RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Saturday, November 11, 2017

INDAHNYA UJIAN



Salam Kasih Sayang serta Ukhwah Fillah , Salawat serta Salam buat Habibullah Rasulullah SAW,
Alhamdulillah setelah hampir setahun tidak menulis digerakkan oleh Allah atas Rahmat dan Kasih Sayang setelah menerima sedikit bekalan untuk meneruskan perjalanan ini .

Dalam menghadapi pelbagai ujian yang mendatang di dalam kehidupan di atas dunia ini,setiap ujian akan membawa kita kepada dua jalan , iaitu jalan mendekatkan diri kepada Allah atau sebaliknya.

Bagaimana cara kita melihat dan menghadapi masalah yang mendatang dari segenap penjuru hidup ?

BAGAIMANA MENGUNDANG KASIH SAYANG , SERTA REDHA ALLAH ? 

Bagaimana kita mahu melihat bantuan ALLAH di dalam setiap ujian itu ?

Pernahkah kita terfikir apa kehendak ALLAH dari kita , melalui ujian ini ,

Ingatlah para sahabat,  intipati dari ujian ini ada tiga , Mari kita renungi setiap intipati ini agar kta dapat memahami hikmah di sebalik setiap ujian

Yang pertama SABAR
Allah sebutkan banyak perkara tentang sabar di dalam quran ,ditambah denga hadith dari Rasulullah SAW, serta kalam para awlia serta arifin

Satu ayat dari ALLAH dengan penuh kasih sayang

'WAHAI HAMBAKU YANG BERIMAN , MINTALAH PERTOLONGAN DENGAN SABAR DAN SOLAT,SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN MEREKA YANG SABAR' AL BAQARAH 153

Indah sungguh kalam di atas , betapa hampirnya ALLAH dalam setiap ujian ,sekiranya kita bersabar.
Berkata Sang Sufi sekiranya Allah ingin menghampiri dan menyayangi hambaNYA itu , maka dikirimkan ujian kerana disebalik setiap ujian itu Allah jualah yang meletakkan sifatNYA iaitu SABAR dan dikirimkan jua jalan keluar dari permasalahan itu .
Sebagaimana Hadith Rasulullah SAW
'TIAP TIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA ' Riwayat Muslim dan Ahmad.

Yang kedua SYUKUR
Cuba kita lihat apa ALLAH bisikkan kepada kita

'MAKA JIKA KAMU BERSYUKUR AKU AKAN TAMBAHI NIKMAT KE ATAS KAMU TETAPI SEKIRANYA KAMU KUFUR MAKA SESUNGGUHNYA AZABKU AMAT PEDIH' SURAH IBRAHIM 7

Maka berterima kasihlah di atas ujian ALLAH itu, kerana Allah akan menurunkan nikmat dan rahmat berupa jalan keluar serta kehampiran (qurub) denganNYA.

Yang ketiga 'REDHA'
Lihat betapa indahnya ayat ini

'WAHAI JIWA YANG TENANG , AYUH KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DALAM KEADAAAN REDHA LAGI DIREDHAI ,
MASUKLAH DI KALANGAN HAMBA HAMBAKU DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGAKU AL FAJR 27-30

ALLAH HU ALLAH ,bergetar jiwa apabila mendengar kalam di atas, alangkah bertuahnya jika kita dipilih dan dijemput,

Redha ini dalam bahasa mudah menerima atau pasrah atas ujian dan ketentuan ALLAH ke atas kita,

Apabila kita masukkan ketiga elemen di atas dan kita adunkan bersama setiap ujian yang mendatang , maka fahamlah kita sesungguhnya intipati dari sebuah ujian itu adalah penuh dengan RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH.

Berdoalah agar ALLAH kurniakan TAUFIK DAN HIDAYAH SERTA 'WISDOM' ATAU HIKMAH UNTUK MEMAHAMI SETIAP SESUATU. AMEEN

ALLAHUMMA SALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA BARRI WA SALLIM
ALLAH HU ALLAH







2 comments:

  1. Alhamdullilah... Perkongsian yg baik ... Takde button follower ke?

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah.. Perkongsian yh baik... Takde button follower ke?

    ReplyDelete