Alhamdulillah , Pujian & Syukur hanya selayaknya bagi Allah Azza Wajalla, Salawat & Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah SAW khatimul anbiya .
Setelah menyepi hampir 7 bulan , blog hampir terbengkalai, hehehe , kerana kesibukan serta banyak hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
Apa kesudahan nukilan kisah yang lalu ? Hehehe banyak juga response , antaranya yang memberikan ceramah tentang tidak baik memburukkkan orang , ada yang tanya bilo nak sambung lagi , ada yang kato ada juga specis manusia sebegini .... macam-macam komen.
Ana dengar yang terakhir ni siMalaon ni jadi bomoh sekarang & pergi ke India untuk mengambil beberapa barang & akan ke Indonesia . Macam-macam... Ni Ana dengar dari mulut anaknya sendiri . Wallahu'alam
Pelakon yang lain , ana tak pasti , yang ana tahu Mualaf India & sahabat-sahabatnya dah tutup kedai ,tak tahu ke mana , Mualaf ni ada menaruh hati pada ana , ni yang susah , kita nak dakwah , jadi lain lak , pas tu fitnah ana . Wallahu'alam
Seorang sahabat lagi pun Wallahu'alam, lesap terus akibat mendengar cerita dari pihak-pihak di atas, Wallahu'alam Takutlah pada Allah kerana kita akan dihadapkan di hadapan Allah di hari pembalasan .
Habislah cerita donggeng tu, nak cerita panjang lagi , malas , Semoga kita diberi hidayah & taufik oleh Allah.
Sudah berlalu Ramadhan, Aidilfitr , AidilAdha, Maaal Hijrah 1433 , semakin pantas masa berlalu, semoga sisa-sisa umur kita diberkati Allah , Amin
Darul Ikhtiar telah berpindah ke Puncak Alam , rawatan dilakukan di rumah ana buat masa ini. Allah hantar ana ke sini atas misi-misi yang tertentu, Terlalu banyak masalah sihir & gangguan di sini . Semoga Allah memudahkan urusan rawatan & yang lebih penting urusan dakwah ana yang kerdil ini .
Alamat baru ana ialah : No 62, Lorong Gugusan Alam 7/6, Phasa 2,
Seksyen 7 ,Bandar Puncak Alam,
45010 Kuala Selangor.
No telefon masih sama , cuma kat sini kadang - kadang line tak berapa clear, kalau tak dapat hubungi saya , cuba massage , Insya Allah saya akan hubungi tuan/puan .
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk melalui kehidupan yang sementara, Insya Allah berjumpa di lembaran yang akan datang.
Waalhu'alam