Kami menyediakan rawatan/ kaunseling/ konsultansi untuk semua penyakit kerohanian & fizikal . Rawatan diri berdasarkan ZIKRULLAH , muhasabah serta mendekatkan diri kepada ALLAH
RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR
"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"
IKHTIAR & BERTAWAKAL
Translate
Thursday, May 16, 2013
PEMBERSIHAN & PEMAGARAN BANGUNAN DI SUBANG
Alhamdulillah A'la Kulli Hal , Segala Pujian & Syukur milik Sang Maha Pengasih & Maha Penyayang,
Salam rindu & salawat ke atas Sayyidina Mustafa SAW , berkat kegigihan & kasih sayang Baginda SAW terhadap umat Baginda (kita) serta taufik & hidayah dari Rabbul Jalil , kita diamanahkan & dihadiahkan dengan Islam.
Alhandulillah masih diberi ruang & peluang oleh Pemilik jiwa ini, untuk berkongsi sedikit catatan & pengalaman bersama pembaca di blog ini.
Ana sekeluarga diuji dengan demam panas & lain2 masalah (susulan dari rawatan) sejak sebulan lepas , bermula dari putri ana (2 minggu) , putra ana (2 minggu) , zaujah (2 minggu) & ana. Alhamdulillah , Allah bagi kesembuhan kepada kami sekeluarga.
Dalam bulan lepas ana terima panggilan dari seorang pengurus bangunan sebuah syarikat korporat di Subang . Syarikat ini sudah lama beroperasi dalam bidang IT di Malaysia. Ana pun pernah hadiri temuduga untuk jawatan Akaun di syarikat itu tahun 95 tak silap ana , masa muda dulu :) .
Bangunan 15 tingkat di Subang itu mengalami gangguan, antaranya staf bertemu dengan makhluk halus yang menjelmakan diri, cawan jatuh sendiri, karpet di luar bilik air bertukar posisi , menyebabkan staf syarikat tidak selesa untuk bekerja.
Ana bertemu pengurus berkenan & bersetuju untuk membantu mereka biiznillah. Cuma perbincangan hamba lebih tertumpu untuk kepastian samada untuk diadakan majlis solat & zikir bersama staf , serta berkongsi ilmu rawatan dengan staf seperti di HOTEL tempohari. Pihak pengurusan bangunan yang terlibat di dalam proses pembersihan kali ini mencadangkan agar rancangan ini dilakukan secara tertutup tanpa pengetahuan staf2 lain.
Alhamdulillah selepas bersetuju , kami tetapkan tarikh 2 hari selepas pertemuan pertama iaitu hari rabu .
Ana memulakan taklimat rawatan & perkongsian ilmu benteng (pagar), pembersihan(cleansing) diri & bangunan dengan 6 staf yang bertangungjawab menjaga hal ehwal bangunan .Pesanan paling penting yang ana cuba terapkan iaitu pergantungan , harapan , ketakutan hanya pada Allah Azza Wa Jalla serta memperbaiki hubungan kita dengan Allah setiap masa. Ana yakin Allah pertemukan kami dengan sebab & bukan sia2, yang paling penting pesanan dakwah.
Alhamdulillah kami mulakan operasi selepas solat magrib. Jangkaan awal ana biasanya syarikat korporat sebegini tiada masalah sihir & yang duduk tumpang di bangunan tinggi biasanya jin2 yang travel & jin2 yang berkampung lama di bangunan itu. Operasi untuk membersihkan bangunan 15 tingkat ini ana jangkakan mengambil masa 3/4 jam.
Jangkaan ana meleset , banyak jug unsur sihir hampir di setiap tingkat bangunan itu. Alhamdulillah ana ditemani 6/7 orang staf ,memulakan operasi pembersihan di setiap tingkat , Mereka juga penuh dedikasi membantu ana walaupun mereka bekerja pada pagi keesokkan harinya .
Alahamdulillah , Allah memudahkan urusan ana yang lemah ini, operasi berjalan dengan lancar, disamping membersihkan setiap tingkat dari unsur2 negatif , kami juga menabur sedikit garam & lada hitam yang telah dirukyah awal , sebagai syarat disetiap tingkat serta di luar bangunan.. Apa yang menarik, sebelum ini bangunan itu juga pernah dipagar & diletakkan wang syiling 1 sen di setiap pintu masuk setiap tingkat. Pada pandangan bathin ada 'penjaga' pada setiap tingkat , mungkin itu sebagai syarat kenapa sahabat itu meletakkan duit syiling lama 1 sen & jin2 bodyguard yang diletakkan semua kontot2 dengan rupa yang pelik & melucukan , Wallahu'alam.
Operasi memakan masa hampir 6 1/2 jam , berakhir jam 2 pagi. Penatnya & sakit pinggang hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah , Allah memudahkan urusan ana yang lemah & memberi kekuatan kepada ana yang ketika itu tengah demam. Lahaulawala Quwata ila billah
Ana sudahi operasi tersebut dengan memagar bangunan tersebut & bertemu semula staf & pengurus pada hari isnin minggu berikutnya .
Ana serahkan amanah menjaga bangunan tersebut kepada pengurus serta 2 staf yang ana telah beri taklimat sebelum ini
Soalan cepumas dari pengurusan " berapa lama pagar ini tahan?"
Jawapan ringkas ana "selagi kita bergantung penuh & berpegang teguh hanya Allah sebaik2 Pemelihara"
Kita serahkan bangunan itu kepada Allah , Ya Hafidz . Maha Pemelihara. Kita serahkan urusan keselamatan kepada pegawai keselamatan , ditambah dengan CCTV yang canggih, tapi masih tak selamat, tapi kita lupa untuk serahkan urusan kita kepada Pencipta kita Yang Maha Bijaksana & Yang Maha Pemelihara, yang sentiasa memerhatikan kita serta tidak tidur & mengantuk.
Allahu Allah, ana berikan amalan ayatul qursi serta surah al- falaq & an-nas serta salawat sebagai doa & ikhtiar untuk diamalkan berterusan, Insya Allah akan selamat dunia & akhirat.
"Ya Allah , kau peliharalah bangunan tersebut , dengan keberkatan Sayyidina Muhamad SAW" Amin
Kesimpulan, di zaman serba moden serta canggih ini , sihir masih & terus diamalkan , tidak kira kedai makan yang kecil di tepi jalan sehingga syarikat korporat yang bangunannya berdiri gah mencakar langit.
Ada juga segelintir kaum Cina yang mengamalkan sihir, motif . Wallahu'alam , selagi ada hasat & tamak selagi itulah ada 'penyakit' ini.
Ya Allah ,lindungilah kami dari kejahatan sihir serta kejahatan makhluk ciptaan Mu, Amin
Wallahu'alam,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment