RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DARUL IKHTIAR

"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA ILAH MELAINKAN DIA ,KEPADANYA TEMPAT AKU BERSERAH, DAN DIALAH AMPUNYA 'ARASY YANG BESAR"

IKHTIAR & BERTAWAKAL














Translate

Wednesday, May 18, 2011

RAWATAN PERDANA 3 -MASJID AL-MOHSININ - PENGENALAN






Masjid Al-Mohsinin - Gambar di dalam masjid , hijau belaka , sejuk mata memandang

Segala Puji & Syukur sebanyak makhluk ciptaanNya di langit & bumi & segala apa yang ada di antara keduanya, serta shalawat & salam kasih sayang buat junjungan Rasulullah SAW.

Serba sedikit pengenalan ttg lokasi Rawatan Perdana 3.

PENGENALAN KAMPUNG

Kampung Sungai Kandis dibuka pada tahun 1896. Kumpulan yang diketuai oleh ATOK MOHSIN BIN ATOK KAMIJAN adalah orang yang bertanggungjawab membuka Kampung Sungai Kandis. Kampung Sungai Kandis ialah sebuah kampung tradisional yang berasal dari sebatang sungai kecil yang merentang di tengah kampung yang terus menuju ke Sungai Klang.Kuala Sungai Kandis masih ada lagi di dalam peta, begitu juga dengan sungainya yang telah kandas masih ada lagi bekasnya, ia seperti parit kecil yang sudah sebu.Sungai ini pernah menjadi laluan utama penduduk kampung pada masa silam, semasa Kampung Sungai Kandis ini masih dipenuhi dengan hutan belantara, maka jalan air adalah menjadi laluan utama.Disebut sebagai kandis memandangkan kebanyakan pokok asam kandis banyak terdapat di dalam hutan dan di persisiran sungai yang kecil.


JUMLAH PENDUDUK

Melayu 3172 orang
Cina 118 orang
India 162 orang
Lain-lain 40 orang
Pendatang Asing 500 orang



PECAHAN PENDUDUK %

Melayu 85 %
Cina 4 %
India 4 %
Lain-lain 1 %
Pendatang Asing 10 %

Kampung ini terletak di antara sempadan Klang & Shah Alam , dipisahkan dari Padang Jawa oleh Sungai Klang . Majoriti penduduk di sini berketurunan jawa. Stesen komuter terdekat ialah Bukit Badak & stesen Klang & banyak bas melalui jalan besar Kampung Jawa & berhenti di luar kpg.

Masjid ini tersergam indah & sentiasa diimarahkan oleh penduduk kpg ini . Masjid ini berusia lebih 100 tahun & mempunyai daya tarikan & sejarahnya tersendiri. Boleh menampung lebih kurang 500 - 600 jemaah .


Dari segi masalah, ramai yang mempunyai gangguan saka . Semoga dengan adanya rawatan sebegini , penduduk di sini dapat mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mendapatkan rawatan secara islam.

Semoga Allah memudahkan urusan jemaah kg ini .

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment