa mendekatkan diri dengan Allah:

Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

* Puasa mengawal syahawat:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]

* Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]

* Puasa menjanjikan syurga:

Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]



Kelebihan Bulan Ramadhan
Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul SAW telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya:

* Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran:

Allah berfirman :
Maksudnya: “Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah: 185]

* Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr:

Allah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr: 1-3]

* Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” [HR Al-Bukhari: 3277, Muslim: 1079] Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan

* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan syurga:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga” [HR Al-Bukhari : 2637]

Wallahu'alam

Thursday, June 17, 2010

KEMBALILAH


Segala Puji & Syukur hanya untuk Allah Rabbul Jalil, salam serta salawat ke atas penghulu habibi Mustaffa Rasulullah SAW.
Sudah menjadi satu tanggungjawab bersama untuk setiap perawat Islam menjadi dai' serta kounselor (glamer sikit bunyinya) untuk setiap pesakit yang kita rawat. Mereka kesemuanya dalam keadaan terdesak & kritikal dengan penyakit & permasaalahan yang sedang menimpa mereka. Di sinilah kita sebagai dai' sepatutnya mengambil kesempatan untuk berdakwah . Gunalah kesempatan ini & sampaikanlah mesej dari Allah dengan penuh hikmah & sabar. Firman Allah SWT "dan yang berpesan dengan haq dan berpesan dengan kesabaran" (Surah Al-'Asr-3).
Mereka memerlukan bantuan, harapan , penyembuhan, kasih sayang & mereka juga memerlukan seseorang utk mendengar rintihan mereka.
Kita memerlukan skil(org puteh lagi) sebagai pendengar yg baik & juga lecturer(speking lagi) yang baik & berhikmah. Berhati-hatilah mengeluarkan kata2, kerana mempunyai kesan yang cukup mendalam di dalam jiwa pesakit.

Saya berpesan pada diri sendiri & kesemua yang membaca blog ini & masyarakat secara amnya , kembalilah , kembalilah , kembalilah kepadaNya ,adik2, abang2, ibu2,bapa2 saudara2 ku di luar sana , yang sudah terlanjur , yang belum menutup aurat dengan sempurna, yang belum taat kpd ibubapa, yang menderhaka kepadaNya , jalan pulang masih luas & belum tertutup, Allah sentiasa menerima hambaNya yang menyesal & ingin kembali padaNya , umpama seorang anak yg sudah lama meninggalkan org tuaNya & kembali setelah sekian lama utk menjengok orang tuanya , perasan gembira itu jauh mengatasi luka lama. Allah menerima hambaNya & sesungguhnya Allah Maha Penira Taubat & Maha Penyayang. KepadaNyalah sebaik2 tempat kembali . Kita sangat mendambakan kasih sayang & pengampunanNya. Kita perlukan Allah tapi allah tidak memerlukan kita , tetapi Allah maha menyayangi hambaNya . Ya Allah jadikanlah kami hamba yang suka bertaubat, hamba yang bersyukur & hamba yang bersabar.

Wallahu'alam
Hamba yang jahil & daif