RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Thursday, November 16, 2017

DI MANA NIATMU


                                BERSAMA SYEIKH ABU SAHL RA JORDAN


Salam Kasih Sayang serta Ukhwah Fillah , Salawat serta Salam buat Habibullah Rasulullah SAW,
 Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat ALLAH , dan masih diberikan nafas kehidupan oleh ALLAH untuk meneruskan kehidupan atas dunia ini.

Setelah berkongsi sedikit ilmu untuk untuk menghadapi ujian dari ALLAH ,semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufik juga kefahaman dalam meniti arus kehidupan ini.

Apakah itu niat dan mengapa niat itu penting dalam rawatan , untuk pesakit juga untuk perawat

Niat itu adalah lintasan hati, atau menghadirkan ALLAH sebagai pusat tumpuan di dalam hati.
Ingatlah sahabatku sesungguhnya niat yang benar itu akan menghasilkan natijah yang baik. Kebanyakan pesakit atau manusia  mencari jawapan atau solusi dalam permasalahan tanpa sebarang  niat atau niat yang tidak betul
Ingatlah sahabat niat yang betul dan tulus akan membawamu ke tempat yang betul dengan bantuan ALLAH
Mari kita ikuti beberapa kalam sebagai pedoman

"Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan pentadbir sekalian alam. " - surah Al-An'am ayat 162


Ayat di atas ayat yang kita baca di dalam solat . Maka untuk membawa masalah , penyakit , gangguan ke dalam daerah ibadah untuk mencari redha ALLAH  tersangatlah penting untuk menghadirkan niat yang betul iaitu kerana ALLAH di dalam hati .

Dari Sayyidina Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim)

Hadith di atas ini penting bagi memahami betapa tingginya nilai niat itu . Jangan sia siakan amalan dengan niat yang tidak betul 

Kebiasaan niat para pesakit ialah mencari kesembuhan atau jalan keluar dari masalah . Jadi segala amalan serta gerak langkah , tenaga , wang ringgit yang digunakan dalam mencari solusi itu sia sia dan rugi.

Sahabatku , dengan niat yang betul dan lurus itu akan membawa dirimu jauh . Mengenali SANG PENCIPTA , yang penuh RAHMAT DAN KASIH SAYANG.Dalam perjalanan mencari solusi itu engkau pasti akan dibawa mengembara di dalam dan luarmu oleh ALLAH dengan memperkenalkan DIRINYA padamu mengikut istilah sufi iaitu kita dapati betapa hampirnya ALLAH dengan kita .

Maka perbaiki dan perbaikkanlah niatmu di setiap ruang hidupmu. Ketika bangun dari tidurmu dan ketika hendak tidur , niat yang satu dan lurus 
Pasti akan berlaku perubahan dalam hidupmu kepada kehidupan yang lebih berkualiti dan yang baik.
Dahulukan niatmu kerana Allah semata, kemudian lakukanlah akiviti kehidupanmu , pasti hadir pertolongan ALLAH.

Sahabatku , jangan sesekali letakkan niatmu untuk itu dan ini contohnya niat aku nak tolong orang ini, kerana Hanya Allah bisa menolong kita dengan menjadikan kita sebagai alat untuk pertolonganNYA. untuk mmbantu oang lain .LURUSKAN NIATMU HANYA UNTUK ALLAH BELAKA , TIADA YANG LAIN.

Ini sebuah cerita dari pengalaman yang sangat berharga yang boleh kongsi bersama.
Awal tahun ini , hamba dipertemukan dengan seorang Syeikh dari JORDAN , Beliau berketurunan ahlul bait, Maka ketika menziarahi beliau , beliau memberikan banyak nasihat bermanafaat. Beliau menghadapi sakit lutut dan kaki sehingga tidak boleh duduk antara dua sujud di dalam solat. Hamba mengambil barakah dari beliau dengan merawat kaki beliau hanya dengan menggunakan minyak zaitun , walaupun hamba tidak pandai mengurut tetapi sekadar khidmat kepada ahlul bait , dan hamba merawat hampir 12 orang ahli jemaahnya. Setelah merawat ,dia memberitahu kepada para jemaahnya suatu kalimah " ketika doktor (beliau memberi gelaran kepada hamba) ini mengurut dan menyentuhku, niatku hanya ALLAH merawatku melalui doktor ini , dan WALLAHI  sekarang aku sudah boleh duduk "

Lihat kisah di atas , ikut nasihat syeikh ini, sekiranya pesakit dan perawat mempunyai niat yang satu maka pertolongan ALLAH pasti hadir bersama niat kita bersama .

Ambillah iktibar dan sentiasa luruskan dan perbetulkan niat kita , sesungguh dalam setiap perjalanan kita mencari solusi , setiap detik dikira ibadah , maka kita akan nampak pertolongan ALLAH datang dengan segera. WALLAHUALAM

Semoga Allah memberi hidayah dan taufik serta kefahaman dan hikmah di dalam setiap nafas kehidupan kita , AMEEN

ALLAHUMMA SALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA BARRIK WA SALLIM
ALLAH HU ALLAH 



No comments:

Post a Comment