RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Monday, May 6, 2024

SANTAPAN ROHANI -ZIKRULLAH

 


Salam kasih sayang, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Barrik Wa Sallim

Alhamduliilah , segala puji dan syukur milik Allah dan atas Rahmat serta Kasih SayangNYA , diberikan Iradah untuk sedikit catatan serta nasihat bersama.

Sudah menjadi lumrah manusia, sentiasa menyibukkan diri dengan penampilan zahir ,Sibuk juga dengan kecantikan serta kesihatan zahir sehingga tidak mengambil endah pakaian serta makanan bathin mereka yang jauh lebih penting.

Ramai menghabiskan masa di gym , bersenam , jogging  untuk membina kekuatan fizikal atau zahir ,sehingga lupa tentang keperluan riadah untuk jiwa , juga menghabiskan ribuan ringgit untuk produk - produk kesihatan sehingga alpa dengan kesihatan jiwa , akal atau mental health juga. Bukannya salah, tetapi mereka terlepas pandang akan kepentingan kesihatan jiwa dan minda serta memilih priority atau keutamaan yangsalah.
Sebagaimana kita sibuk menjaga makanan serta diet serta memberi keutamaan atau priority kepada tubuh badan ini, kita juga mempunyai tanggungjawab  dengan bahagian atau part yang membentuk diri iaitu jiwa atau nafs, akal  atau mind , serta hati atau heart. Hati yang sihat bisa membentuk jiwa serta minda yang sihat dan secara tidak langsung jua membentuk badan atau tubuh yang sihat.

Alhamdulillah , Allah yang mencipta kita , Allah juga lebih tahu atau arif tentang diri kita luar dan dalam atau zahir dan bathin kita. Maka DIA yang mencipta kita , DIA juga memberikan manual berbentuk Al Quran serta Hadith dari Rasulullah SAW serta doktor atau tabib bagi merawat jiwa , hati serta minda sebegaimana doktor untuk kesihatan jasad kita.
Setiap bahagian mempunyai doktor pakar yang tersendiri. Mempunyai ilmu serta amalan yang tersendiri. Subhanallah , Maha Suci Allah yang tidak pernah meninggalkan serta lupakan hambaNYA.

Kita mulakan dengan salah satu komponen atau ubat yang paling penting dalam rawatan spiritual iaitu zikrullah. Amalan orang orang soleh serta awliya Allah serta mereka yang sangat hampir dengan Allah. Secara umumnya intipati bagi setiap  ibadah khusus dan am itu merupakan zikrullah , alat untuk mengingatkan serta menyambungkan hati kita kepada Allah , setiap amalan yang diajarkan kepada kita melalui Rasulullah SAW mempunyai rawatan serta ubat yang tersendiri untuk jiwa , minda serta hati , tidak kurang juga untuk kesihatan tubuh badan kita. Cuma kita terlepas pandang akan rahsia rahsia ini kerana setiap ibadah serta amalan yang kita lakukan hanya sebagai adat serta rutin harian yang tidak menghidupkan jiwa, hati dan minda. Maka ibadah serta amalan menjadi berat atau beban kerana mengikut hawa nafsu bukan kerana Allah .

Di bawah ini si fakir sertakan sedikit ayat ayat cinta dari Allah serta Rasulullah SAW sebagai rujukan dan nasihat serta mesej untuk kita .

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah , hati menjadi tenteram"
(Surah Ar - Ra'ad 28)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad , ayat di atas ini merupakan akar atau essence dan kata kuncinya ketenangan . Kalau kita lihat kebanyakkan masalah yang datang samada secara fizikal dan gangguan jin atau syaitan atau sihir yang menyerang seseorang itu apabila hati tidak tenang , stress , sibuk dengan fikiran fikiran yang meletihkan . Apabila tidak ada ketenangan maka mudahlah apa yang ada disekeliling menyerang serta melemahkan kita . Selain dari itu apabila hati kita tenang maka perjalanan darah serta oksigen di dalam badan juga tenang. Ini memberi kesan atau impak dengan kesihatan tubuh badan serta minda . 
Sebagaimana Hadith dari Rasulullah SAW 
'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging .Jika sekiranya daging itu baik ,maka baiklah seluruh tubuh badannya.Namun seandainya daging itu rosak, maka rosak seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati " (Riwayat Bukhari)
Kalau direnungkan hadith di atas , hati merupakan pusat atau center bagi zahir dan bathin diri. Kalau baik pusat, maka baiklah keadaan sekelilingnya

"Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Ar Rahman , kami akan adakan baginya syaitan , maka dialah teman yang sering menyertainya(Qarin) . 
(Surah Az Zukhruf :36)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad . ayat di atas kalau kena renungi , kata kunci Zikr Ar Rahman , Allah tidak menggunakan kata Zikrullah tetapi mengingati kasih sayang Allah ,sifat Ar Rahman , dan diikuti dengan syaitan menjadi qarin atau teman.  Ayat ini sangat penting bagi mereka yang sentiasa diganggu oleh jin atau manusia. Syaitan juga merupakan hasutan manusia serta jin , manusia yang bertopengkan syaitan juga, jin yang bertopengkan syaitan  . Maka zikir atau ingatan serta fokus tentang sifat kasih sayang Allah secara universal, adalah salah satu kunci untuk merawat gangguan jin ,sihir dan masalah lain.

Salah satu ikhtiar yang sangat mustahak dalam sesi rawatan ini adalah berzikir secara berterusan dan istiqamah dalam memohon kasih sayang, pertolongan , perlindungan serta naungan ALLAH SWT dalam setiap masalah ,setiap waktu dan setiap keadaan.

Semoga amalan ini menjadi sebahagian dari diri dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Ameen

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barik Wa Sallim 
ALLAH HU ALLAH 
  









Tuesday, January 19, 2021

HIKMAH UJIAN




Salam kasih sayang , Allahumma Salli A'la Sayyidina Muhammad Wa Barrik Wa Sallim

Alhamdulillah atas segala nikmah serta kasih sayangNya, diberikan iradah oleh Allah untuk sedikit catatan yang boleh dikongsikan dan direnungkan bersama.

Kasih Sayang dan Rahmat serta Cinta Allah terhadap kita amat luar biasa .Cuma manusia biasa tidak bisa memahami isyarah atau 'sign' atau mesej atau tanda dari Allah .Tanda cinta Allah kepada kita ialah ujian. Ujian itulah tanda kita berada dalam wilayah iman, wilayah cinta , wilayah kasih sayang. 

Bertanya seorang sahabatku pada Syeikh Feras Salou RA "Bagaimana Syeikh untuk aku tahu samada sesuatu ujian itu  satu rahmat atau azab dari Allah ?
Maka jawab Syeikh RA" Apabila Allah mengujimu , perhatikan hatimu , sekiranya ia semakin hampir dengan Allah maka itu rahmah tetapi sekiranya ia semakin jauh dari Allah maka ia satu azab"
Maka kadang kadang kita lupa hidup ini sendiri merupakan satu ujian . Satu sekolah untuk kita belajar dan mengenal Allah SWT , Rabb kita .
 Kebanyakkan manusia menyangka sakit, susah, kehilangan, kematian , miskin , kehancuran (broken) itu ujian Allah , tapi ramai lupa bahawasanya hidup. kaya, senang, sihat, gembira, waktu lapang , keamanan , serta usia muda  juga merupakan ujian yang jauh lebih besar. Maka manusia mula lupa , lalai , tidur, comfort zone atau duduk atau hidup di lingkungan selesa hidup di dunia ini dan mula ambil mudah (taking everythinng for granted) semua nikmat Allah. Maka kebanyakkan mereka sibuk dengan nikmat Allah sehingga lupa pada Allah.Sibuk menggunakan nikmat Allah sambil meninggalkan Allah dari kehidupan mereka .Maka manusia mula melupakan Allah, meninggalkan Allah , jauh dari Allah dan tidak kenal akan Allah sebagai Rabb iaitu Pencipta dan Pentadbir sekalian manusia serta sekalian alam ini.Walaupun mereka beribadat, menyembah Allah , tapi mereka lupa akan Allah, tidak kenal Allah, lalai dari mengingati Allah .

Maka Rahmat serta kasih sayang Allah menurunkan ujian kepada manusia , untuk menggoncang sistem kehidupan manusia , menyedarkan manusia , mengejutkan manusia dari tidur  atau lamunan, dari kelalaian kepada kesedaran , agar menyedari "purpose of life" atau tujuan hidup dan makna kehidupan yang sebenar , sepertimana dikehendaki Allah SWT, "back to basic" atau kembali kepada asal atau fitrah.

Maka ujian merupakan Rahmah Allah , bagi kekasih kekasih Allah merupakan tanda cinta Allah kepada mereka , mereka merasakan apabila diuji "gaze of BELOVED" tumpuan dan pandangan Allah jatuh kepada mereka, Mereka bergembira dengan warkah cinta dari Sang Kekasih .Bagi mereka ujian itu merupakan tetamu Allah yang hadir. Membawa seribu Rahmah , membersihkan serta menyucikan zahir dan bathin mereka . Mari kita lihat satu kisah cinta dari Rasulullah SAW

' Ada seorang sahabah suka membawa tetamu ke rumah tetapi isteri beliau pula sering mengadu apabila datang tetamu ke rumahnya serta menunjukkan sifat tidak senang terhadap tetamu itu. Maka sahabah itu mengadu kepada Rasulullah SAW akan hal itu ,lalu Rasulullah SAW bilang " katakan kepada isterimu hari ini Rasulullah SAW serta beberapa sahabahku akan mengunjungi rumahmu" dan Rasulullah SAW juga berpesan kepada sahabah itu "katakan jua kepada isterimu perhatikan aku serta sahabatku saat aku keluar nanti" 
Apabila saat Rasulullah SAW dan para sahabah keluar untuk pulang, lalu sang isteri memerhatikan  terdapat ular dan kala jengking yang begitu banyak . Lalu hal ini ditanyakan kepada Rasulallah SAW,
Baginda SAW berkata "saat kedatangan tetamu ke rumahmu mereka membawa banyak karunia dan saat mereka mereka pergi , mereka membawa keluar pelbagai bencana"
Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barik Wa Sallim

Alhamdulillah apabila kita menyambut ujian umpama kita menyambut tetamu , ke rumah qalbu atau hati (heart) maka ujian itu membawa ribuan hikmah dan kurnia Allah, juga membawa ribuan bencana serta musibah keluar dari hati kita , membersihkan dan menyucikan jiwa serta hati . 

Cuma persoalan bagaimana harus kita menyambut tetamu itu atau bagaimana harus kita mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian yang datang dan mendatang.

Jawapannya secara umum boleh dibahagikan kepada beberapa perkara ,
1     Menyedari (awareness and consciousness) dan meyakini setiap ujian itu dari Allah dan kembali kepada Allah sepertimana dalam ayat quran "iaitu orang orang apabila mereka ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
Al Baqarah 156
dan cuba perhati betul betul ayat yang berikutnya " Mereka itulah orang orang yang (menerima) kebaikan /pujian /salawat dari Tuhan mereka serta rahmatNYA, dan mereka itulah orang orang yang memperoleh hidayahNYA" Al Baqarah 157
Mereka dipuji oleh Allah serta memperoleh kasih sayang dari Allah , juga menerima petunjuk Allah .

2    Bersangka baik dengan semua takdir serta ujian Allah , sentiasa berzikir , tafakur (meditate) muhasabah diri .

3    Menyerahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah dan setiap  ujian dan takdir yang datang itu kembali kepada Allah dan  segalanya di dalam kuasa serta penguasaan serta pengawasan Allah dan bergantung sepenuh pada Allah

3    Bersabar dengan ketentuan atau ujian atau takdir yang singgah dan sentiasa mengharapkan kasih sayang dari Allah

4.    Sentiasa berdoa kerana doa mereka yang diuji itu sememangnya diterima Allah dan mereka yang sentiasa Allah uji itu adalah mereka yang sangat hampir dengan Allah , cuma nasihat si fakir ini berdoalah atau mintalah akan Allah dan Rasulullah SAW serta keredhaanNYA serta Kasih SayangNYA , jua seperti pesanan Sayyidina Muhiyudeen Ibnu Arabi RA mintalah kepada Allah akan CintaNYA dan keinginan untuk mencintaiNYA (desire to love Allah) .

5.    Redha akan ketentuan Allah kerana rahsia penerimaanmu serta redhamu akan Allah, bergantung kepada keredhaan serta penerimaanmu akan ketentuanNYA terhadapmu. Itu salah satu tunjang rukun iman yang ke 6.

6.    Sentiasa memuji Allah dalam setiap keadaan dan sentiasa bersyukur setiap masa kerana di dalam takdir yang datang kepadamu mengandungi rahsiaNYA , SifatNYA , AfaalNYA atau Perbuatan serta AsmaNYA digaris takdirmu , mudah mudahan engkau bisa mengenali Allah serta mencintaiNya di dalam kehidupanmu di dunia ini dan memudahkan perjalananmu untuk bertemu denganNYA kelak.

Alhamdulillah semoga sedikit catatan dan nasihat untuk diri sendiri memberi manafaat seizinNYA dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah serta cinta Rasulullah SAW dicurahkan ke atas kita Ameen

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barrik Wa Sallim
Allah Hu Allah









Sunday, October 16, 2016

AL FATIHAH TUAN GURU DR HARUN DIN







Alhamdulillah Ala Kulli Hal

ALLAHUMMA SALLI ALA SAYYIDINA WA HABIBINA WA SYAFIINA WA MAULANA MUHAMMAD WA ALA ALIHI SAYYIIDINA MUHAMMAD WA BARIK WASALIM

Segala puji dan puja hanya milik Allah , Salawat dan Salam kasih sayang dan cinta kepada penghulu dan kekasih Sayidina Muhammad SAW

Setelah lama tidak mengemaskini blog ,diberikan kudrat oleh Sang Maha Pencinta untuk meneruskan khidmat kepada umat Baginda SAW melalui tulisan dan rawatan .

Baru baru ini kita kehilangan salah seorang tokoh ulamak dan guru hamba yang dicintai Tuan Guru Uztaz Harun Din RA . Beliau merupakan pengasas Darul Syifa dan perintis dalam rawatan Islam di Malaysia ini .

Hamba sempat belajar dengan TG di Darul Syifa Bangi sesi 2007/2008 kumpalan ke 20. Banyak pengalaman menarik sepanjang hamba belajar dengan beliau walaupun hamba ini tidak bersama Darul Syifa lagi. Salah satu sebab hamba digerakkan dalam bidang rawatan dan Darul Syifa oleh Allah ialah kecintaan dan hormat hamba kepada beliau.
Banyak pengalaman dan ilmu yang diberikan Allah melalui TG sepanjang hamba di sana , antaranya hukum hakam berkenaan kes sumpah , liwat , zina , kerana waktu itu negara dikejutkan dengan kes Altantuya , Kes sumpah Saiful dengan Datuk Sei Anwar Ibrahim ,
Tahun itu juga merupakan ujian untuk keluarga TG kerana masalah jantung kepada anak TG, Dr Huda ketIka mereka menunaikan umrah sekeluarga.

Sepanjang pengajian , banyak yang hamba belajar dari TG, antaranya TG berkhidmat dan merawat pesakit tanpa mengira bangsa, agama  serta pegangan politik, juga sifart TG yang lembut tetapi tegas

Perkara yang paling hamba takkan lupakan ialah ketika majlis pengijzahan,Hamba ketika itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan, tidak membawa sebarang hadiah yang ditetapkan oleh Darul Syifa sebagai tradsi . Hamba dengan penuh rendah diri berkata kepada TG ketika besalaman " Uztaz , saya hadiahkan diri ini untuk berkhidmat kepada masyarakat ." TG dengan senyum menjawab "Saya terima " sambil memegang dada hamba.

Alhamdulillah berkat doa serta restu TG , hamba masih diberikan kudrat oleh ALLAH terus istiqamah dalam bidang rawatan serta dakwah ini.

Ramai yang tidak menyukai beliau ,kerana ketegasan serta prbezaan politik, tetapi mereka tidak kenal secara peribadi serta hanya dengan pra sangka pra sangka .

Allah lebih menyayangi beliau , dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu dan masalah jantung, beliau tetap meneruskan dakwah serta merawat pesakit yang datang ke Darul Syifa walaupun kelihatan letih sejak 5 tahun kebelakangan ini . ALLAH memberikan kerehatan kepada beliau di tempat yang sangat jauh di Calofornia,US  di mana jasad beliau dikebuikan . Walaupun jasad TG jauh tapi TG tetap dihati.

Khidmat dan jasa TG tetap ALLAH pandang , dan khidmat Yng hamba berikn kepada pesakit sekarang ini adalah dari barakah doa TG.

Semoga ALLAH mengampunkan dosa dosa beliau sera kumpulkan beliau serta hamba yang hina ini bersama Rasulullah SAW juga para awliya sera syuhada, AMEEN

AL FATIHAH



Friday, April 11, 2014

RAWATAN DI HOTEL 2






Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal,  Bismillahi Masya Allah La Quwata Illa Billah ,

Allahumma Salli A'la Sayyidina Wa Maulana Myhammad Wa "ala Alihi Wasahbihi Ajma'in.

Puji & Syukur Milik Allah Yang Maha Sempurna , serta Salaway & Salam buat Rasul Junjungan SAW.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membuat rawatan di sebuah hotel bertaraf 4* di Kuala Lumpur baru-baru ini . Pegawai menyatakan tetamu dirasuk ketika di ballroom & ramai staf yang menemui entiti yang menakutkan di hotel tersebut.. Pihak hotel meminta ana menangkap jin2 yang menggangu disamping mengadakan doa selamat serta bacaan Yasin . Ana setuju dengan cadangan pihak hotel & meminta sedikit  masa sekurang-kurangnya 3 hari untuk proses 'cleansing' tersebut.

Rawatan dimulakan pada hari Isnin & berakhir pada hari Rabu, Alhamdulillah gangguan2 tersebut dapat dibersihkan dengan kudrat yang dipinjamkan oleh Allah.

Apa yang menarik terdapat unsur2 sihir dikalangan pihak pengurusan yang rakus & gila 'pangkat', Alhamduillah berjaya dirungkaikan & dapat memperkenalkan kehebatan rawatan Islam & kehebatan Islam itu sendiri kepada [ihak pengurusan yang rata2nya non-muslim . Semoga diberikan hidayah ,
Ameen Ya Rabb.

Sempat juga mengimami bacaan Yasin, Zikir & Doa Selamat serta yang paling penting , Tazkirah & Dakwah .
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan keletihan &  kurang sihat & yang menarik juga ana minta untuk bermalam disebuah bilik pengurusan yang agak 'berhantu' kata pegawai tersebut, ramai yang bermasalah untuk tidor di bilik itu , Alhamdulillah dengan harapan & tawakal kepada Allah , ana bermalam di bilik itu , Alhamdulillah selepas membersihkan bilik itu yang mempunyai gangguan serta sihir , ana tidur di bilik itu walaupun agak gementar ' ana pun tak berani juga' .

Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel serta staff yang banyak membantu serta memberi kerjasama di dalam rawatan kali ini.

Wallahu'alam Semoga di dalam rahmat Allah selalu


Monday, November 25, 2013

RAWATAN DI KUANTAN, PEKAN & SEWAKTU DENGANNYA 7/12/2013-9/12/2013



Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Bismillahi Masya Allah , Salawat seta salam buat Penghulu & Kekasih kami Rasulullah SAW .

Insya Allah ana akan ke Kuantan, Pekan & kawana yang sewaktu dengannya  sekali lagi pada 7/12/2013 - 9/12/2013 di atas permintaan pesakit , juga sempena lawatan Guru Mulia Habib Umar Bin Hafiz di Kuantan .

Insya Allah kepada pesakit yang memerlukan rawatan boleh menghubungi ana di talian 017-3887071 / 019-3034542 .

Bayaran serta hadiah boleh dirundingkan , jika anda tidak mampu , berterus teranglah dengan ana , Insya Allah ana faham keadaan anda,  tidak  menjadi keberatan & masalah di pihak ana untuk membantu anda .

Wallahu'alam ,  bil barkatil Sayyidina Muhammad SAW 

Monday, October 21, 2013

RAWATAN DI KUANTAN, PEKAN DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA




Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Bismillahi Masya Allah , Shalawat serta salam rindu buat Rasulullah SAW.

Insya Allah ana akan ke Kuantan , Pekan & Pantai Timur pada 2/11/2013 sehingga 4/11/2013 iaitu hari Sabtu hingga hari Isnin minggu depan , Insya Allah  sekiranya rakan - rakan atau pembaca yang memerlukan rawatan untuk penyakit fizikal atau sihir/gangguan , atau lain - lain masalah boleh  
menghubungi ana di talian 017-3887071 atau 019-3034542 

Insya Allah kita  akan berjumpa di sana .

Wallahu'alam , bilbarkatil  Sayidina Muhammad SAW

Lama Tak Bersua





Alhamdulillah "Ala Kulli Hal , Bismillahi Masya Allah,

Puji & Syukur hanya milik Allah Rabbul Izzah, Shalawat serta Salam buat Penghulu serta Kekasih hati Rasullullah SAW,

Pujian tiada terhingga untuk Allah di atas kasih sayang,masih diberi ruang , waktu & kesempatan untuk meneruskan perkongsian pengembaraan blog ini. Ujian yang menimpa membuatkan diri ini tidak berdaya selain hanya berserah kepadaNya , ternyata diri ini terlalu lemah & hina serta kerdil , kurang sabar dengan ujian , cuma mampu meminta kepadaNya untuk menjadi hamba yang sabar, redha. & bersyukur.

Selalunya ana sering memberikan 'lecture' atau bebelan atau nasihat yang sama kepada pesakit , kali ini kena batang hidung sendiri :) , tapi Insya Allah kesudahan yang baik untuk hamba2 yang yakin dengan diberikan jalan keluar oleh Maha Pencinta .

Hidup ini tidak lain hanya ujian hingga kita berpindah ke alam lain, yang menjadi masalah besar ialah sekiranya  jika kita tidak diuji , hidup tanpa sebarang masalah , ini yang harus dirungsingkan oleh kita , takut kita tidak mendapat perhatian Allah , Na'uzubillah

Sudah hampir 3 bulan , komputer dah rosak , innalillah , diikuti oleh h/p yang boleh mengakses internet 1 bulan , & sebiji lagi h/p masih di kedai , rosak , hampir 3 h/p semuanya rosak ,
sampai nombor ana 016-6900431 sudah tidak dapat digunakan lagi , yang tinggal 2 nombor lagi .

Hampir 4 bulan ana tidak  dapat update blog ini walaupun rasanya banyak lagi pengalaman yang ingin dikongsi bersama . Alhamdulillah baru 3 hari lepas Allah mudahkan ana membeli komputer second hand yang murah, janji boleh digunakkan  dijalan Allah , cukuplah tu , Wasykurillah

Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada para pembaca dengan Keberkatan Rasulullah SAW.

Wallahu'alam

Thursday, May 16, 2013

PEMBERSIHAN & PEMAGARAN BANGUNAN DI SUBANG



Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Segala Pujian & Syukur milik Sang Maha Pengasih & Maha Penyayang,
Salam rindu & salawat ke atas Sayyidina Mustafa SAW , berkat kegigihan & kasih sayang Baginda SAW terhadap umat Baginda (kita)  serta taufik & hidayah dari Rabbul Jalil , kita diamanahkan & dihadiahkan dengan Islam.

Alhandulillah masih diberi ruang & peluang oleh Pemilik jiwa ini,  untuk berkongsi sedikit catatan & pengalaman bersama pembaca di blog ini.

Ana sekeluarga diuji dengan demam panas & lain2 masalah (susulan dari rawatan) sejak sebulan lepas , bermula dari putri ana (2 minggu) , putra ana (2 minggu) , zaujah (2 minggu) & ana. Alhamdulillah , Allah bagi kesembuhan kepada kami sekeluarga.

Dalam bulan lepas ana terima panggilan dari seorang pengurus bangunan sebuah syarikat korporat di Subang . Syarikat ini sudah lama beroperasi dalam bidang IT di Malaysia. Ana pun pernah hadiri temuduga untuk jawatan Akaun di syarikat itu tahun 95 tak silap ana , masa muda dulu :) .

Bangunan 15 tingkat di Subang  itu mengalami gangguan, antaranya  staf bertemu dengan makhluk halus yang menjelmakan diri, cawan jatuh sendiri, karpet di luar bilik air bertukar posisi , menyebabkan staf syarikat tidak selesa untuk bekerja.

Ana bertemu pengurus berkenan & bersetuju untuk membantu mereka biiznillah. Cuma perbincangan hamba lebih tertumpu untuk kepastian samada untuk diadakan majlis solat & zikir bersama staf , serta berkongsi ilmu rawatan dengan staf seperti di HOTEL tempohari. Pihak pengurusan bangunan yang terlibat di dalam proses pembersihan kali ini mencadangkan agar rancangan ini dilakukan secara tertutup tanpa pengetahuan staf2 lain.

Alhamdulillah selepas bersetuju , kami tetapkan tarikh 2 hari selepas pertemuan pertama iaitu hari rabu .
Ana memulakan taklimat rawatan & perkongsian ilmu benteng (pagar), pembersihan(cleansing) diri & bangunan dengan 6 staf yang bertangungjawab menjaga hal ehwal bangunan .Pesanan paling penting yang ana cuba terapkan iaitu pergantungan , harapan , ketakutan hanya pada Allah Azza Wa Jalla serta memperbaiki hubungan kita dengan Allah setiap masa. Ana yakin Allah pertemukan kami dengan sebab & bukan sia2, yang paling penting pesanan dakwah.

Alhamdulillah kami mulakan operasi selepas solat magrib. Jangkaan awal ana biasanya syarikat korporat sebegini tiada masalah sihir & yang duduk tumpang di bangunan tinggi biasanya jin2 yang travel & jin2 yang berkampung lama di bangunan itu. Operasi untuk membersihkan bangunan 15 tingkat ini ana jangkakan mengambil masa 3/4 jam.

Jangkaan ana meleset , banyak jug unsur sihir hampir di setiap tingkat bangunan itu. Alhamdulillah ana ditemani 6/7 orang staf ,memulakan operasi pembersihan di setiap tingkat , Mereka juga penuh dedikasi membantu ana walaupun mereka bekerja pada pagi keesokkan harinya .

Alahamdulillah , Allah memudahkan urusan ana yang lemah ini, operasi berjalan dengan lancar, disamping membersihkan setiap tingkat dari unsur2 negatif , kami juga menabur sedikit garam & lada hitam yang telah dirukyah awal , sebagai syarat disetiap tingkat serta di luar bangunan.. Apa yang menarik, sebelum ini bangunan itu juga pernah dipagar & diletakkan wang syiling 1 sen di setiap pintu masuk setiap tingkat. Pada pandangan bathin ada 'penjaga' pada setiap tingkat , mungkin itu sebagai syarat kenapa sahabat itu meletakkan duit syiling lama 1 sen & jin2 bodyguard yang diletakkan semua kontot2  dengan rupa yang pelik & melucukan , Wallahu'alam.

Operasi  memakan masa hampir 6 1/2 jam , berakhir jam 2 pagi.  Penatnya & sakit pinggang hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah , Allah memudahkan urusan ana yang lemah & memberi kekuatan kepada ana yang ketika itu tengah demam. Lahaulawala Quwata ila billah

Ana sudahi operasi tersebut dengan memagar bangunan tersebut & bertemu semula staf & pengurus pada hari isnin minggu berikutnya .
Ana serahkan amanah menjaga bangunan tersebut kepada pengurus serta 2 staf yang ana telah beri taklimat sebelum ini

Soalan cepumas dari pengurusan " berapa lama pagar ini tahan?"
Jawapan ringkas ana "selagi kita bergantung penuh & berpegang teguh hanya Allah sebaik2 Pemelihara"
Kita serahkan bangunan itu kepada Allah , Ya Hafidz . Maha Pemelihara. Kita serahkan urusan keselamatan kepada pegawai keselamatan , ditambah dengan CCTV yang canggih, tapi masih tak selamat, tapi kita lupa untuk serahkan urusan kita kepada Pencipta kita Yang Maha Bijaksana & Yang Maha Pemelihara, yang sentiasa memerhatikan kita serta tidak tidur & mengantuk.

Allahu Allah, ana berikan amalan ayatul qursi serta  surah al- falaq & an-nas serta salawat sebagai doa & ikhtiar untuk diamalkan berterusan, Insya Allah akan selamat dunia & akhirat.
"Ya Allah , kau peliharalah bangunan tersebut , dengan keberkatan Sayyidina Muhamad SAW" Amin

Kesimpulan, di zaman serba moden serta canggih ini , sihir masih & terus diamalkan , tidak kira kedai makan yang kecil di tepi jalan sehingga syarikat korporat yang bangunannya berdiri gah mencakar langit.
Ada juga segelintir kaum Cina yang mengamalkan sihir, motif . Wallahu'alam , selagi ada hasat & tamak selagi itulah ada 'penyakit' ini.

Ya Allah ,lindungilah kami dari kejahatan sihir serta kejahatan makhluk ciptaan Mu, Amin

Wallahu'alam,

Tuesday, April 30, 2013

NOMBOR TERBARU DARUL IKHTIAR




Alhamdulillah A'la Kulli Haal , Puji & Syukur hanya milik Allah A'zza Wa Jalla , Salawat serta salam Kasih Sayang & Kerinduan buat Penghulu kami Sayyidina Mushtafa SAW.

Ana ingin memaklumkan kepada pembaca yang dikasihi , Darul Ikhtiar menggunakan khidmat Celcom sebagai nombor yang ketiga disamping mengekalkan 2 nombor yang lama.

Ini kerana di Puncak Alam talian celcom paling terang berbanding dgn nombor yang lain . Kadang - kadang terpaksa ke dapur atau bilik atas untuk mendapatkan talian , ini tak termasuk jika hujan ke ribut ke, langsung takde talian.

Nombor Terbaru : 019-3034542
Nombor Lama : 017-3887071/016-6900431

Harap Maklum

Wallahu'alam

Monday, March 11, 2013

RAWATAN MEMAGAR HOTEL & LADANG TERNAKAN AYAM











Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Pujian hanya milik mutlak Allah Azza Wajalla & Rasa Syukur kepada Sang Kekasih yang masih memberi pinjaman umur untuk meneruskan usaha dakwah & rawat yang kecil ini.

Salawat & Salam buat Nabi Junjungan Mustafa al-Mukhtar SAW,berkat doa & kasih sayang baginda SAW  si hamba yang kerdil ini meneruskan usaha dakwah & rawat .

Baru-baru ini Allah Azza Wajalla memberikan satu kesempatan untuk membuat rawatan di sebuah hotel terkemuka bertaraf 5 * di Kuala Lumpur.. Terdapat  gangguan jin yang menyebabkan tetamu hotel merasa kurang senang , selain mengganggu pekerja hotel tersebut.

Alhamdulillah , Allah memudahkan semua urusan hamba yang kerdil ini & memberi pertolongan dengan menggerakkan staf2 hotel utk membantu ana, bangunan setinggi 32 tingkat, berasap jugalah :) 

Apa yang menarik , ana memulakan sesi rawatan ini dengan solat magrib,tazkirah , zikrullah , bacaan Yassin ,solat Isyak, solat taubat & hajat. Untuk menerangkan kepada staf2 berkenaan penting menjaga hubungan dengan Allah, melalui solat, zikir & sunnah SAW.

Sebenarnya gangguan jin tidak memberi apa2 kemudaratan kepada kita kecuali dengan keizinan Allah Azza Wajalla.. Ketakutan & pergantungan mutlak hanya pada Allah Azza Wajalla. .Insya Allah selesai masalah.

Banyak masalah berpunca dari tinggalan perawat yang merawat di hotel tersebut,terutama perawat dari Brunei, selain dari tempat landing jin2 tersebut.

Alhamdulillah , proses rawatan & pemagaran mengambil masa 4 hari, layanan GM & staf hotel first class, disamping itu ana juga sempat mengajar staf2 hotel tersebut tentang rawatan .

Semoga Allah melindungi staf2 & hotel tersebut , Amin, Kita serahkan pada Allah untuk menjaga kita, kerana Dialah sebaik2 penjaga.

Ribuan terima kasih buat Pengurus Besar & staf2 hotel tersebut ,semoga dirahmati Allah Azza Wajalla, disamping itu , ana dapat juga sedikit gambaran 'behind the scene' operasi di sebuah hotel, itu pun ilmu juga.

Nama hotel tersebut biarlah ana rahsiakan untuk menjaga imej hotel tersebut , Wallahu'alam


Alhamdulillah bulan lepas , Allah memberi kesempatan untuk membuat rawatan pagar di sebuah ladang ternakan ayam di Pedas, Negeri Sembilan.

Apa yang menarik, ana jua berpeluang mempelajari proses penternakan ayam sehingga dihantar ke kedai.
Walaupun kawasan agak luas, Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan ana. 

Pengalaman yang diperolehi dari kedua-dua rawatan ini agak menarik, kerana melibatkan sebuah bangunan yang besar & melibatkan haiwan ternakan. Lain daripada yang lain 

Segala pujian & syukur hanya UNTUKNYA , yang memberi kekuatan & ruang untuk segalanya. Semga diberikan kekuatan & Istiqamah untuk terus bergerak dijalanNya , Wallahu'alam


Friday, November 30, 2012

DARUL IKHTIAR BERHIJRAH KE PUNCAK ALAM

Alhamdulillah , Pujian & Syukur hanya selayaknya bagi Allah Azza Wajalla, Salawat & Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah SAW khatimul anbiya .

Setelah menyepi hampir 7 bulan , blog hampir terbengkalai, hehehe , kerana kesibukan serta banyak hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Apa kesudahan nukilan kisah yang lalu ? Hehehe banyak juga response , antaranya yang memberikan ceramah tentang tidak baik memburukkkan orang , ada yang tanya bilo nak sambung lagi , ada yang kato ada juga specis manusia sebegini .... macam-macam  komen.

Ana dengar yang terakhir ni siMalaon ni jadi bomoh sekarang & pergi ke India untuk mengambil beberapa barang & akan ke Indonesia . Macam-macam... Ni Ana dengar dari mulut anaknya sendiri . Wallahu'alam

Pelakon yang lain , ana tak pasti , yang ana tahu Mualaf India & sahabat-sahabatnya dah tutup kedai ,tak tahu ke mana , Mualaf ni ada menaruh hati pada ana , ni yang susah , kita nak dakwah , jadi lain lak , pas tu fitnah ana . Wallahu'alam

Seorang sahabat lagi pun Wallahu'alam, lesap terus akibat mendengar cerita dari pihak-pihak di atas, Wallahu'alam  Takutlah pada Allah kerana kita akan dihadapkan di hadapan Allah di hari pembalasan .

Habislah cerita donggeng tu, nak cerita panjang lagi , malas , Semoga kita diberi hidayah & taufik oleh Allah.

Sudah berlalu Ramadhan, Aidilfitr , AidilAdha, Maaal Hijrah 1433 , semakin pantas masa berlalu, semoga sisa-sisa umur kita diberkati Allah , Amin

Darul Ikhtiar telah berpindah ke Puncak Alam , rawatan dilakukan di rumah ana buat masa ini. Allah hantar ana ke sini atas misi-misi yang tertentu, Terlalu banyak masalah sihir & gangguan di sini . Semoga Allah memudahkan urusan rawatan & yang lebih penting urusan dakwah ana yang kerdil ini .

Alamat baru ana ialah : No 62, Lorong Gugusan Alam 7/6, Phasa 2, 
                       Seksyen  7 ,Bandar Puncak Alam,
                       45010 Kuala Selangor.

No telefon masih sama , cuma kat sini kadang - kadang line tak berapa clear, kalau tak dapat hubungi saya , cuba massage , Insya Allah saya akan hubungi tuan/puan .

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk melalui kehidupan yang sementara, Insya Allah berjumpa di lembaran yang akan datang.

Waalhu'alam
                         

Saturday, April 14, 2012

Si Malaun Bermata Juling , Mualaf India & 3 Stooges

Puji & Syukur hanya milik Allah , Penguasa langit & bumi, ruh & jasad, Salawat serta salam rindu buat kekasih  Rasulullah SAW.

Tujuan posting kali ini untuk menceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang sangat berharga walaupun pahit .

Bulan lepas ana terima satu gegaran atau serangan mengejut dari wall fb salah seorang perawat . Ana terasa sangat kerana ana baik dengan sahabat ini , pernah beriktikaf di bulan ramadhan , tidur sekatil , makan bersama , merawat bersama ,. serangan ini agak aggresif serta rasis, kecewa ana , sahabat ini menghilang  secara tiba-tiba setelah hampir 10 bulan bersama , ana cuba contact, sms , email , pm , tak dapat apa2 response, tiba-tiba kena serang hendap. Wallahu'alam .
Ana berjumpa dengan sahabat ini untuk bergabung serta berkongsi pengalaman serta ilmu , itu sahaja. Ana lebih suka berjemaah , kerana mengikut pengalaman lebih baik dari solo, walaupun terdapat perbezaan dari segi prinsip , itu untuk ana perkara biasa , selagi tidak menyalahi syarak , fine,  itulah berjemaah, ada lebih ada kurang , bantu membantu , sokong menyokong , itu roh berjemaah.

Ni sedikit pengalaman ana nak kongsi bersama , jalan cerita agak santai , janji boleh faham sudahlah.

Pelakun cerita ni :
 ana aka gua
Sahabat perawat  : aka kawe
Abang pembantu aka  p1
Malaun bermata juling aka mbj
Kakak mualaf india aka kmi
Sahabat Kakak mualaf india aka 3 stooges, terdiri dari sepasang suami isteri serta seorang perempuan
Abang warung kawan ana aka aw

Siapa p1 & mbj ?
 mereka adalah bekas pesakit gua , disihir & mereka ni adik beradik berlainan ibu bapa, sepupulah tu.Gua & kawe merawat mereka . Alhamdulillah lepas dah ok , mereka join team gua untuk merawat pesakit. Mereka join lebih kurang pas raya , mak gua bising sebab dia kato mbj ni kaki penipu , jangan bawak pergi merawat nanti kena kelington (kelentong), pas tu dapek nama buruk, gua defend mereka , gua kata mereka ni dah insaf & tak nak buek kerja lama lagi .

Siapa MBJ ?
Sebelum jumpa gua , dio ni kaki perempuan (guna minyak ler,macam2) , kaki nombor ekor , kaki along ( pinjam duit along) , kaki rasuah , kaki penipu ( buat sub-con pas tu tak habis kerja cabut lari, tak bayar pekerja), kaki simpan barang ( jin tok janggut kata p1).
Masa rawat hijab dio terbuka, line memang clear, gua tak tahu citor sebenar dio , bilo dah kena baru p1 citor kek gua, adusss, dio kata bagi peluang mbj berubah , imam masjid india klang pun dikencing , inikan gua.

Pada suatu hari gua ke Penang , dapat terima call dari p1 , dio kato bini mbj call dio tengah malam  , katonyo betulkah uztaz (nama timangan gua hehehe) suruh mbj gi bantu pesakit (KMI & 3 stooges) kek port klang, gua kato mano ado , dia dah mulo cornar ke tempat lain. Gua call KMI , kato kek dio kalau si malaon ni datang jangan layan , dio pun kata berehh. Pas tu balik sini baru gua dapek banyak citor pasal mbj  & kmi & 3 stooges. (citer mereka nanti gua citer kemudian) .

Hidup gua banyak problem , antaranya kereta gua kancil turbo engine kong, hampir 3 bulan gua menumpang kereta orang lain , Alhamdulillah , Allah mudahkan urusan hambaNya yang fakir ini , ramai saudara serta Aw offer pakai kereta mereka.. lagi satu problem gua , dah hampir 10 bulan (tahun lepas) lebih kurang rm 5000. gua tak mampu bayar duit sewa pusat rawatan , yolah gua ni fakir ,tak do kojo,  takdo nak sponsor . Maka berbincanglah p1 & mbj bincang nak caj pesakit agar dapek settle masalah sewa , den cakap tak payahlah , den tak sampai hati , kalau pesakit beli barang pas tu kita caj rawatan biarlah hadiah pesakit sendiri, pas tu mbj & p1 sendiri meletakkan harga pagar rumah kediaman & kedai, pada gua biarlah berpatutan & jangan sampai membebani pesakit, selalunya gua pesan harga basic termasuk barang2 nak pagar, pas tu gua bagi perfume rumah serta attar rukyah , boleh diguna selama setahun . tu pun kalau mampu, kalau tak mampu terpulanglah  pada pesakit berapo dio nak bayar .Keputusan ini diambil gua fikir ok lah , daripada pergi mengemis kek orang lain atau harapkan bantuan kawe-kawe sendiri , Masa nie  kawe juga tahu masalah gua, & kawe juga tahu caj pagar nie, tak sangko lak , kawe tak puas hati pasal nie, tak puas hati sebab apa wallahu'alam , kalau bincang ko apo , boleh lah gua tahu . ada beberapo kali kami ber4 pergi bersamo, bayaran pun dibahagi bersamo , tak do lak cakap tak puas hati ko , samo2 ambik , no comment.

Sebelum gi penang gua guno kereta Aw, waja ,  maso nak pi penang gua pesan kek mbj hantar kereta kek aw, dio kato dio nak htr esoknya , sebab nak beli barang sekolah anak , rupo2 nyo mbj bawak kmi & betino lain  naik kereta aw gi lepak kek tasik Shah Alam , kawan aw call tanya aw  apa lu buat kat tasik shah alam dengan pompuan lain , aw tukar citor kato sedaro dio baru kawin pinjam kereta. , aw call mbj esok nya mintak balik kereto , kato kereto lagi satu rosak, buek malu company jo.
Aw citor kek gua lepas gua suspect mbj buek hal & mula conar ke lain ,

Semua ni atas petujuk Allah , gua bukan tuduh melulu , tetapi dari feeling gua serta bukti depan mato , akhirnya Allah tunjukkan belang sebenar mbj. P1 juga mula mengesyaki sesuatu fishy ( tak kena) dengan gerak laku mbj.

Masa mula2 gua ajak mbj & p1 merawat sama , mbj dah mula scan nombor ekor, pas tu pergi beli ke kedai toto, setelah digasak p1 , mbj citor kek gua kononnya dio rasa bersalah sangat ,sebab tu dia citor kek gua pasal nie padahal dio takut kena fire kalau p1 citer kat gua,  Baru baru ni dalam 2 minggu lepas gua dengar dari p1 , dio terjumpa mbj kek kedai nombor , masih tak berubah malaon nie.


Ikutilah sambungan selanjutnya kisah sensasi ini di posting yang akan datang Insya Allah, part 2 


tujuan posting nie bukan tujuan menghina atau mengeji  tapi kerana malaon ini masih menggunakan nama ana & pembantu ana di dalam membuat rawatan secara illegal & setakat ini ana dengar malaon membuat rawatan sendiri serta  join kawe pergi merawat ke sana sini , so beware & no hard feeling














Monday, February 27, 2012

PERASMIAN SABUN NUR PRODUK TERBARU YANG TIADA DI PASARAN


Segala Puji & Syukur hanya untuk Allah , sebanyak pujian penduduk langit, sebanyak pujian penduduk bumi , sebanyak pujian apa yang ada diantara keduanya & sebanyak pujian makhluk ciptaanNya serta salawat & salam buat penghulu & permata hati Sayyidina Mustafa SAW.

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Mulia & Yang Ampunya Cahaya , ana ingin melancarkan Sabun Aura Nur sebagai salah satu ikhtiar & kecantikan di dalam rawatan .


Sebenarnya ana dah lama belajar cara membuat sabun ini, dah lebih 2 tahun, ana buat rnd, untuk menambah keberkesanan sabun ini disamping mencari bahan-bahan yang yang betul-betul sesuai untuk digunakan untuk diproses di dalam sabun ini.


FAQ ...

1. Sabun Nur ni halal ker haram & diperbuat dari apa?

Jawapan ana : Mestilah halal, dengan izinNya , sabun ni diperbuat dari bahan2 yang halal seperti sabun biasa ditambab dengan bahan2 extract pelbagai daun & bunga , minyak atar ,cendana, serta ditambah dengan air rukyah,air mawar & air zam-zam serta ana telah merukyah sabun ini dengan ayat2 suci , zikir & salawat serta solat hajat kemudian diembunkan.

2. Bagaimana cara nak guna sabun ni ?

Jawapan ana : Senang ajo,kalau boleh wuduk dulu , kemudian guna sabun ini untuk muka & tangan hingga ke siku . Niat dulu contoh semoga Allah memudahkan urusan rezeki hari ini, Dah sabun, biar dalam 2-3 minit , ayat yang perlu di baca sebagai zikir iaitu surah An Nasr 4x .1000 dinar 1 x salawat 10 x, , kalau tak boleh baca, zikir Ya Fattah 11x Ya Razzaq 11x Ya Nur 11, serta Salawat 10x, pastu basuhlah muka dan tangan, mudah bukan , hehehe.
Pas tu nak keluar rumah nak pergi berniaga ker atau kerja ker , berdiri didepan pintu rumah tadah tangan , zikir yang sama seperti di atas pastu berdoalah.
Boleh digunakan ketika untuk berjumpa seseorang, untuk berniaga, untuk temuduga dan lain2.
Sabun ini boleh juga digunakan sebelum tidor & ketika bangun pagi.

3. Untuk apa kegunaan sabun ni ?

Jawapan ana : Sabun ini adalah ikhtiar , semoga Allah memudahkan urusan rezeki, (pelaris yang tidak bertentangan dengan syarak) , mengeratkan hubungan suami isteri (pengasih yang tidak bertentangan dengan syarak) & serta supaya orang lain senang & sejuk melihat wajah kita (semua dengan keizinan Allah). Sabun ini juga boleh digunakan untuk mencantikkan & mencerahkan wajah (dijalan Allah).Biiznillah


4. Ada apa2 kesan sampingan sekiranya saya menggunakan sabun ini?

Jawapan ana : Setakat ini ana tak terima apa-apa komen atau komplen dari pengguna , kalau ada ana updatekan nanti

5. Ada apa2 pantang larang sekiranya saya menggunakan sabun ini?
Jawapan ana : Pantangnya jangan gunakan sabun ini dijalan yang salah atau untuk maksiat, pantang2 lain bertakwalah & berikhtiar serta tawakkal , Segalanya dari Allah, sabun ini hanya iktiar saja.

Ana rasa cukuplah setakat ini , sekiranya ada apa2 pertanyaan atau testimony dari pengguna bolehlah email ana di darulikhtiar@gmail.com.

Ana akan update testimoni pesakit dari masa ke semasa Insya Allah untuk info bersama


Harga Sabun : RM 30
Tempahan akan dikenakan cas penghantaran pos laju RM6.00
Penghantaran ke Sabah & Serawak dikenakan caj RM9.00
Poslaju ke Brunei RM55 (harga standard Poslaju)
Pos biasa ke Brunei RM17 (Mengambil masa yg lama)


Untuk pesanan bolehlah telefon atau sms ana di 016-6900431/017-3887071

Sila bank in ke akaua ana

Maybank – Muhammed Raffi Bin A. Shaik Allaudeen
No akaun : 162115840158

, beserta bukti belian,kuantiti,nama & alamat penuh sila email ana darulikhtiar@gmail.com.

Insya Allah penghantaran akan di buat secepat mungkin 2-3 hari bekerja, sabun ini akan sampai ke tangan anda.

Ribuan terima kasih sekali lagi untuk guru ana Uztaz Ishak Bello yang mengajarkan ana cara membuat sabun ini , ana buat r & d sendiri untuk memantapkan lagi sabun2 ini .
Semoga Allah sentiasa memberi kebaikan serta ilham untuk ana memberikan terbaik untuk pesakit di dalam ikhtiar rawatan yang dibenarkan syarak . Amin Ya Rabb
Wallahu'alam

HASBUNALLAHUWANIKKMALWAKIL
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU
Niat , Doa , Ikhtiar & Tawakkal

RAWATAN KE SELATAN




Alhamdulillah hamdan kathira , hamdan tayyiba , hanya milikNya segala pujian , Salawat serta Salam buat Sayyidina Wa Habbibina Muhammad SAW.

Insya Allah , ana akan ke selatan minggu ini sempena program lawatan & mencari jejak-jejak yang hilang , sambil merawat .

Dah lama tak ke selatan , kalau tak salah ana 6 bulan dah.

Insya Allah ana akan ke Johor , Melaka & Negeri Sembilan pada 2/3/2010 hingga 4/3/2010 iaitu Jumaat hingga Ahad ini.

Sesiapa yang memerlukan bantuan atau rawatan , Insya Allah ana ikhtiarkan boleh hubungi ana di 017-3887071/016-6900431.

Semoga Allah memudahkan urusan & melancarkan perjalanan ana , & memberi kesembuhan kepada pesakit-pesakit, Amin Ya Rabb.

Niat , Doa , Ikhtiar & Tawakkal
Darul Ikhtiar

Hasbunallahu Wanikkmal Wakkil
Cukup Allah BagiKu




Thursday, January 26, 2012

LAMA TAK BERSUA


Puji & Syukur hanya milik Allah, Tuhan jiwa & roh ini & Salawat serta Salam penuh kasih sayang buat Nabi Junjungan Rasulullah SAW.

Terlalu banyak ujian & rintangan hadiah Yang Maha Pencinta untuk hamba yang lemah serta daif ini . Lama sungguh tak update blog kesayangan ana, hampir 3 bulan lebih.

Masuk tahun hijrah 1433 & masehi 2012 ,umur pun meningkat 38 tahun, kubur pun memanggil, kini muncul bulan Rabiul Awal ,bulan kelahiran semulia-mulia makhluk ciptaanNya, rahmat untuk alam ini.

Terlalu banyak ujian , suka & duka , pahit & manis telah ana lalui dalam waktu 3 bulan ni, antaranya kereta rosak teruk , engine kong kena hampir rm 2000, pc pun kong sama tu yang lama tak update, bertemu & berpisah dengan sahabat yang hampir, dengan rahmatNya sempat mengislamkan seorang sahabat, dan lain-lain lagi , semuanya ujian dari Allah , hanya pujian yang dapat ana lafazkan , setiap ujian yang menimpa , disertakan dengan jalan keluar, Alhamdulillah ,

Ya Allah , jadikan hambaMu ini hamba yang banyak bersabar & bersyukur, Amin

Alhamdulillah kini ana muncul dengan beberapa produk dipasarkan , antaranya sabun an-nur, minyak wangi al-barakah, minyak serbaguna as-syifa, minyak habbatus saudah, cuka kurma , pewangi rumah dan lain-lain, Insya Allah ana akan mengupas dengan lebih lanjut Insya Allah.

Bertemu & berpisah kerana Allah, semoga kita memperoleh rahmat & kasih sayang Allah

Wallahu'alam


Monday, September 5, 2011

LAGI-LAGI SABUN AL - BARAKAH



SABUN AL - BARAKAH : KALIMAH ALLAH & MUHAMMAD TULISAN HITAM DI ATAS KANAN , NAK LEBIH TERANG BESARKAN IMAGE DI ATAS, PLASTIK BUNGKUSAN MASIH BELUM DIBUKA

Maha Suci Allah Tuhan empunya alam ini , bagiNyalah selayakNya segala pujian & pujaan & rasa syukur ke atas segala anugerah & nikmat yang tak terhitung. Salam & salawat kepada semulia-mulia makhluk ciptaanNya Muhammad SAW.

Alhamdulillah di atas kurnia & ilham dariNya , ana telah 'modified' sabun al-barakah menjadi satu. Ana masih menggunakan daun2, herba2 serta minyak wangi & diembunkan serta didoakan.

Testimoni pesakit :

1. Pesakit yang bermaasalah (sihir) makin berkurangan masalah sihir alhamdulillah . ( pesakit bau sabun saja dah muntah)

2. Pesakit yang sukar tidor malam ( jin asyik) , setelah dirawat & dibekalkan sabun , alhamdulillah rasa ringan badan & boleh tidor malam

3. Pesakit ada penyakit kulit ( kayap) , alhamdulillah setelah mencuba sabun barakah walaupun pada permulaan pedih , surut penyakitnya itu.

4. Pesakit yang mempunyai masalah gangguan saka merasa amat payah & meluat untuk menggunakan sabun ini, alhamdulillah berkurangan masalah ini setelah mendapat rawatan.

5. Isteri ana ada masalah kulit sensitif , nipis & alergik , tangan tak boleh pegang sabun ,kalau guna sabun cuci pinggan atau kain ,tangan boleh naik ruam & bernanah setiap 6 bulan kena suntik , alhamdulillah selepas diguna sabun barakah dah setahun tak pergi suntik , tangan serta kulit dah pulih seperti biasa.

6. Mak mertua ana , mukanya banyak jeragat , alhamduliilah setelah diiktiarkan sabun barakah makin berkurangan jeragat di muka.

7. Ada pesakit yang mempunyai masalah resdung, alhamdulillah setelah menggunakan sabun barakah makin banyak lendir keluar dari hidungnya & makin berkurangan masalah resdung.

8. Badan pesakit yang berangin , semasa menggunakan sabun barakah , memecahkan angin2 dibadan .

9. Pesakit mempunyai sakit2 urat , alhamdulillah berkurangan masalah meraka setelah menggunakan sabun barakah.

10. Masih dalam proses R&D untuk pesakit yang menghadapi demam campak, insya allah ana yakin akan cepat mengeringkan bintik2 di badan dengan asbab menggunakan sabun barakah.

11. Masya Allah Quwata Illabillah , seorang pesakit dari Rawang ( Kak Su) membeli 4 sabun barakah kalau tak salah ana dalam 4 bulan lepas, ketika ingin menngunakan sabun barakah di bulan ramadhan ini ada sejenis kulat membentuk kalimah ALLAH & MUHAMMAD di dalam bahasa arab di keliling sabun itu . Ana attach gambar sabun barakah di atas walaupun tak berapa terang tetapi masih boleh dilihat bentuk kalimah agung itu . Pesakit sempat email gambar sabun itu kepada ana. Terima kasih banyak kepada Kak Su , semoga Allah menyembuhkan Akak sekeluarga.


Itulah sedikit sebanyak testimoni pesakit2 berkenaan sabun al-barakah.

PERINGATAN

1. Pesakit perlu beringat akan ada simtom2 seperti demam, muntah , sakit2 sendi, gatal2 di badan , pedih , keluar banyak lendir ( resdung) dan lain2 . Simtom2 di atas hanya sementara biasanya 1 - 2 hari & akan berkurangan Insya Allah , pesakit tak perlu panik.

2. Pesakit perlu menggunakan sabun barakah dengan penuh pergantungan & keyakinan kepada Allah,bermula dengan niat dulu seperti 'Ya Allah , sembuhkan penyakit kulit aku' diikuti dengan salawat ketika menggunakan sabun barakah.Jangan berhenti bersalawat & berzikir ketika menggunakan sabun barakah.

3. Pesakit perlu menggunakan sabun barakah untuk tempoh yang panjang serta konsisten seperti untuk 3 ke 6 bulan , untuk mendapat kesan yang optimum Insya Allah. Sekurang2nya 2 kali sehari pagi & petang atau malam , kalau lebih lagi baik . Untuk resdung dan sakit kulit atau tangan basuh muka atau tangan waktu pagi(subuh) & sebelum tidur.

4. Selalunya ana syorkan kegunaan sabun barakah dengan minyak wangi al-insyrah untuk mandian & bilasan akhir untuk kesan yang optimum Insya Allah untuk masalah sihir & ganggguan.


HARGA MASIH SAMA IAITU RM 20.00 TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.

KOMEN KALIMAH ALLAH : NO KOMEN HEHEHEHE, TIADA YANG MUSTAHIL DI SISI ALLAH , ANA DOAKAN SABUN AL BARAKAH SERTA MENGGUNAKAN ZIKIR2 . MAHA SUCI ALLAH MEMPERLIHATKAN HAMBA2NYA YANG DAIF INI KEBESARAN SERTA KEMULIAANNYA , YANG LEBIH MENARIK PERISTIWA INI KALAU TAK SALAH ANA 15 RAMADHAN AL - MUBARAK . JIKALAU KULAT YANG MEMBENTUK KALIMAH YANG MULIA INIPUN SENTIASA BERZIKIR MEMUJI ALLAH APATAH LAGI KITA INSAN YANG JAUH LEBIH ALLAH MULIAKAN DARI KULAT ITU , BANYAKKAN MEMUJI & BERZIKIR MENYEBUT NAMA ALLAH SERTA SALAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW. BAGI PESAKIT2 BERINGATLAH INSYA ALLAH KESEMBUHAN ITU AMAT DEKAT , BERSABARLAH DISAMPING BERIKHTIAR , BERDOA & TAWAKKAL INSYA ALLAH ANDA AKAN SEMBUH . WALLAHU'ALAM

Friday, September 2, 2011

EID MUBARAK




Segala Puji milik Sang Sempurna , Pemilik Alam imi Rabbul Izzah, Salawat serta salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Ana ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sahabat perawat, pembaca blog serta pesakit yang dikasihi sekalian, maaf zahir & batin & semoga segala amalan kita diterima Allah serta mendapat pengampunan dariNya. Kita ambillah pengalaman serta pengajaran yang kita dapat dari bulan Ramadhan al - Mubarak untuk kita lalui bulan - bulan yang mendatang . Tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah

Banyak lagi paparan yang ingin ana kongsikan sempena bulan ramadhan yang terindah & terbaik di dalam hidup ana, Insya Allah , dikeluaran akan datang . Wallahua'lam

Sunday, July 31, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN & SELAMAT BERIBADAH





Segala puji & syukur hanya milik Allah . tiada sesuatu melainkan dariNya jua & di atas rahmatNya jua kita dianugerahkan bulan ibadah & bulan yang mulia yang mana di dalamnya terdapat satu hari yang lebih bernilai dari 1000 bulan. Salawat serta salam buat junjungan yang dikasihi & tercinta Sayyidil Mustafa SAW ,air mata baginda sentiasa mengalir untuk umat yang tercinta iaitu diri ini , keluarga & umat manusia tanpa kira sempadan , bangsa , bahasa , warna kulit.

Marhaban Ya Ramadhan , Allahu Allah, masih memberikan nikmat nyawa & kesihatan,keimanan untuk meneruskan ibdah di bulan yg mulia ini .datang sepetri angin & pergi seperti angin, rasa macam semalam sj kita menyambut ramadan 1431 hijrah

Rasulullah menyebut , barang siapa merasa gembira menyambut Ramadhan , Allah telah mengampuni semua dosanya , Subhanallah, bukan gembira nak jual kurma , jual biskut raya , jual juadah berbuka tapi gembira kita seperti kita gembira untuk mengambil setiap ruang & masa untuk beribadah & mencari keredhaan Allah

Di bawah ini ana selitkan beberapa Hadith Rasulullah SAW ttg puasa :



Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang?orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.

Hadist riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.

Hadist riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.

Hadist riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: “Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa”.

Hadist riwayat al-Nasa`ie daripada Abi Sa`id, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa sehari semata-mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun”.

Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Hadist riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu”.

Membaca makna hadist di atas semoga semakin menguatkan dan memotivasi kita dalam menjalankan ibadah puasa ramadhan.

Begitulah sedikit hadith yang sempat ana copy paste untuk rujukan ana & pembaca.

Semoga kita memperoleh taqwa hasil daripada puasa yang berkualiti & riadah ibadah kita di bulan yang mulia ini .

Ana memohon ribuan maaf kepada pembaca2 dan sahabat2 di luar sana sekiranya adaa kesalahan & kesilapan ana yang lemah & daif ini , juga kepada pesakit2 , inilah waktu yg amat mustajab doa kita , ayuh berdoa & muhasabah diri & memperbaiki hubungan kita dengan Allah , ana yakin Insya Allah , Allah akan menyembuhkan anda , Amin Ya Rabb

Friday, July 29, 2011

DARUL IKHTIAR DI MAJALAH MIDI KELUARAN 15 OGOS 2011


MAJALAH MIDI KELUARAN KARANGKRAF

Segala Puji & Syukur hanya untuk Allah , ampunya alam ini & salam serta shalawat untuk semulia - mulia makhluk di alam ini , penghulu serta mata hati kami Rasulullah SAW.

Rasanya dah lama nak menulis entri di blog ini , tetapi agak perasan sibuk , sibuk dgn Rawatan Perdana , sibuk dengan rawatan , sibuk gi outstation & jadi penyibuk & buat2 sibuk hehehhe, berapa banyak sibuk daaaa.....

Khamis lepas isteri ana cum p.a ana ada menerima panggilan telefon dari kak Hasliza dari majalah MIDI , untuk ditemubual pada hari Jumaat . Agak terkejut ana tapi ana setujulah menerima tetamu, sunnah nabi tu,

Sebenarnya ana ada menerima panggilan dari beliau sebelum ni , tak salah pada bulan 9 atau 10 tahun lepas , tetapi kerana ana masih bekerja waktu tu tak boleh nak memenuhi permintaan . Belum ada rezekilah katakan .

Semuanya dari Allah , ana nie seorang yang sangat daif & masih muda & hijau & jambu hehehhe (lain bunyi nya tu) dalam bidang rawatan islam ni. Terlalu ramai yang lebih veteran & pakar di luar sana tapi ana yang dipilih , semuanya dari Allah.

Ana ditemuramah oleh kak Hasliza & ditemani jurukamera En Daniel.

Banyak yang ana merepek & melalut yeelah mana taknya ? kali pertama di interview di majalah, sebelum ni kena interview masa cari kerja , dgn tok kadi masa kawin hehehe, masa masuk darussyifa dgn bapa & ibu mertua hehehhe kenangan lalu mengusik kalbu...

Antara intipati yang ana goreng masa interview ialah ttg rawatan perdana , rawatan di tempat ana , masej dakwah yg ana cuba terapkan & sampaikan kepada pesakit , & lain2 lagi tak ingat dah , & tk tau mana yg keluar , pas tu bt demo sikit ... hehehe nak posing jer, baru ngaji sikit kedua2 sahabat dah rasa tk selesa , ana bekalkan air, sabun barakah & myk wangi al - insyirah utk kegunaan mereka di rumah.

Ana juga tak tau apo ko bondonyo majalah midi tu masa mula2 kakak tu call, ana check ruponyo majalah untuk wanita 40+ , tp bagusya ada ruangan agama & perubatan islam.

Sambil tu ana promote sekali majalah nie boleh tengok wajah ana yang brutal macam terorist taliban tue , tapi berhati lembutt hahahaha.

Ribuan terima kasih dari pihak Darul Ikhtiar & Darul Muallij kepada majalah Midi & kami sangat mengalu2kan promosi besar2an rawatan islam di majalah & tv untuk memartabatkan rawatan Islam . Insya Allah kalau tidak ada aral melintang temu bual ana akan disiarkan pada keluaran aidilfitri 15/8/11 Insya Allah .

Semuanya dari Allah , Dia yang Memuliakan & dia jualah yang Menghinakan . Wallahualam


GAMBAR KAK HASLIZA & DANIEL KHUSYUK MENDENGAR ANA BERCELOTEH SAMBIL BAGI TIPS TANDA2 GANGGUAN


NAIK SYEIKH SIBUK NAK ZASS HEHEHHE


MENEKANKAN PERGANTUNGAN KITA HANYA PADA ALLAH SEMATA

Saturday, July 23, 2011

RAWATAN PERDANA 5 - MASJID BTP RAWANG

Segala puji & syukur milik Allah ,& Salawat serta salam kasih sayang kepada junjungan serta kekasih hati Rasulullah SAW.

Alhamdulillah Rawatan Perdana 5 di Masjid Bandar Tasik Puteri , Rawang telah berjalan dengan lancar, mendaspat kerjasama dari pihak ajk masjid , juga perawat di sana . Rawatan kali ini mendapat sambutan yang baik dari pesakit , ada yang dari Perak , Kedah dan kawasan sekitar , perawat kali ini juga ramai lebih kurang dalam 23 orang. Kami masih mengekalkan rawatan secara personal & banyak kes2 berat dapat diselasaikan dengan izin Allah & hasil muafakatan para perawat. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada para pesakit & semoga Allah membalas jasa baik para perawat yang berkorban masa & tenaga di jalan Allah , ada yang datang dari Melaka, Nilai, Johor, KL dan Selangor. Insya Allah rawatan perdana akan berehat buat sementara waktu memberi ruang untuk Ramadhan , INsya Allah kita akan bersambung lepas syawal lokasi akan diberitahu kelak .

Gambar kenangan di Masjid BTP Rawang