RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Monday, May 6, 2024

SANTAPAN ROHANI -ZIKRULLAH

 


Salam kasih sayang, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Barrik Wa Sallim

Alhamduliilah , segala puji dan syukur milik Allah dan atas Rahmat serta Kasih SayangNYA , diberikan Iradah untuk sedikit catatan serta nasihat bersama.

Sudah menjadi lumrah manusia, sentiasa menyibukkan diri dengan penampilan zahir ,Sibuk juga dengan kecantikan serta kesihatan zahir sehingga tidak mengambil endah pakaian serta makanan bathin mereka yang jauh lebih penting.

Ramai menghabiskan masa di gym , bersenam , jogging  untuk membina kekuatan fizikal atau zahir ,sehingga lupa tentang keperluan riadah untuk jiwa , juga menghabiskan ribuan ringgit untuk produk - produk kesihatan sehingga alpa dengan kesihatan jiwa , akal atau mental health juga. Bukannya salah, tetapi mereka terlepas pandang akan kepentingan kesihatan jiwa dan minda serta memilih priority atau keutamaan yangsalah.
Sebagaimana kita sibuk menjaga makanan serta diet serta memberi keutamaan atau priority kepada tubuh badan ini, kita juga mempunyai tanggungjawab  dengan bahagian atau part yang membentuk diri iaitu jiwa atau nafs, akal  atau mind , serta hati atau heart. Hati yang sihat bisa membentuk jiwa serta minda yang sihat dan secara tidak langsung jua membentuk badan atau tubuh yang sihat.

Alhamdulillah , Allah yang mencipta kita , Allah juga lebih tahu atau arif tentang diri kita luar dan dalam atau zahir dan bathin kita. Maka DIA yang mencipta kita , DIA juga memberikan manual berbentuk Al Quran serta Hadith dari Rasulullah SAW serta doktor atau tabib bagi merawat jiwa , hati serta minda sebegaimana doktor untuk kesihatan jasad kita.
Setiap bahagian mempunyai doktor pakar yang tersendiri. Mempunyai ilmu serta amalan yang tersendiri. Subhanallah , Maha Suci Allah yang tidak pernah meninggalkan serta lupakan hambaNYA.

Kita mulakan dengan salah satu komponen atau ubat yang paling penting dalam rawatan spiritual iaitu zikrullah. Amalan orang orang soleh serta awliya Allah serta mereka yang sangat hampir dengan Allah. Secara umumnya intipati bagi setiap  ibadah khusus dan am itu merupakan zikrullah , alat untuk mengingatkan serta menyambungkan hati kita kepada Allah , setiap amalan yang diajarkan kepada kita melalui Rasulullah SAW mempunyai rawatan serta ubat yang tersendiri untuk jiwa , minda serta hati , tidak kurang juga untuk kesihatan tubuh badan kita. Cuma kita terlepas pandang akan rahsia rahsia ini kerana setiap ibadah serta amalan yang kita lakukan hanya sebagai adat serta rutin harian yang tidak menghidupkan jiwa, hati dan minda. Maka ibadah serta amalan menjadi berat atau beban kerana mengikut hawa nafsu bukan kerana Allah .

Di bawah ini si fakir sertakan sedikit ayat ayat cinta dari Allah serta Rasulullah SAW sebagai rujukan dan nasihat serta mesej untuk kita .

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah , hati menjadi tenteram"
(Surah Ar - Ra'ad 28)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad , ayat di atas ini merupakan akar atau essence dan kata kuncinya ketenangan . Kalau kita lihat kebanyakkan masalah yang datang samada secara fizikal dan gangguan jin atau syaitan atau sihir yang menyerang seseorang itu apabila hati tidak tenang , stress , sibuk dengan fikiran fikiran yang meletihkan . Apabila tidak ada ketenangan maka mudahlah apa yang ada disekeliling menyerang serta melemahkan kita . Selain dari itu apabila hati kita tenang maka perjalanan darah serta oksigen di dalam badan juga tenang. Ini memberi kesan atau impak dengan kesihatan tubuh badan serta minda . 
Sebagaimana Hadith dari Rasulullah SAW 
'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging .Jika sekiranya daging itu baik ,maka baiklah seluruh tubuh badannya.Namun seandainya daging itu rosak, maka rosak seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati " (Riwayat Bukhari)
Kalau direnungkan hadith di atas , hati merupakan pusat atau center bagi zahir dan bathin diri. Kalau baik pusat, maka baiklah keadaan sekelilingnya

"Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Ar Rahman , kami akan adakan baginya syaitan , maka dialah teman yang sering menyertainya(Qarin) . 
(Surah Az Zukhruf :36)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad . ayat di atas kalau kena renungi , kata kunci Zikr Ar Rahman , Allah tidak menggunakan kata Zikrullah tetapi mengingati kasih sayang Allah ,sifat Ar Rahman , dan diikuti dengan syaitan menjadi qarin atau teman.  Ayat ini sangat penting bagi mereka yang sentiasa diganggu oleh jin atau manusia. Syaitan juga merupakan hasutan manusia serta jin , manusia yang bertopengkan syaitan juga, jin yang bertopengkan syaitan  . Maka zikir atau ingatan serta fokus tentang sifat kasih sayang Allah secara universal, adalah salah satu kunci untuk merawat gangguan jin ,sihir dan masalah lain.

Salah satu ikhtiar yang sangat mustahak dalam sesi rawatan ini adalah berzikir secara berterusan dan istiqamah dalam memohon kasih sayang, pertolongan , perlindungan serta naungan ALLAH SWT dalam setiap masalah ,setiap waktu dan setiap keadaan.

Semoga amalan ini menjadi sebahagian dari diri dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Ameen

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barik Wa Sallim 
ALLAH HU ALLAH